Monday, March 22, 2010

Genting Oh Genting..Seronok Sgt..

Minggu lepas aku ambik cuti semata2 untuk menemani teman rapatku yang mengidam untuk ke Genting... ini adalah plan kedua kami kerana sebulan sebelumnya kami tidak mendapat tiket ke genting kerana kami tak betul2 plan.. jadi pada kali ini hasrat temanku ini tercapai setelah 10 tahun dia tidak menjejakkan kaki ke sana..
Kami bertolak ke sana dengan menaiki bas di Puduraya.. awal betul kami sampai lebih kurang 645 pagi..
Seronok jua rasa menaiki bas menuju ke sana.. bas yang kami naiki berhenti di hentian di kaki genting....perjalanan seterusnya menaiki skyway- dalam bahasa biase kereta kabel.
Temanku ini gayat pada tempat tinggi maka terpancarlah wajah pucat dari riak muke... aku sengaja mengusik. Ini menambahkan lagi persahabatan kami kerana belum pernah kami pergi makan angin bersama2...
sebanyak 22 tiang kabel kala dikira dari stesen permulaan untuk sampai ke puncak... memang agak menakutkan untuk sesiapa yang gayat... Tika menuju ke tiang kabel 22 yang sungguh curam dan tinggi aku hanya mampu berdoa agar tiada ape yang buruk terjadi..
Kami antara insan yang paling awal muncul di teman tema luar Genting...
Dari kayuhan bot air sehinggakan Vintage Car.. macam2 permainan kami cuba....
Teman ku ini membuat kejutan apabila ingin menaiki buaian pusing.. aku agak terkejut sebenarnye apabila dia sanggup beratur panjang untuk menaiki buaian...layan jer la impian dia... nanti kempunana.. cume aku teringin untuk melihat dia menaiki space shot tuh...huhu... entah bile dpt tengok.. aku memang tak sanggup naik buaian tu takut tercampak...
Inilah juga kali pertama aku membeli token mencuba untuk bermain baling2 brg bg mendapatkan hadiah anak patung.. memang nasibku tak baik..satu pun tak kena.. takde rezeki..
Sedar tak sedar sehingga lenguh kaki aku meyusuri jln2 dlm taman tema...
Genting oh Genting... seronok sgt...

No comments:

Post a Comment