Wednesday, June 30, 2010

Catatan Perjalanan.. Terengganu..

Aku baru pulang dari Terengganu negeri penyu....
banyak yang ingin kuceritakan ... betapa aku kagum dengan keindahan Pulau Kapas... Ini bukan kali pertama aku menjejaki Terengganu namun kali ini penuh nostalgia.. Catatan perjalananku kali ini adalah untuk mencandat sutun anjuran kelab tempatku bekerja.. Apabila disebut anjuran tempatku bekerja maka penuh keistimewaan.. memang sesuai diikuti..
Perjalananku hari pertama bermula pada pukul 10.30 dari umah.. diambik oleh cik Yaya.. tidak dilupekan bantal hikmatku. Sudah agak lama aku tidak menaiki bas untuk suatu perjalanan yang agak lama.. Aku jarang bertegur ngan staf lain maka seakan diriku ini sombong... dengan gaya berseluar pendek semua mata menumpukan perhatian padaku.. aku buat tak tau dan itu hak aku untuk berpakaian...
Sampainya kami di Masjid Terapung Tengku Tengah Zahariah pada pukul 6 pagi... ramai jua manusia yang berhenti rehat di situ... ada yang mandi, sembahyang dan berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan...
Kami tinggal di Marang Waterfront Resort & Spa. dekat ngan jeti ngan pi Pulau Kapas... Aku sempat pegi ke pulau kapas... Dengan bayaran rm40 untuk pergi dan balik aku berjaya menjejaki keindahan pulau kapas nan indah... menyusuri siri pantai menikmati panorama indah yag mengkagumkan... teringat aku kala igin turun dari bot ke pantai.. pemandu bot meletakkan tangga kayu untuk aku turun dari bot.. seakan akulah raja laut yg kan turun dari bahtera...
jernih air disamping terumbu karang yang dapat dilihat jelas dari permukaan air... beribu-ribu ikan berkumpul.. bagaikan lebah menghurung sarang...
Sebelah petang kami memulakan aksi candat sutun yang dinantikan...kala di jeti seorang pakcik menunjukkan seekor udang yang sukar didapati... 15 tahun sekali.. harganya mencecah rm100 perkilogram... aku sungguh bertuah...
Sungguh menarik kerana inilah kali pertama aku mencandat sotong.. Aku diberikan dlm BOat 2... ahli group memang happening... seronok betul kami... bergembire.. aku rasa boat kami adalah bot paling happening.. secara keseluruhan bot kami mendapat 19 ekor sotong... tapi yang palin gpenting akulah Juara Pencandat Sotong Terpanjang 2010..panjangnya 39.5cm.. ambillah pembaris panjang dan ukur.. paling panjang antara semua. memang aku terlalu bangga dengan pencapaian aku... tak sangka aku.. kerana itulah satu2nya sotong yang aku dapat.. inilah dinamakan rezeki...aku bersyukur sangat...3 hali perempuan boat aku mendapat hadiah 1, 2 dan 3 untuk kategori perempuan.. kami bergerak pulang dari mencandat pukul 12 malam...
Hari berikutnya kami pergi melawat muzium terengganu, muzium terbesar di Asean. Nampak seakan buruk rupenya warna konkrit yang tidak dicap.. memberi kesan purba... kami sempat singgah sebentar di Masjid Kristal sebelum bergerak ke Kompleks Batik Nor Arfa.. malamnya pula majlis makan malam dan penyampaian hadiah pemenang candat...
Gembirenye aku.. dapat rm150..
Hari last kami pergi ke Pasar Payang.. aku mencari samping yang berkenan untuk dipakai di pagi raya nanti.. namun semuanya tiada yang berkenan kecuali satu samping yang berharga rm4500.. mungkin aku da biase memilih barang yag mahal maka mata cepat betul tertumpu pada corak dan warna.. namun.. kerana harganya terlalu mahal aku terus tak berminat...Aku sempat makan durian Kunyet ataunama saintifik DG di hadapan Kedai Payang.. berharga sekilo rm25 cukup membuatkan aku puas... dengan hanya 4 ulas mengenyangkan aku... aku tidak berkongsi dengan org lain.. bukan sebab status.. demi kepuasan sendiri..durian ini dikatakan durian paling sedap.. menurut peniaga..
Kami juga sempat pergi ke Losong membeli keropok lekor. Keropok rebus yang panas2 memang sedap...
kami sampai kl jam 11 malam...memang catatan perjalanan kali ini sungguh menarik... akan ku kembali ke Pulau Kapas suatu masa..noktah perjalanan ke Terengganu berakhir..

Friday, June 18, 2010

Guppy Oh Guppy

Tika aku leka memerhatikan 5 ekor ikan guppy peliharaanku yg semakin membesar dan berekor kembang, aku memberikan cadangan untuk kami membeli ikan di pasar pudu....
ceritanya begini.....pada selasa lepass.....
Kami berdua pergi ke pasar pudu untuk menambah koleksi guppy kami... sesampainya kami di sana ramai makhluk tuhan yang sedang berjual beli ikan2... pelbagai jenis ikan dapat dimiliki dengan harga yang agak murah berbanding tempat lain...
aku memilih 20 ekor ikan guppy jantan dan 20 ekor guppy betina.. separuh akan diletakkan di office dan separuh lagi di rumah... aku juga membeli water filter untuk akuarium di rumah yg semakin kekurangan ikan... pembelian water filter ini memberi nafas baru untuk ikan2 di rumah... aku juga membeli 3 ekor ikan guppy betina yang agak ganas...
kehadiran ikan2 guppy baru ini juga akan memeriahkan lagi akuarium aku... aku sungguh gembira...Harapanku agar ikan2 yang ku beli ini akan memberikan lebih byk anak2 ikan.. aku tetap tidak dpt melupakan akuarium kak ze di kelantan...
inilah hidupku... guppy oh guppy...

Thursday, June 17, 2010

Selamat Pergi.. Selamat Pulang...

Selamat dtg minggu ini... Minggu lepas aku berada di negeri tanah serendah sekebun bunga...
Perjalanan aku ke sana selama 5 hari.. suatu pengalaman yang menarik memandangkan inilah perjalanan pertama kali bersama2 teman2 setelah kami habis belajar...
Catatan perjalanan kami bermula tepat jam 1130 malam...
Sepanjang perjalanan aku tidak melelapkan mata.. akulah yang akan memeriahkan suasana... kami singgah di Chenulang, Kuala Krai.. di sinilah pernah tersimpan kenangan lalu bersama exgf... aku muncul kembali di kampung ini bertemu makcik yang masih mengingati namaku cume dia rasakan aku aku berlainan.. mana mungkin diri ku kan sama seperti 10 tahun dahulu..dia masih mengingati kali terakhir kami bertemu kala aku pergi ke konvo exgf...

Perjalanan Hari Pertama kami diteruskan ke Machang.... di situ kami pergi ke rumah kak ze.. aku begitu teruja untuk makan nasik ayam kerutub... memang aku peminat setia kepada masakannya itu... dia bagaikan ibu angkatku...
kedatangan aku kali ini tidak membawa apa2 buah tangan kecuali sekotak coklat kerana aku terlupa untuk membeli... Aku juga teruja pabila melihat ke kolam rumahnya.. penuh dengan ikan kegemaranku... guppy..cantik sungguh warna..seakan aku ingin membawa semua ikan tersebut. Dapat juga aku membawa pulang sedikit ikan ke Kuala Lumpur untuk dibela..
Malamnya pula kami bermalam di hotel di Bandar Machang... Scary...

Perjalanan kami untuk hari Kedua adalah majlis perkahwinan sahabatku di Tanah Merah... ahli rombongan terlupa untuk membawa peta majlis maka kami terpaksa bertanyakan kepada pengantin bagaimana lokasi sebenar kerana kami akan mengikut rombongan pihak lelaki ke rumah pengantin perempuan... Kami tersesat jauh dari lokasi... dengan penuh kesabaran akhirnya kami sampai ke destinasi... cuaca begitu terik...Kami bercadang pergi ke Rantau Panjang namun masa tidak mengizin kerana sudah agak lewat dan kami masih tidak mempunyai hotel untuk disewa jadi kami teruskan perjalanan ke Kota Bharu...
Pengalaman mencari hotel2 untuk diinap memang mencabar.. Dari sebuah hotel ke sebuah hotela ku bertanya.. Mungkin silap aku kerana tidak menghubungi sebulan awal untuk menempah bilik.. almaklumlah waktu ini adalah musim cuti sekolah... kami berjaya mendapat sebuah hotel untuk menginap...Hotel Anda..Sebelah malamnya kami pergi ke Pasar Wakaf Che Yeh yang begitu popular... perlbagai barangan yang dapat di lihat.. Aku berkenan pada karpet di situ tetapi untuk membeli tidak muat untuk diletakkan di dalam kereta. Masalah kami pula apabila bangun keesokkan harinya air pula tiada.. Kami berdua berkongsi satu baldi air untuk mandi...inilah dugaan.. hehehe

Perjalanan untuk hari ketiga kami akan ke Pengkalan Kubor... ramai jua manusia di situ.. kebanyakan adalah pelancong2 dari utara tanahair. tiada apa yang aku beli kecuali makanan.
Dalam setiap perjalanan perkara utama yang difikirkan olehku benda apa yang akan dibeli untuk ibuku.. kali ini aku membeli pistachios dan buah badam.. itulah kegemaran mak...kami sempat singgah di gerai tepi jalan untuk membeli kuih muih kelantan diantaranya kuih akok, piana dan aku lupe Kami terus pulang dan menghala ke PCB untuk mencari tempat penginapan untuk malam tersebut.. Pencarian kami berakhir dengan mendapat sebuah rumah tumpangan yang agak panas.. suhu air seperti air baru lepas dimasak.. jikalau diingat semula mahu sahaja aku ke laut untuk mandi... Bilik aircond pula sudah habis ditempah maka kami terpaksa menggunkan kipas sahaja dan membeli semburan aeresol untuk menghalau nyamuk. Yang menarik tika di rumah tumpangan ini struktur rumah ini yang mempunyai byk bilik disamping ada bengkel pembuatan batik lukis kelantan di sana.
Aku tertinggal bantal kesayanganku kala keluar dari sana... betapa sedihnya aku teringat pasal bantal yang tertinggal..

Perjalanan hari Keempat diteruskan dengan kami makan di Pasar Siti Khadijah.. Pelbagai lauk dan juadah terdapat di sana. Kami sempat singgah di Pasar Buluh Kubu yang dipenuhi dengan pelbagai kedai yang menjual batik pelbagai corak dan warna. Aku tidak membeli sehelai batik pun memandangkan dalam koleksi aku sudah cukup buat masa ini... Aku cuma mencari kain sampin yang menarik minatku untuk digunakan sempena aidilfitri nanti tetapi malangnya tidak ketemu yang berkenan.Aku pula hanya membeli sepasang kasut dan sunglass baru memandangkan aku ingin jua membeli barang kala berkunjung ke shopping compleks parkson..inilah susahnya apabila diri ini merupakan shoppemania..
Perjalanan kami diteruskan ke rumah jerry, sahabat lama yang kini telah menjadi guru dan telah berkahwin dengan pensyarah... perangainya masih seperti dahulu... Kami terus kan perjalanan kami ke rumah kak ze semula sebelum kami bercadang tidur di Chenulang.. Kami sempat singgah dan melawat Uitm Kampus machang dan pergi ke rumah2 org kampung bagi mengembalikan nostalgia... kak Nah pun sudah berjaya membuka kedai makan I.T. Corner..dari nama nampak seakan kedai makan yang canggih.. mungkin juga berteknologi agaknya.. rupenye I.T bermaksud Ibu Tunggal... kami semua ketawa apabila dia menterjemahkan huruf tersebut. Anaknya yang sulung sudah berumur 17 tahun...dulu hanya darjah 3... dulu dia begitu susah.. itu hampir 10 tahun dulu.. kini aku tumpang gembira dengan kejayaannya. Aku sempat singgah makan di kedai feveret aku.. nasi ayam goreng halia dia memang sedap.. org lain tak leh menandingi masakan akak ni.. hapir 10 tahun baru lah aku dpt menikmatinya semula..
Cuaca yang panas sepanjang kami berada di Negeri serambi mekah ini bertukar sejuk kala tidur di Chenulang.. betapa puas namun kepala ku agak sakit kerana tidak menggunakan bantal yang hilang...mungkin jua dengkuranku kuat...hahaha.. penangan bantal..

Perjalanan hari kelima dan terakhir kami adalah pulang ke kota konkrit semula... kami sempat singgah makan di Restoren Mualaf. Menu masakan chinese style tetapi halal.. sedap juga rasa masakan... pilihan makanan seperti ikan kerapu 3 rasa, sotong masak kicap, tauhu mongolia dan ayam masam manis meruntun rasa... aku yang tidak makan ikan ini tidak menyentuh la ikan kerapu yang besar itu..
Perjalanan yang lama tetapi menggembirakan... termenung sejenak..
Selamat pergi Selamat Pulang...

Wednesday, June 09, 2010

Adakah dia betul2 menyukainya?

Semalam aku telah memberikan sesuatu pada teman baikku..sedikit hadiah yang kecil..itulah tanda ingatan aku padanya.. Hadiah sempena hari lahirnya yang lepas .. aku bukanlah seorang yag pandai membeli hadiah kepada insan lain... aku akui aku suke membeli belah tapi jikalau diberi pilihan memilih hadiah untuk diberikan pada insan lain memang sukar kecuali untuk ibuku...
Hadiah yang aku berikan pada temanku ini merupakan barang yang aku sukai kala terpandang buat pertama kali.. jadi aku beli 2 set barangan tersebut satu untuk diriku dan satu untuk dirinya...Ianya set tali pinggang.. warnanya agak luar dari kebiasaan dan eksklusif.. itu yang membuatkan aku teramat menyukainya..
Aku sukakan suatu barang yang unik dan lain dari yang lain... mungkin org lain tak seperti diriku... usah ditanya pada harga..kerana alah membeli menang memakai..
Harapnya teman baikku ini menyukainya... harapanku agar persahabatan ini kekal..
Daku menerima smsnya malam tadi "suka sgt. Wan akan ingat sampai bila2."
senantiasa aku memikirkan adakah dia betul2 menyukainya?Atau sekadar untuk menjaga hatiku...

Monday, June 07, 2010

Beginilah nasib..

beginilah nasib diri yang harus tabah dalam menjalani kehidupan.. walau ranjau hidup penuh berliku.. walau diri seakan terbuang di tanah gersang.. di padang pasir nan tandus...
Seakan tidak diperlukan lagi... dan akan diambil pabila diperlukan..seandainya diperlukan.... ku amat memahami situasi ini... mungkin luahan menerusi coretan mana mampu difahami... mungkin jua aku tidak memahami atau insan lain yang tidak memahami..
haruskah aku mengucapkan selamat jalan?

Friday, June 04, 2010

Jikalau....tapi entahlah..

Jikalau saya jadi squidward...
saya akan selalu buli awak...
Jikalau saya jadi Mr Crab....
saya akan kikis semua harta awak..
dan bila saya jadi Patrick..
saya akan selalu wat awak tension....
Tapi...
saya taknak jadi diorang tu semua...
saya nak jadi spongebob...
yang selalu setia dan sayang pada awak...
Tapi entahlah...

cermin sakti..sayu..

Wahai cermin sakti... adakah perlu untuk daku menoleh ke belakang atau daku perlu merenung ke hadapan pada mimpi yang tak pasti? sekali ku terlihat diri mu wahai cermin hikmat.. aku akan terasa sungguh sayu pada segala kenangan indah.. momentum nya seakan ku rasakan... aku rindukan kenangan.. aku rindukan memoir indah.. aku rindukan segalanya..
mengapa diriku terasa begitu sayu sekali.. detik kesedihan muncul dalam hidupku... detik sayu.. detik pilu.. duka nestapa melatari.. dan menghmpar permaidani hidupku..
Andai diputar masa lampau kan ku cuba melewati hari2 nan indah di bawah pepohon rendang...
wahai pepohon.. ketahuilah dikau lah peneman diri ku.. hatiku begitu sayu...

Thursday, June 03, 2010

Tersimpan di naluri..

Ku biarkan hati aku terus berlalu bagai sungai yg mengalir.. ku terus memujuk diri agar jangan terus terlena dengan mimpi yang tak mungkin kan menjadi nyata...
Tika rembulan menyinari... lalu ku madahkan tiada cinta nan suci...
kasih sedalam lautan..setinggi mentari tak mampu digapai.. oleh khayalan diriku... ku biarkan tersimpan di naluri..sendu sedih.. merintih sepi..

Monday, May 31, 2010

Dengarkanlah..Kebahagiaan Dalam Perpisahan..

Hujung minggu lepas aku pulang ke kampung.. Setiap kali aku pulang ke kampung hatiku pastikan berbunga riang... Seakan ada suatu kekuatan yang yang tiada tergambar.. Aku tak sabar untuk mengunjungi pusara ayahku.. dan itulah rutin aku setiap kali pulang ke kampung.. akulah yang akan menjadi pekebun bagi mengemas dan mencantikkan pusara..aku akan rasa tenang..
Kepulangan aku kali ini untuk menyambut hari lahir makku... beserta pertemuan bersama kwn2 kala aku di sekolah rendah.... ingatan aku terus kembali di zaman tersebut.. bagaimana watak cinderella diterjemahkan dan dibina semula ke alam dewasa.. cerita cinderella ini adalah lakonan kami semasa di darjah 6 sempena majlis penyampaian hadiah.. para pelakon adalah yg glamour2.. itulah kenangan...
Untuk perjalanan pulang ke kampung n balik ke kl, tema lagu yg aku pilih adalah Kebahagiaan Dalam perpisahan-Shahir.. lagu yg menyentuh hati... ku tujukan pada temanku untuk dia mendengarnya...dengarkanlah..

Thursday, May 27, 2010

The Touch Oren-Hitam

Aku terlupa bercerita pasal The Touch. Koleksi hitam-oren hantaran terbaru sentuhanku telah siap sepenuhnya minggu lepas. Koleksi ini sebanyak 14 dulang.. bukan senang untuk memberikan touch pada setiap koleksi.. Kerahan idea untuk memberikan sentuhan magis pada koleksi kali ini agak memuaskan hati aku walau plan sebenar telah ditukar.
Disebalik koleksi ini yang sebenarnye agak tangkap muat memandangkan bahan utama telah habis stok. Aku terpaksa memikirkan sesuatu untuk menggantikan bahan tersebut.. dan inilah hasilnya..bayangkan terpaksa menukar bahan utama.. apabila bahan utama terpaksa ditukar maka corak hiasan juga perlu ditukar.. Pening kepala juga. untuk hiasan bunga pula warna oren yang dipilih memang terlalu sukar dicari. Puas aku keluar masuk kedai untuk mecari bunga yang akan memukau..Dengan sedikit pengalaman dan minat jadi aku cuba memberikan yang terbaik .. suatu benda yang aku lakukan mesti memberikan kepuasan dahulu untuk diriku.. barulah aku akan bertanyakan pendapat insan lain bagi memperbaiki lagi..
Akhirnya The Touch Oren-Hitam siap...terimalah...

Mak.. Kaulah Ratu di Hatiku...

Hari Lahir mak ku jatuh pada 25 Mei.. Tahun ini genap 60 tahun usianya. Setiap kali hampirnya tarikh lahir mak aku berfikir untuk membuat sesuatu kejutan.. tahun ini aku telah menempah 60 biji cup cake bersempena 60 tahun umur mak... Aku juga telah membeli set cawan bersalut emas beserta dulang dari Langkawi.. harapnya mak suka dengan hadiah yang tak seberapa dariku..Bulan ini juga Hari Ibu....Terima kasih mak atas segalanya.. Andai mampu ku laungkan pada dunia betapa aku teramat menyayanginya dan sentiasa merinduinya.. dia jua inspirasi kekuatan dan ketabahan seorang wanita.. Selagi mak masih hidup aku akan melakukan apa sahaja biar setiap detik hidupnya penuh bahagia.
Mak.. Kaulah ratu di Hatiku..

Rasa Sekali Pasti Nak lagi..


Sudah terlalu lama aku tidak menitipkan sesuatu dalam blog ini.. Atas permintaan seorang temanku maka aku cube memberikan sesuatu untuk kali ini...
Jadualku terlalu padat sepanjang bulan ini dan bulan 6...
2 minggu lepas aku ke Langkawi selama 5 hari.. diikuti ke Melaka selama 4 hari minggu berikutnya.. minggu ini pula aku akan pulang ke Kuantan(Agak2 berape hari yek aku kat kuantan tuh). Minggu depan aku akan ke Johor.. seterusnya ke Kelantan minggu berikutnya..
Kala aku di Langkawi fokus utama pada tugas yang perlu diselesaikan. Aku membawa seramai 6 orang pegawai yang benar2 'kuat' untuk mendapatkan respon dari pihak hotel. Target aku kali ini bagi mencapai 100% respon dari pihak hotel. Dengan team yang kuat ini aku begitu gembire kerana tugasan ini siap sepenuhnya dalam masa 2 hari. Tahniah untuk diri wahai anak buahku..
Bukan senang untuk aku membawa 6 orang pegawai sekaligus. Ini laksana percutian. Bagiku setelah selesai semua tugasan maka kami akan bercuti sambil melawati seluruh Langkawi. Agak menarik sepanjang perjalanan ini cuma aku terasa sedikit jurang bila bersama mereka. Aku cube untuk menjadikan mereka sebagai sahabat setelah habis kerja..
Sepanjang berada di langkawi kami tidur di The Cabin..Resort yang hanya mempunyai 10 bilik tetapi eksklusif dengan lanskap yang memukau. Aku dapat merasai menaiki paracut seperti paragliding. Itu adalah cita2 ku kala aku terpandang tika berada di Pulau Pinang sedikit masa dahulu. Aku begitu teruja untuk naik.. Walau hanya 7 minit dengan harga rm80 aku merasai kebesaran ilahi.. Rasa bertuah dapat menaiki sambil melihat panorama Langkawi..seakan mahu naik lagi dan lagi..
Aku agak terkilan kerana tidak dapat naik kereta kabel ke Gunung mat Cincang kerana ditutup selama 2 hari. Hari kedua aku di Langkawi kami pergi ke sana namun terlalu ramai insan yang beratur jadi aku cadangkan untuk pergi keesokkan harinya.. memang tiada rezeki kerana ditutup.. aku dapat melihat sayup2 kerat kabel naik.. ini jua adalah kebesaran illahi pada alam.. Aku jua terfikir bagaimana kuasa teknologi manusia mampu membawa dan membina struktur di puncak gunung.. Laksana keajaiban taman tergantung..
Kemana jua aku berjalan perkara utama yang terlintas apakah yang ingin ku belikan untuk mak... Mak memang begitu istimewa dalam hatiku.. Kali ini aku fikirkan untuk membelikan hadiah sempena Hari Lahirnya..Mungkin set cawan gold beserta dulang ini mampu membuatkan mak mengukir senyuman.. Aku jua membeli cokelat kegemaranku Kinder Bueno.. memang murah cokelat ini di sana. Aku rasa lebih dari 30 bungkus.. ini semua untuk stok sahaja. Kalau di kl sebungkus berharga rm3.50 tetapi di sana 3 bungkus hanya rm7. mana mungkin melepaskan peluang. Cubalah beli...Rasa Sekali Pasti Nak Lagi..

Tuesday, May 04, 2010

Kejutan Kemunculan...

Terlupa pula aku menceritakan suatu peristiwa yang tidak diduga...berlaku hampir 2 minggu lepass. 24 April 2010...
Malam minggu tersebut teman serumahku mengajak aku pergi makan malam beramai2 bersama teman lama kami selepas menonton AF... Aku, Mat Lae, Khai, Azhan & Agir. Mulanya kami ingin pergi manikmati makan malam di Malis.. fuhhh sebut sahaja malis mesti aku begitu teringatkan char kue tiownya yang sedap...tapi akhirnya kami makan di Bandar Baru Ampang sahaja memandangkan lokasi malis agak jauh...
Setelah perut masing2 membulat kami merancang untuk pergi ke downtown cheras.. Ramai sungguh manusia.. jammed teruk juga... Tanpa aku duga aku terserempak teman lamaku .. Umpama mimpi kala aku terpandang wajahnya.. mulanya aku buat2 tak tau sahaja...tapi apabila teman serumahku memberitahu ada sepasang mata asyik memandang ke arahku maka aku memberanikan diri menoleh..sah la dia...... inilah namanya takdir...
dia telah hilang hampir 4 tahun dengan waktu sebelumnya meminjam duitku rm1k... Airmata terus mengalir deras dari kelopak matanya...dia menyatakan sudah lama mencariku....aku hanya mendengar..
dia mengajak aku pergi minum2 untuk bertukar cerita namun apa yang berlaku sebaliknya.. sebaik sahaja aku menaiki keretanya alarm terus berbunyi.... semua mata tertumpu pada keretanya... dia betul2 panic.. aku cube menenangkan keadaan.. aku pun tidak tahu ape yang perlu dilakukan....mungkin keretanya juga begitu terkejut dengan kemunculan aku agaknya...
Aku berlalu pergi dan memohon agar sms kepadaku jikalau inginkan bantuan...
Dia tidak berubah.. masih juga seperti dahulu.. seharusnya dia perlukan anjakan paradigma dalam kehidupannya... pelbagai aspek yang aku lihat... bukan maksudku untuk memperkecilkan atau membesarkan.. cume kala tahun berganjak seiring usia apa yang bermain difikiran kita...manusia tidak sama....harapanku agar perubahan diri dan kehidupannya akan berlaku..

Terima kasih sesangattt

Aku mendapat kejutan pada hari ahad lepas... Sehari sebelum dia ader mengsms aku dan memberitahu ade surprise untukku..apakah surprise itu aku terus memikirkan..adakah kejutan suatu kesedihan atau kegembiraan buatku...
Teman rapatku membawa satu hadiah yang cumil... teddy bear... siap dengan kotak yang cantik n paperbag pun cantik sesgttttt.. aku suke sgttt...byk perkataan i luv u .. aku bagai dibuai perasaan...walaupun sebelum ini aku sudah mempunyai hampir 10 ekor teddy bear hadiah dari insan lain yang aku telah simpan dalam kotak...tapi ini istimewa..teddy bear ini akan ku pamerkan bersama kotak cumil itu..nak letak kat opis da ade 2 ekor kat opis...
Mujurla teman rapatku ini tidak memberikan beg plastik.. aku sekarang ini ingin membantu menyelamatkan bumi.. aku kurang berminat dengan penggunaan beg plastik.. aku sanggup memegang brg2 yg dibeli.. kalau boleh aku akan meminimumkan penggunaan beg plastik dan bertukar kepada green non woven bag...
Bercerita berkenaan teddy tersebut... kala aku leka memerhatikannya.. rupenye di kaki ade berkataan i luv u... macam syahdu jerr. sebenarnye ingin aku memeluk dirimu sekuat yang ku mampu tapi tanganku seakan tergantung di langit... kaki pula terpasak dibumi... bukan senang untuk org syg kat kita... aku betul2 menghargainya... Terima kasih sesangatt Abi.. muahsss

Tidak dirancang..

Hari sabtu lepas memang tidak dirancang pertemuan aku bersama kakak iparku... Mula2 dia ingin medapatkan pendapat aku berkenaan interior spa baru yg dibangunkannya... kami berjanji akan bertemu di ikea damansara untuk melihat barang2 dan hiasan bagi membantu memfabulousskan spanya.. temanya nye bali modern.. ahakss..untung2 aku dapat la merasa urutan free.. ahaks...
ini adalah kali kedua aku bertemunya... tak ku sangka kami akan bersama2 berjalan sambil aku memberikan idea...banyak cerita yang kami kongsikan...
Aku seorang yang simple... andai insan itu menyenangkan aku.. aku akan memberi 10 kali kegembiraan...

Wednesday, April 28, 2010

Kita Tunggu dan Lihat...

Kisah aku kali ini berkenaan Langsir... Citer pasal langsir ni aku adalah pereka langsir untuk rumah aku sejak dari dulu... Kiraan berapa jumlah langsir yang perlu untuk seluruh rumah tidak termasuk dlm bilik hampir mencecah 200 meter kesemuanya... mungkin ada yang tidak mempercayai.. tapi itulah hakikatnya...
kebetulan time aku balik kampung hari khamis lepas aku pun membawa pulang tirai bertali yang aku beli semasa pameran hiasan dalaman...aku sukakan fesyen tirai ini.. mulanya nak pasang untuk raya.. tapi alang2 da try pasang terus jer aku pasang... sambil memasang tirai tersebut aku berbual2 ngan mak... tiba2 keluarlah cadangan untuk kami 2 beranak pergi ke Kamdar Kuantan membeli kain langsir untuk digunakan sempena aidilfitri akan dtg..plan kami hanya membeli kain kemudian menempah langsir kepada tukang jahit... mak sudah melihat kain yang menarik minatnya tika dia pergi bersama adikku sebelum ini.warna pilihan adalah kuning...
banyak betul pilihan kain di kamdar... mak sudah membuat pilihan... dia mengharapkan persetujuan dariku... harga bukan menjadi masalah buat mak cume aku perlukan corak dan warna pilihan mak..setelah penat kami memilih.. akhirnya dapat juga kain untuk dibuat langsir... dengan segalanya siap ditempah di kamdar... lagi mudah urusan penempahan..
yang kelakarnya.. dengan perancangan yg tidak begitu teliti dengan hanya mengambil ukuran dari atas ke bwh langsir iaitu 2.5meter. aku hanya mengagak berape meter kain yang perlu digunakan... mujurlah ada akak di kamdar yg memberi cadangan... ape2 pun tq akak..
Berkenaan langsir juga aku ade membeli 5 keping kain langsir jarang bersulam tebuk dari sarawak kala aku berkunjung ke sana tahun lepas... kain itu juga akan menjadi lapisan kedua ruang tamu... Kita Tunggu dan Lihat....

Tuesday, April 13, 2010

Kota Kuala Muda-Tsunami-bayangkanlah...

Kota Kuala Muda-Tsunami... begitu menyentuh hatiku kala aku berkujung ke sana hujung minggu lepas... monumen berbentuk bot2 nelayan yg dipukul gelombang tsunami serta kesan tapak2 rumah akibat tsunami boleh membuai perasaan yang akan mengalirkan airmata... ini adalah pengalaman baru untuk diriku.. jauh berjalan luas pandangan byk pengalaman...
Aku berkunjung ke kampung rakan sekerjaku.... menikmati suasana kampung.. menuruh cerita maknya rumah dibeli dari seorang cina dan diubah suai sedikit serta siap disamak .. masih dapat dilihat struktur rumah lama yang masih kukuh beratap zink di bahagian belakang.... kehidupan kampung membela ayam, ikan keli dan haruan... pokok pisang... kepala nun sayup menjulang... di seberang jalan pula ada kilang padi.. aku sempat masuk untuk pertama kali ke kilang padi... itupun kala menemani mak rakanku membeli dedak hasil hampas beras untuk diberi makan pada ayam2nya. di Kota Kuala Muda aku sepmat membeli Dung Cak- bunyi macam pelik tapi seakan otak2... pulut panggang kat situ pun besttt sgt...
Memang perjalanan aku kali ini adalah serampang dua mata... fokus utama aku adalah untuk pergi ke majlis perkahwinan teman baikku mira di Seberang Perai...alang2 sampai jadi aku tidur di Kota Kuala Muda.. sempat berjalan ke Penang...
Bercerita berkenaan majlis perkahwinannya.. byk bende yg tak seharusnya berlaku untuk keluarga ini.. tapi aku cukup memahami kerana pernah melalui situasi yang lebih kurang begitu...tapi aku memuji decoration dlm dewan.. cantik...mekap pun cantik..aku tau aku ni sukakan berde yg perfect.. ramai yg bertanya apakah komen aku tentang majlis perkahwinan tersebut...
Bercerita mengenai Penang pula... kami sempat makan di Nasi Kandar Beratur. fuhhh sedap.... aku tak sempat nak membeli ape2 jeruk cume aku pesan pada kwnku agar membelikan biskut Tambun untuk seorg teman yg memesan padaku....
Tak ku sangka gaya memandu F1 aku dapat diaplikasikan juga di Lebuhraya utara selatan buat pertama kalinya... dari Kedah ke kl aku mengambil masa 3jam setengah sahaja.. ahaksss..bayangkanlah...

F1 2010 Sepang

Cerita aku kali ini berkenaan F1. F1 kali ini kurang menarik... aku lah antara manusia yang sanggup muncul di tengah2 kepanasan terik mentari berjalan menuju ke grand stand bagi menonton sukan berprestij ini..ramai jugak penonton tahun ini... kali ini aku menonton di Diamond... 2 hari berturut2 aku pergi ke sana...kalau dapat melihat aksi pelumba kala hujan lagi best.. Berbanding tahun lepas... tahun ini tiada hujan yg turun kala pelumba beraksi...aku sempat menyambar sekaki payung F1 Sepang untuk disimpan...

Monday, March 29, 2010

Titisan Airmata Syahdu...

Sabtu lepas ayah teman rapatku meninggal dunia setelah menjalani pembedahan jantung khamis lepas... aku tumpang sedih namun itulah ketentuan tuhan yang tak mampu ditentang... dari Dia kita dtg.. kepada Dia jua kita akan kembali... Wahai sahabatku... dikau perlu kuat dan tabah dengan dugaan ini... doakan yang terbaik moga roh arwah dicucuri rahmat...redha dengan pemergian insan tersayang... segala kenangan kala bersama kan terpahat di sanubari sampai mati..aku jua pernah merasainya suatu ketika dahulu...Terdetik dihati ini untuk pergi sangat menziarahi jenazah namun pergerakan terbatas kerana aku benar2 tidak mengetahui jalan ke rumahnya... maafkan aku wahai temanku...
Seperkara lagi seorang lagi teman rapatku pula dikejutkan dengan bondanya koma akibat serangan strok... berita yg juga sedih buat diriku.... doktor menyatakan peluang untuk hidup sungguh tipis... daku mendoakan yang terbaik dan benar2 berharap temanku ini tabah atas dugaan hidupnya ini... ini adalah hakikat yang harus kita terima walau pahit dan teramat sedih...aku jua mendoakan apa yang terbaik..pernah suatu ketika aku menyatakan padanya buatlah dan berikan yang terbaik untuk kedua ibubapa kita selagi mereka masih hidup.. tatakala mereka hilang kita pasti akan terkilan andai kite tidak benar2 menggunakan kesempatan yang ada tika mereka masih bernyawa..
waktu2 kesedihan ini mengingatkan aku kala menghabiskan detik2 bersama dan menjaga saat2 akhir hayat ayahku... aku benar2 bersyukur diberikan peluang yang tak mampu ku ceritakan pada orang lain dimana aku kala mengusap, membantu, menjaganya benar2 memberikan aku kesedaran inilah yang mereka lakukan padaku tika aku kecil... memang syahdu sgt..sedihnya...
aku bukanlah bijaksana.. namun sambil mengingati insan lain aku jua mengingatkan diriku agar tidak lupe pada ibuku yang paling ku sayang...

Monday, March 22, 2010

Aquaria.. Midvalley..

Sudah begitu lama aku tidak menulis di blog ini semenjak aku aktif di facebook.. rindu jua temanku dengan tulisan emasku dalam blog.. Ceritaku ini berkisar tentang Hari sabtu 2 minggu lepas di mana aku bersama Abg J pergi ke Aquaria KLCC menikmati keindahan haiwan dasar laut.. ini adalah kunjungan aku ke 6.. memang aku sukakan ikan jadi inilah tempat yang selalu aku pergi kala aku bosan... tiket masuk rm28..
Bermula dari pintu hadapan Aquaria aku dapat melihat spesis Piranha yang sudah menjadi agak besar... Penghujung tahun lepas piranha tersebut masih kecil.. aku tak mampu bygkan nasibku jikalau aku berada dlm air dan dikelilingi oleh sekumpulan piranha..
Untuk kali ini aku dapat memegang buat pertama kali gamat laut... bentuk seperti ulat yang besar.. struktur kulitnya yg lembut seperti agar2...
yang lain2 biase2 jerr.. cume ada bahagian yang telah di renovate dan ditambah...

Hari Ahad 2 minggu lepas pula aku bersama temanku pergi ke Midvalley... mungkin inilah kali pertama dia ke Midvalley tapi aku tak kisah.. aku bukan jenis mengata... Byk bende yang dia suke menunjuk2 tapi bg diriku tak perlu aku hipokrit... sedar diri.. aku layan jerr... cume aku akan beri pendapat aku tentang sesuatu andai aku tau ape yang terbaik kala ingin membeli sesuatu berdasarkan pengalaman aku..
Mulanya kami ingin menonton wayang namun terlalu ramai makhluk tuhan yg beratur jadi kami batalkan hasrat kami...
Kami window shopping bersama2 dari sebuah kedai ke sebuah kedai.. aku ini memang ditakdirkan kaki jalan.. jadi aku tak kisah.. bawak jer aku jln2 sehingga sampai satu masa aku penat aku akan cakap aku nak berehat..
Pusing punye pusing akhirnya kami sampai ke decoration Alice In Wonderland yang cukup memukau...puas posing di situ tanpa ku sangka aku terjumpa sahabat lamaku yang pernah hilang.. aku pun teringat saat aku masih menjadi kwn rapatnya...duit yang dipinjam tidak dipulang dan terus senyap..Walau ape yang terjadi kami bersalam juga... Aku boleh melihat dari riak wajahnya mungkin tidak menyangka kami akan bertemu... matanya berkaca kala melihat aku...sesungguhnya bumi ini kecil..inilah manusia bila susah mencari kita.. aku tak kisah kerana kehidupan ini berputar.. kadangkala kite di atas kadangkala di bawah... kamasutra jua mengutarakan setiap balasan akan ditimbal..
Ape2 pun aku begitu gembire menghabiskan masa...
manusia baik pada diri ini.. maka diri ini akan 10 kali baik terhadap meraka..

Genting Oh Genting..Seronok Sgt..

Minggu lepas aku ambik cuti semata2 untuk menemani teman rapatku yang mengidam untuk ke Genting... ini adalah plan kedua kami kerana sebulan sebelumnya kami tidak mendapat tiket ke genting kerana kami tak betul2 plan.. jadi pada kali ini hasrat temanku ini tercapai setelah 10 tahun dia tidak menjejakkan kaki ke sana..
Kami bertolak ke sana dengan menaiki bas di Puduraya.. awal betul kami sampai lebih kurang 645 pagi..
Seronok jua rasa menaiki bas menuju ke sana.. bas yang kami naiki berhenti di hentian di kaki genting....perjalanan seterusnya menaiki skyway- dalam bahasa biase kereta kabel.
Temanku ini gayat pada tempat tinggi maka terpancarlah wajah pucat dari riak muke... aku sengaja mengusik. Ini menambahkan lagi persahabatan kami kerana belum pernah kami pergi makan angin bersama2...
sebanyak 22 tiang kabel kala dikira dari stesen permulaan untuk sampai ke puncak... memang agak menakutkan untuk sesiapa yang gayat... Tika menuju ke tiang kabel 22 yang sungguh curam dan tinggi aku hanya mampu berdoa agar tiada ape yang buruk terjadi..
Kami antara insan yang paling awal muncul di teman tema luar Genting...
Dari kayuhan bot air sehinggakan Vintage Car.. macam2 permainan kami cuba....
Teman ku ini membuat kejutan apabila ingin menaiki buaian pusing.. aku agak terkejut sebenarnye apabila dia sanggup beratur panjang untuk menaiki buaian...layan jer la impian dia... nanti kempunana.. cume aku teringin untuk melihat dia menaiki space shot tuh...huhu... entah bile dpt tengok.. aku memang tak sanggup naik buaian tu takut tercampak...
Inilah juga kali pertama aku membeli token mencuba untuk bermain baling2 brg bg mendapatkan hadiah anak patung.. memang nasibku tak baik..satu pun tak kena.. takde rezeki..
Sedar tak sedar sehingga lenguh kaki aku meyusuri jln2 dlm taman tema...
Genting oh Genting... seronok sgt...

Monday, March 08, 2010

semalam rakanku mengajak aku pergi menonton Le tour de Langkawi... tapi kami tersilap masa... takdirnya kala mai dtg ke sana majlis sudah tamat....

Bilikku Syurgaku..

Cuti Hujung minggu kuhabiskan dengan mengemas bilikku... Sudah agak lama aku tak betul2 buat spring cleaning untuk segenap pelosok inci bilik... selalunye setiap minggu dengan berbekalkan feather duster aku hanya membuang habuk...tapi untuk kali ini aku dengan gigihnya mula mengemas dari jumaat malam sabtu dengan meletakkan brg yang agak semak ke dalam 3 boxes yang baru ku beli di tesco minggu lepas...aku vakum sikit demi sikit habuk2 yang berketul2... sehingga bersih ... dari belakang rak tv sehingga belakang almari habis ku vakum.... lipas kering semuanya masuk menerusi sedutan vakum...
aku begitu bangga dengan hasil kerjaku... walaupun org lain tidak mengetahui betapa bangganya aku pada diri sendiri...struktur katil dan barang2 dlm bilikku telah ku ubah.. Balik airku juga telah aku bersihkan sehingga berkilat.. hehehe...
bilikku adalah syurgaku...

Friday, March 05, 2010

ceritera bermula.....

Ingin ku bercerita berkenaan suatu perkara yang terjadi pada diriku pada minggu ini...
Selasa lepas aku berkunjung ke Pejabat Imigresen di Pusat Bandar Damansara.. Aku ni memang fail kalau bab driving ni jadi aku mengambil keputusan untuk pergi dengan menaiki pengangkutan awam... Kalau sesiapa yang rapat dengan aku akan tau betapa aku ni tak suka drive sendiri.. aku rela naik bas demi kesenangan aku... namun kadangkala memang tak senang jugak.. hehehehe
Ceritera bermula aku dari rumah menaiki lrt menghala ke stesen Bangsar. Aku tunggu punye tunggu bas ke Pusat Bandar Damansara tak sampai2.. Last2 aku telefon Zali.. Rupenye aku tersalah tempat menunggu. Sepatutnye aku menunggu di sebelah jalan satu lagi...
Dari Stesen Bangsar aku menaiki bas ke Pusat Bandar Damansara..Nak turun kat mane pun aku tatau...aku gamble jer..Aku da nampak bangunan imigrisen tu tapi tatau bas akan berenti di mana..mujur la sebelum ni aku penah pi buat pasport kat sana...
Tengah2 beratur untuk mengambil nombor giliran aku terlupa nak fotostat ic... cari punye cari aku teringat aku tertinggal bende penting tu dlm poket seluar kerja...Ish da la siap beratur agak panjang.. aku pun terus keluar untuk pulang ke rumah untuk mengambil bende alah tu.. aku mencari bus stop.. nak cari tempat tunggu bas pun tatau... aku terus berdiri di tengah2 antara 2 jalan. Aku tata sebelah mana jln yang boleh aku tunggu untuk pergi kembali ke stesen bangsar.. aku kena cepat sebab ic ni ada kat umah...
Mujurlah ada satu pemandu teksi yang bertanye.. aku pun naik n terus ke stesen bangsar...di dalam teksi tu la aku dicadangkan olehnya pergi ke Pejabat Imigresen wangsa maju yang lebih dekat dengan rumahku..
Aku sampai di rumah dalam pukul 10.40pagi.. pada mulanya aku nak drive pula ke wangsa maju tapi aku takut tak terjumpa pula tempat yang ingin ditujui..Untuk mempercepatkan perjalanan aku, aku menahan teksi terus ke sana..
Dalam masa hampir 15 minit aku sampai di hadapan bangunan pejabat imigresen...
Fuh.. panjang lagi nak citer...
Borang sudah siap diisi... tetapi masa nak ambik no giliran pula ic aku tak dpt dibaca oleh sistem komputer... Aku dicadangkan oleh pegawai terlibat untuk membuat ic baru sementara menantikan nombor giliran aku akan sampai lagi 130 org... lamanye..
dari pukul 11 hinggalah ke pukul 2.. lenguh kaki aku menunggu.. dari berdiri, bersandar di tiang.. mencangkung.. last2 aku duduk bersila jer atas lantai.. akhirnya nombor giliran aku dipanggil...
Memang betul pasport akan siap dalam masa sejam tetapi kalau dikira dari nombor giliran dipanggil la... tapi sebelum tu tunggu macam nak mampu tak dikira la ye...
Sekarang ni pasport boleh dibyr untuk 2 tahun rm100.. tapi bg memudahkan aku jadi aku terus membayar rm300 untuk 5 tahun lagi... tak sanggup rasenye utnuk aku menunggu lama lagi lain kali... hehehe..
tepat pukul 300petang nombor giliranku dipanggil dan dengan bangganya aku senyum. Aku mendapat ape yang aku hajati.. pasport la.. dan sebagai trademark aku.. kalau aku berurusan dengan mana2 org yg senyum padaku, aku akan hadiahkan cenderamata sebagai tanda terima kasih..
aku terpaksa pulak berkejar pulang untuk menghadiri kelas mandarin pukul 4...
inilah nasibku....

Baby Boy..

Sudah agak lama aku tak mencatatkan sesuatu pada blog ini... Aku terlalu sibuk dengan pelbagai perkara yang memerlukan aku menumpukan sepenuh perhatian pada tugas yang telah diamanahkan... demi negara...hehehe.. Sakit2 badan aku hampir sebulan ini memberikan yang terbaik..terpaksa berkejar ke sana sini.. takper.. inilah pilihan aku.. mana mungkin untuk mendapat kerja yang senang...komitmen yang amat tinggi aku perlukan saat ini..
"Alhamdulillah. Baby boy selamat dilahirkan jam 3.48 pg td. FAWWAZ AQLAN BIN FAHMIZUAN".. Sms aku terima dari teman baik ku sejak dari sekolah pada 02032010.. da bergelar bapa da dia...tahniah buatnya... Lama tak jumpe dia sejak dia kawin..Last pun aku jumpe dia masa Raya Haji kot kalau tak silap aku...
Aku panggil dia miezz... Masa skool dulu byk sangat kenangan dengan dia... bile ingat balik kelakar....tapi masa terus berlalu.. meninggalkan segala kenangan menjadi memori indah..elite...
Macam2 aktiviti kami dari perkara baik2 hinggakan ke yg jahat2... hehehe...

Monday, February 22, 2010

Platinum Cineplex

Sabtu lepas aku bersama seorg teman pergi menonton wayang di Platinum Cinema cineplex damansara.. best juga dan xklusif...pertama kali aku menonton di sana.. kerusi empuk dan boleh diubah seperti katil.. siap boleh minta selimut lagi... pada mulanya kami pergi untuk menonton Percy jackson & the lightning thief sahaja..namun selepas abis citer tu temanku ini teringin untuk menonton citer Valentine Day pulak.. citer komedi.. best la...
Sesampainya kami di sana aku ternampak sahabat lamaku bersama temannya.. dia memanggil aku untuk berbual.. namun sakit hatiku padanya suatu masa dahulu masih belum surut.. maka aku hanya tersenyum dan berlalu pergi...
sementara menunggu waktu tayangan pukul 645pm aku terus ke komputer yang disertakan talian internet untuk membuka facebook.baru seminggu aku reti menggunakan facebook..da ade akaun rasenye hampir 1 tahun... aku ni memang bute IT.. tau untuk buat kerja jer... org kg yang tak punye ape2... Tayangan kedua pukul 10.00pm.. aku siap tertido dalam selimut semasa tayangan kedua.. huhu...

Thursday, February 18, 2010

Genting Oh Genting..

Valentine day... satu hari kononnya dikatakan hari kekasih... bagi diriku ia sekadar ingatan pada kekasih hati...tidak lebih dari itu...Untuk tahun ini tiada apa yg aku perolehi cume kedatangan teman rapatku di pagi valentine sudah cukup buatku...hehe
Hari isnin lepas kami plan nak pegi ke Genting dengan menaiki bas..Temanku ini teringin ke Genting memandangkan hampir 10 tahun dia tidak menjejakkan kami ke situ. Kami sampai di Puduraya pukul 9 pagi.. Tiket paling awal yang dijual adalah pukul 3.30pm. jadi aku mencadangkan untuk kami pergi ke pekeliling.. Sesampainya kami ke sana terlihat begitu ramai sekali warga asing yang sedang beratur untuk membeli tiket...tak tercapai hasrat kami...
Jadi kami pun tukar plan.. terus ke time square untuk menonton wayang.. dapat juga kami menikmati suasana ala genting tika berada di Cosmo Theme Park milik Kumpulan Berjaya ini..Kami antara org yg terawal muncul dlm time square pagi itu..kaunter tiket wayang pun belum dibuka. kami menonton cerita Pierrce Jackson & the Lighthing Thief.. best juga penuh dengan lagenda rom...Cerita yang menarik dan Hari yang menarik untuk aku... Harap2nya kami dapat jua pergi bersama2 ke genting nanti...

Thursday, February 11, 2010

Ceritera Batik Merbok lagi..


Hari ini aku memakai koleksi terbaru 2010 Batik merbok... Ia menambah koleksi Batik Merbok yang ke3 dalam simpanan aku.. Warna dan corak adalah pilihan designernya... Corak berteraskan artifak menggabungkan rona oren, hitam dan putih melatari satin silk ini..Aku hanya mengikut untuk kali ini.... Sebenarnye aku teringin untuk memiliki batik berwarna hijau tapi takpe la... lain kali la aku akan reka corak beserta warna hijau..

Tuesday, February 09, 2010

aku lelaki biasa..

aku ini lelaki biasa...
bisa sakit..
luka kerana cinta..

dingin sepi kerap menyapa..
airmata jatuh tak disangkakan
kadang ku kuat.. setegar karang..
kadang ku rapuh..
lemah liar berandah...

maafkan aku..
bila hasrat ku keliru
suluh ghairah lah jiwamu..
ku yg dosakan cinta..
kekasih...

maafkan aku..
bila hasratku keliru..
suluh ghairah jiwamu..
kekasih hatiku...

Thursday, February 04, 2010

sepi seorang perindu

Hatiku kesepian... tiap detik seakan begitu lambat untuk aku terus menempuhi hidup ini...jarum masa bagaikan memanah diriku...
aku terasa duniaku kosong... membawa bersama harapan yang tidak muncul... bagai bayu terus menghembus dan lenyap...tiada niat melukakan hati sesiapa... hatiku ingin di isi... namun apa yg perlu ku lakukan....
Kadangkala aku terasa ketidakadilan sebuah kehidupan... punye segala namun hati sepi..
sepi itu indah... hanya sebuah kata2 pujangga...tidak bermakna untuk diri yang sentiasa terasa sepi... mencari kegembiraan untuk merajai hati...

Separuh jiwaku pergi...

separuh jiwaku pergi...
memang indah semua...
tapi berakhir luka..
kau main hati.. dengan sedarmu..
kau tinggal aku..

benar ku mencintaimu..
tapi tak begini..
kau khianati hati ini..
kau curangi aku..

benar ku mencintaimu..
tapi begini..
kau khianati hati ini..
kau curangi aku...

kau bilang tak pernah bahagia..
selama dengan aku..
itu ucap bibirmu..
kau dustakan semua..
yang kita bina..
kau hancurkan semua..

Tuesday, February 02, 2010

Seafood@ Bagan Lalang

Cuti Hujung Minggu pula jadualku amat padat... Bermula pada hari sabtu kami pergi tengok wayang citer Legion di Midvalley.... komen aku... boleh la... Hari Ahad pula ke Bagan Lalang....berdekatan Sepang Gold Coast...untuk menikmati makanan laut... Aku sebenarnya tidak menggemari makanan laut terutama ikan & ketam...Kali ini aku turut serta bersama kawan2... Kami bertolak dari rumah pukul 5 petang menuju ke Kota warisan... di sana tinggal rakan masa belajarku... dia yang membawa kami ke Bagan lalang.. aku ni kaki jalan jadi aku ta kisah ke mana pun pegi asal berjalan aku ok jerr... Pada mulanya kami ingin membatalkan hasrat setelah mendengar citer kwnku pergi ke sana hari sebelumnya.. order makanan 3 jam kemudian baru dapat... apa kes... kami pergi seramai 6 org..ikan kakap besar, udang, ketam, sotong dan nama baru yang ku dengar.. pahat... bentuk seakan buluh kecik... tapi sedap juga...sejam juga la kami menunggu sambil perut terus bergendang minta diisi... semua sekali hampir rm300.. ok la sesuai dengan lauk2 yang terlalu byk yang dipilih...
kemudian kami terus pi karaoke di Cempaka...
Isnin pula cuti hari wilayah...setelah hampir beberapa lama aku tak berjumpe ruri maka aku pun berjumpe dan kami tengok wayang citer Tooth Fairy yang memang kelakar...

Maharaja...



Jumaat lepas majlis Bollywood Nite telah diadakan... Minggu lepas juga kesihatan aku kurang mengizinkan...3 hari aku mendapat mc... namun aku gagahkan diri juga untuk ke majlis... Dengan gaya maharaja india aku merentasi red carpet... ramai yg terpegun dengan penampilanku... Namun aku seperti tidak punye perasaan hanya tersenyum terpaksa.. walhal dalam hati ingin sahaja aku bukak baju.. bayangkan kasut aladin yang ku pakai terasa cukup berat kala memakai...

Thursday, January 21, 2010

Masjid India@Malam Bollywood


Semalam aku telah abis membelanjakan duit untuk menepati tema bollywood untuk majlis minggu depan... Mungkin jikalau siapa yang menemaniku bershopping akan berkata betapa membazirnya aku tapi hakikatnya demi kepuasan diriku aku tidak peduli... sebab itulah aku tidak berapa suka untuk mengajak orang lain menemaniku kala bershopping..memang itulah aku... alah membeli menang memakai...huhu.. aku melewati jln masjid india meneliti dari kedai ke kedai untuk mencari suit yang lain dari yang lain.. sambil masuk ke kedai2 berbau setanggi(ntah betul ke bau setanggi pun aku tatau..just pakai cakap jer. senang citer bau india)
Suit yang menarik adalah suit pengantin... memandangkan badanku yang cumil ini mana mungkin aku akan dapat memakai suit yang kebanyakan bersaiz besar.. terfikir di kotak pemikiranku untuk menempah sepasang suit.. mulanya aku cuma nak pi jalan2 sambil melihat koleksi baju2 bollywood..
namun bila hati da terpaut pada satu suit pengantin rona oren bersulam dan taburan permata. maka aku pun terus membeli set baju, kasut aladin n selendang untuk ke majlis tuh.. itupun kala aku pergi ke CityOne Plaza... baju tersebut perlu di 'alter' mengikut bentuk badanku. Memang di situlah terletak syurga koleksi bollywood... butik2 eksklusif dengan kain2 mewah terdapat di sana...
Tunggukan kemunculan Malam Bollywood.....bukan Hollywood

Tuesday, January 19, 2010

Luv Fridge Magnet...

Hari tuh masa kat Kelantan dapat panggilan telepon dari Abg Ad kononnye nak jumpe n nak ajak lunch sekali.. tapi aku baru jer on de way ke Pantai Timo.. camane nak terbangkan diri... da lama tak jumpe dia... dia pun da nak balik ke China... dia nak kasik souvenir kat aku... Aku ni kalau souvenir feveret aku fridge magnet jerr.. Ramai kengkwn rapat aku tau bende tu jer aku mintak kalau diorg pi mane2.. dia kata nak pos... masuk jer ke opis balik dari Pantai Timur maka aku ni dengan bersemangat menunggu la kehadiran poslaju atas meja.. tapi takde pun.. aku risau tak sampai atau abg tak sempat pos... aku siap tanye opis boy ade tak poslaju untuk aku.. risau org hambik jerr.. last2 ade la..terlambat opis boy hambik..Untuk kali ni abg Ad kasik 10 Fridge magnet.. huhu... mesti la aku suke..Terima kasih abg....dalam masa yang sama aku dpt fridge magnet dari Korea... 3 fridge magnet dari kwn baikku yang baru pulang dari Korea... cumilll sgtt...terima kasih kwnkku.
Apa2 pun semoga berjumpe di China nanti kalau ade rezeki...
Petang ni da start nak pi kelas mandarin... 3 bulan jugak la aku akan belajar bahasa sebagai persediaan....Here i come... China...

Thursday, January 14, 2010

Black Tie..


Lupe nak citerr....Sabtu malam tu pi anugerah Pelancongan Malaysia di PICC.... menarik jugak majlis tuh... ramai... Sepatutnya PM yang rasmikan last minit tukar TPM... baju yang ditempah siap.. seluar jer yang tak sempat siap.. jadi aku pun beli seluar baru kat seed jerr..rm139.00. iron kat otel untuk sepasang kot n kemeja putih rm49.50.. ok la.. Malam bertema black tie.. hitam, merah & emas... majlis habis pukul 2 pagi.. penat betul... mujur la tido kat Pullman Putrajaya..
Hotel agak eksklusif dengan 2 bilik air...3 balkoni... Senibina hotel ini berkonsepkan Malaysia... aku duduk di Bangunan Tanjung... bercirikan melayu..

Jelajah Pantai Timur...


Minggu ni dari hari isnin aku menjelajah Pantai Timur..da lama aku tak berada di negeri cik siti wan kembang ini....banyak betul perubahan yang berlaku... melawat hotel2 di negeri ini agak menarik... untuk mancari jalan ke hotel2 aku terpaksa menggunakan GPS kerana ahli rombongan tidak mengetahui jalan...
teringat nostalgia tika belajar dahulu.... Kami pergi ke Pasar Siti Khadijah untuk menikmati nasik kerabu tapi hampa kerana nasik kerabu hanya dijual pada waktu pagi..
Aku juga sempat pergi ke Sleeping Buddha di Cabang Empat...
Ada cerita menarik yang terjadi... GPS kami menggunakan jalan kampung yang jauh untuk pergi ke sebuah resort di Tok Bali... kami hanya menuruti...
Hari Berikutnya aku terus ke Terengganu...Dari Tok Bali kami teruskan perjalanan ke Setiu sehinggalah kami sampai ke satu roundabout... yang kelakarnya aku berpusing sebanyak 6 kali sementara menunggu GPS di aktifkan... rasa macam kete berhias pusing di tengah bulatan tuh...
Aku terus ke The Aryani...milik Raja Bahrin... Hotel ini eksklusif tapi agak jauh ke dalam... kepada sesiapa yang penakut dinasihatkan jangan menginap di hotel ini.. Aku di sambut oleh Director nya dengan air serai & keropok lekor....aku di bawa melihat setiap jenis bilik.... amatlah sesuai untuk bulan madu...pemandangan malam di situ agak mengerikan walau resort mengkagumkan dari segi binaan dan konsep bali yang diterapkan...Plan nak tido di situ namun aku telah berjanji dengan Sutera Beach Resort untuk bermalam di sana maka aku kuburkan dulu niatku.. mungkin di suatu masa nanti aku akan kembali ke The Aryani...
Aku terus ke Sutera Beach Resort... Hotel ini mendapat anugerah Hotel 3 Bintang kategori Resort dalam Anugerah Pelancongan minggu lepas... hotel ini pun agak menarik... Kolam renangnya cukup memukau mengadap dan separas laut... Kala menikmati hidangan sambil mengadap laut terasa penuh ketenangan..
Aku juga sempat singgah di Pasar Payang untuk membeli buah tangan.... sempat juga kami menikmati durian terengganu... fuh sedapnya....tak caye cube rasa...

Wednesday, January 06, 2010

Ku sedar diri ini..

Mungkin aku seperti tunggul kayu yang tak punya perasaan... sedih rasa di hati... mungkin kehadiran aku seakan menyibuk... mungkin perlu aku undurkan diri..
aku sedar diri ku...

mood tak stabil...

Minggu ni mood aku tak berape stabil... terlalu byk bende yang perlu diselesaikan.... aku cube buat macam tak tension tapi aku sebenarnye benar2 tension... sebelum nak melepaskan staff pergi out stesen byk bende yang last minit terjadi .. kali ni ade pegawai yang perlu menghadiri kursus... pening kepala aku terpaksa berfikir apakah penyelesaian yang perlu dibuat...tiket penerbangan staff pun belum dapat itenary lagi... mqana satu aku nak settlekan ni... data yang sepatutnya keluar dalam bulan 2 boss nak dalam minggu ni... terpaksa aku kire secara manual.. kalau satu negeri takper... ni da la seluruh malaysia.. pastu ade 3 bulan semuanya... memang kalau ikutkan jamm otak aku... start dari 7.00 pagi sampai 6.00 petang... aku macam kilang...sepatutnya aku kena pi out from the station ke sabah n sarawak minggu depan tapi tak jadi sebab byk benda kat opis yang tak settle lagi.. camane nak tinggal opis... dari hari isnin aku bz.. semalam pun aku keje non stop... lepas buat tu buat ni... naik turun lif... pastu pi meeting la ape la... da 2 hari otak aku jammm... aku risau jadi hiper tension jerr... sebab tu aku cube cool kan diri... moga aku diberikan ketenangan....

Monday, January 04, 2010

Ahad macam2...

Awal pagi ahad aku dikejutkan dengan sms bantuan....huhu... aku terus bergegas ke USJ... kami bergerak ke Pasar tani mega di seksyen 13 shah alam untuk membeli barang2... pertama kali aku ke situ.. kemudian kami terus ke Tesco, Mydin dan akhirnya ke Giant... seronok jugak menghabiskan masa bersama...Bahagia rasanya.. huhu...
Kunci bilikku tertinggal dalam bilik... aku terpaksa memancing kunci dari tingkap... setelah berhempas pulas memancing kunci akhirnya aku berjaya... yakin boleh...Tenghari pula plan bersama teman rapat di pejabat kami karaoke di Nilai... kami pergi berlima... puas melalak kat sana... murah betul haraga di sana... sepanjang hampir 2 jam kami menyanyi hanya perlu membayar rm19... aku sampai bertanya di kaunter 2 kali untuk mengesahkan bayaran...
Seterusnya destinasi kami ke Time Square untuk menonton Avatar.. Avatar lagi... ni da masuk kali ke berapa aku menonton Avatar... mujurlah aku suke citer ni.. jadi takde masalah untuk aku.. cume impian untuk menonton di 3D masih lagi tak sampai2....
Hari ini juga pertama kali aku makan di Wendy's... komen aku ayamnya spicynya tak sedap... walau pun aku ni bukan jenis cerewet tapi bile aku cakap tak sedap tandanya memang tak sedap...
Bercerita tentang Avatar kali ini bila kami bersama akan terjadi aksi2 menarik la.. tambahan pula byk aksi yang boleh dibuat berdasarkan citer ini...
memang menarikss..

Bagai mimpi menjadi nyata..


Sepanjang malam tidurku tak lena... tidur sekejap lepas tu akan terjaga... tau tak kenape.... inilah jua masalah yang melanda diriku.... sebenarnya aku cukup berkenan dengan kasut Guess semalam... rasa kesal jua dihati keran tidak membeli... aku nak budget duit untuk membeli bende utama iaitu suit itam bersama kemeja... tanpa berfikir panjang aku terus gerakkan kaki ke Bukit Bintang.... mencari sepasang suit itam untuk dipakai di majlis anugerah...
Aku tidak dapat menempah suit memadangkan masa yang tinggal hanyalah seminggu.. sehelai coat sahaja mengambil masa 2 minggu... untuk seluar sahaja pula 1 minggu... Akhirnya aku mendapat sehelai suit yang diinginkan.. aku terpaksa menempah seluar memandangkan baju ada dlm stok... patern coat ini agak menarik...beserta kemeja putih yang berkedut di bahagian hadapan... aku sukakan kelainan.. biar kemunculan aku dikagumi.. huhu... seluruh suit ini akan siap sepenuhnya sabtu minggu depan..
Untuk menambah lebih keyakinan pada diriku tika ke majlis nanti aku berjaya membeli kasut idaman... dari kedai baju aku pun terus ke Pavilion..
Aku mencuba dan terus membeli kali ini.. ia bagai mimpi menjadi nyata..

Pendam dulu impian

Sabtu... pi KLCC jalan2... tengok bende ape yang leh dibeli... ada berkenan ngan satu tie kaler merah... cantik.. rm159.00.. macam mahal jerr... tapi memang nak beli jugak rasenye... pastu pi Guess berkenan ngan kasut itam.. siap test lagi.. nak beli takut tak cukup duit jerr nak beli suit itam nanti... rm429.00...semua bende2 ni nak beli untuk pi majlis sabtu minggu depan.. huhu..susah betul kan.. aku ni bile ada majlis mesti nak beli yang outstanding.. untuk kepuasan diri sendiri...pendamkan dulu impian..

01012010

Salam tahun baru.. selamat datang 2010..Inilah buat kali pertama aku menulis untuk kalendar baru.. Dengan kemunculan tahun baru aku mengharapkan bintang kejayaan dalam hidupku semakin bersinar...mengharapkan sebuah kebahagian mengiringi aku ...01012010 besday BNgah.. Selamat hari Lahir..
Aku pun melanggan Konsert Bagaikan Sakti Ct & M Nasir... Menarik juga konsert selama 3 jam....