Thursday, May 27, 2010

Mak.. Kaulah Ratu di Hatiku...

Hari Lahir mak ku jatuh pada 25 Mei.. Tahun ini genap 60 tahun usianya. Setiap kali hampirnya tarikh lahir mak aku berfikir untuk membuat sesuatu kejutan.. tahun ini aku telah menempah 60 biji cup cake bersempena 60 tahun umur mak... Aku juga telah membeli set cawan bersalut emas beserta dulang dari Langkawi.. harapnya mak suka dengan hadiah yang tak seberapa dariku..Bulan ini juga Hari Ibu....Terima kasih mak atas segalanya.. Andai mampu ku laungkan pada dunia betapa aku teramat menyayanginya dan sentiasa merinduinya.. dia jua inspirasi kekuatan dan ketabahan seorang wanita.. Selagi mak masih hidup aku akan melakukan apa sahaja biar setiap detik hidupnya penuh bahagia.
Mak.. Kaulah ratu di Hatiku..

No comments:

Post a Comment