Thursday, December 31, 2009

Gendang Gendut..di Sushi King

Setelah penat aku berjalan di Sunway Pyramid aku ade hal lain pulak di Midvalley.. Kali ini bersama rakan sejawat bagi meraikan student praktikal yang rapat dengan kami... seblum ini aku telah mengadakan majlis perpisahan bersama2 staf2 di pejabat.. kali ini majlis lebih santai dan private.. ahaks... kirenye majlis adik beradik la ...cume kami berenam je yang pergi..
Mulanya aku tak sanggup nak pergi sebab balik dari Sunway tu jem teruk.. aku nak pegi direct ke midvalley aku tak reti.. jadi aku balik rumah.. hantar kete then aku ambik lrt ke Bandar Tasik Selatan dan terus ke komuter untuk ke Midvalley... semuanya telah lama menanti.. kesian pulak kalau aku tak dtg...
kami menjamu selera di Sushi King... byk betul kami makan... bile bersama teman rapat hatiku jua rasa gembira... kami bagaikan adik beradik...walau di ofis aku agak garang....
gendang gendut tali kecapi.. kenyang perut suka hati...haha

JCo Donut... terima kasih

Semalam buat pertama kali aku drive masuk ke Sunway Pyramid... Inilah kali pertama aku drive untuk parking ke sebuah shopping kompleks. Selalunya aku akan duduk di sebelah pemandu...Bersama temanku menjelajah segenap penjuru Sunway Pyramid... Kala menunggunya menggunting rambut aku termenung sambil melihat gelagat manusia yang mencuba Kerusi dan alatan urut OGAWA... nak tergelak aku pabila ada yang hampir terlondeh seluarnya setelah mencuba mesin menggegarkan perut.Mungkin pinggangnya semakin susut setelah menggunakan mesin tersebuat agaknya.. ahaksss.Kami hanya window shopping... bahagia rasanya kala itu.. sudah lama aku menanti saat berjalan dan menghabiskan masa bersama2..
Untuk pertama kali jua aku mendapat 1/2 dozen donut Jcko yang dibelikan khas untukku...sweet sgttt.. dengan pesanan penaja jgn bagi orang lain makan.... sayang pulak nak makan.. huhu...
Ape2 pun terima kasih....

Tuesday, December 29, 2009

CTKD.. Canda, Tangis, Ketawa, Duka...

Baru tadi aku membeli album terbaru CT.. album duet ct & Kris Dayanti... berjudul CTKD.. terjemahan dari Canda, Tangis, Ketawa, Duka.. interpretasi cukup memukau dari pangkal nama dua diva ... memberikan seribu makna penuh mendalam... Cover album rona ungu bak lavender membuai hati.... lagu2 pun mendayu meresapi naluri...bagi diriku bukanlah terlalu fanatik meminati beliau tetapi sejak dari dulu aku tidak pernah ketinggalan membeli albumnya.. jadi tradisi tersebut aku teruskan sehingga kini... Apa jua komen insan lain terhadapnya aku tidak pernah mengambil menjadi emosi... cukup sekadar komentar... pandangan manusia berbeza... Aku mengkagumi suaranya... bagai buluh perindu.. gemersik syahdu irama lagu tika mendengar suaranya mampu menidurkan aku...

Monday, December 28, 2009

English Cottage...

Malam tadi aku berkunjung ke rumah temanku...Pada mulanya aku telah berjanji dengan teman rapatku yang ingin datang ke rumah namun terpaksa aku tukar plan memandangkan temanku yang seorang lagi lebih memerlukan aku... Dengan niat untuk membantu aku gagahkan diri memandu si Cumil terus ke USJ.. Kakak temanku ini baru sampai dari UK bersama suaminya seorang mat salleh.. mereka tidak tahu jalan untuk pergi ke hotel penginapan, Hotel Sheraton Subang.. temanku ini menghadapi masalah dengan keretanya yang masih di bengkel.. Jadi aku menjadi pemandu bersama temanku ini menjadi penunjuk arah.. Inilah kali pertama aku membawa si Cumil menjelajah. Agak kekok kerana memang aku tidak suka memandu..
Setelah menghantar mereka ke hotel kami terus pulang ke rumahnya... Sebelum ini aku tidak pernah masuk ke rumahnya dan berbual dengan maknya... Kala aku masuk terasa bagaikan di sebuah English Cottage... agak menarik penuh gaya klasik inggeris... Aku memang suka pergi melawat keluarga orang lain... aku meneliti seluruh pelosok ruang tamu dengan ekor mataku... ku bersaksi kebanyakan bungaan dan perhiasan adalah dari SSF... bagaimana aku tahu??... Suatu masa dahulu aku selalu mengunjungi SSF untuk melihat dekorasi terkini dan mencari perhiasan untuk menghias hantaran mahupun pelamin... semuanya tinggal kenangan...
gaya kehidupan mereka sekeluarga juga tidak melambangkan malaysia... bahasa pengantaraan utama adalah inggeris.. aku tunjukkan diri ku yang serba naif lagi kekampungan...
lama juga aku berada di situ sambil mendengar hilai tawa keluarga mereka...
Sesungguhnya aku tumpang bahagia pabila melihat kebahagiaan keluarga lain...

Panggung Premier

Hari sabtu pula aku bergerak pulang ke KL.. sesampainya aku di KL, aku, Mat Lea dan Zali pergi menonton wayang di Time Square citer Avatar untuk kali kedua.... Niat di hati untuk menonton di 3D iMax tetapi tiket semuanya da sold out...Hampa juga sebenarnya kerana impian untuk menonton Avatar dalam mood 3d tak tercapai... Akhirnya kami membeli tiket panggung Premier yang berharga rm18. pertama kali masuk ke panggung tersebut terasa seakan VIP.. lebih selesa.. kurang dari 30 buah kerusi empuk dalam panggung ini... keistimewaan kepada yang membeli tiket panggung premier ini boleh mengorder makanan dan ada waiter yang akan menghantar sehingga di hadapan tempat duduk kita.. bagaikan raja.. huhu... tetapi mana mampu melawan penangan kerusi urut OSIM kala di Genting... sambil menonton wayang di urut sehingga aku terasa hendak tidur..
Selepas menonton kami makan di Marry Brown... selama ini aku tak pernah teringin untuk makan di sana... memandangkan kawan2 berhasrat jadi aku gagahkan diri jua... Kami memilih untuk duduk di Kerusi seakan buaian.. Makanan di Marry Brown aku rasakan mahal dan tidak bersesuaian dengan harga dan agak tidak menyelerakan.. ramai juga orang makan di situ...itu hanyalah pandangan aku... mungkin tidak pada orang lain..

Sambal Petai..Rendang ayam..

Jumaat minggu lepas aku balik ke kampung yang tercinta... sebelum balik ke kampung mak menanyakan apa yang aku mahu dia masakkan untuk aku nanti... Hanya rendang ayam dan sambal petai yang menjadi impianku.. huhu... Setahu aku mak tidak pernah memasak maka aku tidak pernah menjamah sambal petai di rumah... selalunya aku akan makan sambal petai di kedai2...
Mak menunaikan impian aku... sambal petai bercampur ikan bilis sahaja memandangkan pada mulanya mak ingin meletakkan udang.. aku meminta mak hanya meletakkan petai sahaja tanpa bende lain dalam sambal.. untuk mengelakkan nampak kosong jadi mak letakkan ikan bilis sebagai penambah. Tidak kusangka adik aku pun turut menyukai petai kala dia mencuba kata mak.. Rendang ayam mak pun memang antara feveret aku... fuhhh...Itulah yang dikatakan air tangan mak...
Ada petua yang mak beritahu aku untuk mengelakkan mulut berbau dan sewaktu dengannya... Keluarga aku ni kurang tau pasal petua dan cara2 kampung... mak aku ni ala kampung kadangkala kita tidak menyangka ada petua yang boleh digunakan.. selepas makan sambal petai aku harus memakan sedikit beras... macam kelakar kan.. hakikatnya benar2 mulutku tidak berbau...itulah petua orang2 tua.. terima kasih mak..

Thursday, December 24, 2009

Coklat & Biru Turqoise....


Hari ini aku memakai koleksi batik Merbok terbaru yang baru siap semalam.. Kain batik ini baru jer sampai ke tangan aku hari isnin.. aku terus menghantar ke butik... dalam masa 2 hari dia dpt menyiapkan.. aku benar2 berpuas hati... walaupun warnanya kurang menyerlah tetapi corak ini lain dari org lain aku amatlah suka... aku sukakan suatu kelainan....berona coklat dan biru turqoise memberikan kelainan untuk diriku... coklat antara warna feveret aku kala ini...
Kini aku menunggu lakaran corak terbaru batik Merbok untuk tahun 2010... aku akan terus setia dengan Batik Merbok sehinggakan aku ketemu corak yang lagi Fabulouss..

Wednesday, December 23, 2009

Jemari seni...

Lupe nak citer... hari isnin tu aku pi ke midvalley... bosan gaks duk kat opis tambahan pulak macam kat majlis orang mati... ramai yang takde.. maklumlah ambik cuti tambahan...
Bila da pegi midvalley tau je la kan...bila aku da fokus untuk membeli jadi aku terus pegi ke G2000 untuk mencari koleksi baju2 keje yang baru sempena bermulanya tahun baru maal hijrah kononnya..Selama ini aku tidak pernah memakai jenama G2000 kerana aku sukakan corak jalur pelbagai warna. G2000 ini mempunyai koleksi baju warna plain dan striking serta slim fit..Kebanyakan koleksi baju kerjaku sebelum ini adalah dari Seed & Padini. Jenama2 ini mempunyai koleksi slim fit manakala jenama lain tidak begitu sesuai dengan bentuk fizikal tubuhku yang cumil ini..Yang penting bagi aku slim fit..minggu lepas aku da beli kaler ijau lumut dan biru kain sekolah menengah...kali ini akhirnya dapat aku capai 5 helai baju... biru muda, purple muda, hijau petronas, purple watson dan maroon... aku rasa cukup la setakat ini warna 2 sejuk untuk aku beli lagi.. cume aku masih mencari 3 kaler... merah terang, oren dan kuning untuk menambah koleksi warna panas.....
Teringat pula zaman sekolah rendah berkenaan warna primer dan warna sekunder kala mengambil matapelajaran pendidikan seni..Suatu masa dahulu melukis adalah antara minat aku.. setiap kali adanya pertandingan mesti aku akan masuk dan akan memenangi salah satu tempat 3 teratas...peringkat sekolah hinggalah ke daerah aku tetap akan mencuba... jikalau aku melukis habis satu bilik akan aku penuhkan dengan lukisanku... aku sanggup melukis lukisan yang sama beberapa kali sehingga terhasilnya yang terbaik... emak pun sanggup menemani aku sambil menyokongku...Namun semuanya tinggal kenangan... Sudah begitu lama aku tidak melukis...bilakah jemari seniku akan muncul kembali???????

Monday, December 21, 2009

Tertukar Batik....sebuah kesilapan...

Lupa nak citer pasal satu kesilapan...Punyalah aku excited untuk menempah baju batik Merbok... Da lama aku tunggu diorg pos kain yang ditempah kali ini warna turqoise coklat.. maka hari Khamis lepas aku menerima bungkusan dari batik Merbok setelah menunggu beberapa bulan.. apabila aku membuka kotak yang diterima alangkah terkejut apabila melihat kain macam tebal..
Pabila aku meneliti gambar model memakai baju kurung design yang dihantar..tertera nama Dr Siti Jamilah UUM..mungkin lecturer yang menempah kain ini... kain untuk dibuat baju kurung telah dihantar kepadaku...Punyelah aku bengang mesti diorang tertukar semasa menghantar baju itu kepadaku.. Aku terus menelefon Zaidi dan meluahkan rasa agak terkilan dengan kejadian ini...Aku dengan pantas terus menghantar semula kain menerusi Pos Laju ke Batik Merbok dan memohon agar Batik Merbok segera menghantar kain yang aku kehendaki..
Petang Khamis pula Bahagian Admin aku pula menelefon memberitahu bahawa bungkusan yang diterima oleh aku pagi tadi adalah salah... kain telah dihantar kembali... Aku masih menunggu.....
Aku masih jua menunggu kain ketiga yang ditempah dari Batik Merbok mengikut corak terbaru 2010.. kain kedua pun belum sampai.. apakah nasib dengan kain ketiga???

Jalan-Jalan Cari.....

Ujung minggu lepas terlalu padat aktiviti aku....Jalan-jalan Cari ape yek!..Alangkah seronoknya.. bermula dari hari Jumaat aku menjelajah Midvalley bersama Yaya.. menemaninya untuk kali terakhir sebelum berangkat ke Korea..aku seorang yang agak mudah sebenarnya... ke mana sahaja kwn nak pergi selalunya aku akan pergi selagi aku tak punya masalah atau keletihan.. maklumlah aku ni kaki jalan...
Hari Sabtu pula aku menjelajah Bnadar diRaja Klang bersama Cikgu.. Kami tidak punya idea jadi aku cadangkan untuk kami pergi ke AEON Bukit Tinggi yang dikhabarkan begitu besar dan gah di sana.. kami berdua belum pernah sampai di sana.. Jadi kami berpandukan pada signboard sahaja.. kami agak keliru kerana tiada signboard yang memaparkan perkataan Bukit Tinggi.. Berkat bantuan abg van tika di stesen minyak dan jua abg ku sampai jua kami ke tempat yang ingin dituju... sempat juga aku membeli sehelai seluar pendek dan sepasang sandal.. itulah aku...selipar & sandal dalam koleksi agak byk tetapi sikap shoppeholic dlm diri tidak dapat dibuang antara masalah aku...
kerana masalah ini juga aku tak berani untuk memakai kredit kad semenjak dari dulu... prinsip aku ada duit aku berbelanja & bershopping... bila duit kurang aku berdiam diri.. huhu...
Sebelum pulang kami sempat singgah di Hentian Kinrara untuk menikmati sate Hj Samuri.. sate antara feveret aku..
Malamnya pula aku pergi ke Stadium Bola Sepak Cheras untuk menonton Final Pertandingan Pancaragam Dunia kononnya... Aku drive seorang diri memandangkan tiada seorang pun yang dapat menemani aku... aku juga tidak mahu menyusahkan orang lain jadi dengan perangai lone ranger aku.. yang tak suke bergantung pada orang lain...
Pemenang pertandingan dari Thailand..Pasukan Malaysia hanya menduduki tempat ke3.. Syukurlah.. Malaysia juga akan menjadi tuan rumah untuk tahun 2011..
Itu cerita untuk hari sabtu...
Hari Ahad pula pada mulanya aku dan Mat Lea hanya menghantar Khai ke Kajang.. Alang2 sampai jadi kami singgah sebentar di rumah member waktu study di sana... Rumahnya agak besar..Petangnya pula kami pergi ke Alamanda Putrajaya untuk window shopping....
Aku sempat singgah di rumah Zali di Putrajaya.. warna tema rumah merah hitam menarik perhatian... itu antara warna kesukaan aku jikalau ingin menghias rumah... aku mengambil keputusan tidak menggunakan warna tersebut agar tidak dikatakan meniru konsep warna rumahnya...
aku sukakan warna eksklusif dan moden..
Berehat di rumah zali sedar tak sedar hampir pukul 11 malam.. Bertolak pulang dan aku berjaya menjejakkan kaki ke rumah pada pukul 12.15am.

Thursday, December 17, 2009

KL Marching Band Competition

Malam tadi pi bersama temanku ke KL Marching Band Competition di Stadium Bola Sepak Cheras... aku ni memang suka untuk menonton pertandingan pancaragam. Pelbagai formasi menarik yang ditunjukkan oleh pasukan pancaragam menarik minatku.. Namun aku mengharapkan suatu keajaiban yang mampu membuatkan sesebuah pasukan itu bergelar juara... ada 4 pasukan yang mempersembahkan pertunjukan terdiri dari Indonesia, Cambodia, Thailand dan Malaysia...
Ternyata Thailand memukau dengan akrobatiknya..

Monday, December 14, 2009

Menarik & Menggembirakan..

Cuti hujung minggu kali ini aku habiskan dengan pelbagai aktiviti yang agak menarik dan menggembirakan... Sabtu pada sebelah pagi aku bergerak dari umah Mizan untuk pulang ke rumah.. sudah agak lama aku tidak menghabiskan masa bersamanya.. aku menikmati minum pagi bersama... kemudian terus pulang dan manggis seplastik ku dapat dari teman rapatku... aku memang suke buah manggis... tak sangka pula dia akan membawa buah untukku...Sabtu malam pegi menonton Storm Warrior.. petang sebelumnya aku berjalan di Bukit Bintang.. kemudian pegi ke tempat paling aku sukai.. apa lagi kalau bukan pasar malam.. Hari sabtu merupakan hari pasar malam Jln TAR...habis ku pusing dan sebelah malamnya bersiap ke panggung MBO.. berdekatan dengan rumahku..
Hari ahad pula aku pergi ke Shahalam untuk melihat pameran rumah. Namun menghampakan kerana hanya beberapa pemaju yang membuat pameran... dengan hati yang agak kecewa aku terus ke Midvalley merayau2... Tanpa ku sangka apabila masuk ke Isetan aku terpegun dengan baju kemeja di G2000. Terus aku capai 2 helai kemeja yang menarik perhatianku... biru laut dan hijau lumut.
sebelah malamnya aku pergi makan malam di Desa Pandan... Pekerja dan pelayan ramah dan manis... urusan sepanjang makan malam itu terasa mudah seperti air yang mengalir.... terasa ingin datang lagi..

Friday, December 11, 2009

Thursday, December 10, 2009

Thanks my fren..

Malam tadi tuhan telah tunjukkan aku sebuah kebenaran.. selalunya kebenaran akan terpancar kala ada insan yang cuba menodai sebuah kepercayaanku..
Senang sungguh untuk manusia memohon maaf atas perbuatan... apakah aku tiada punya perasaan... ikutkan hati ini ingin ku bunuh dan cincang sehingga lumat... ungkapan maaf dibibir mana mampu menandingini hati yang hancur berderai.. hampa.. kecewa dengan sebuah JANJI...akukah yang bersalah atas semua ini...
sepanjang malam aku memikirkan apa yang berlaku ini...fikiranku terus menyelongkar dan menangisi nasib diri..
Bagi memuaskan hatiku, aku meluahkan segala kemarahan apa yang terbuku kepadanya...bukan niat mohon simpati... inilah caraku bagi menghilangkan stress...
tiada ku sangka begini jadinya....
Saat aku kesepian dan kesedihan bertukar menjadi amarah... ditemani insan cukup baik.. menasihati.. cube menenangkan aku dari kekusutan...Thanks my fren-Dedication for ya'..

Wednesday, December 09, 2009

Pilu...Syahdu...

hari ni hari paling sedih dalam hidup.. hati yang berbunga layu dan kuncup dengan titisan airmata pilu syahdu...
bukan terlalu mengharap cuma terkilan mengapa harus diri ini ditipu....tak perlu untuk aku menagih sebuah persahabatan andai tiada keikhlasan... aku sebenarnya semakin takut untuk menghadapi hidup ini... lantaran sikap insan yang membuatkan aku semakin tidak percaya pada mereka.. aku hanya percaya pada diriku sendiri...
Adakah aku terlalu jahat untuk bersahabat sehingga diri ini mudah dipermainkan....
Mungkin aku telah ditakdirkan untuk sentiasa berseorangan...
Seakan aku ingin berlari ke hujung dunia mendiami kutub tanpa berjumpa sesiapa... biar aku sentiasa tenang dan sunyi tidak ditemani...huh

Tuesday, December 08, 2009

Akan ku Jejaki..

Malam ini akan ku jejaki Istana Budaya untuk menonton teater Natrah.. Adakah teater ini mampu memberikan impak kepada diri ku berdasarkan pembacaan aku sebelum ini...
Sebnarnya aku pencinta teater musical... aku bukan lah terlalu berjiwa seni walau aku sukakan puisi cinta nan romantis... bahasa klasik menjadi jiwa...
Tiket pun sudah dibeli...tempat duduk yang dipilih di 'stall'... bermakna bahagian paling bwh dewan... dalam lingkaran agak istimewa...harapanku agar teater ini jua istimewa.. namun tidak mampu mengalahkan teater PGL yang paling ku suka......

Berbunga Riang.....

Hari2 semakin berbunga hati ini... tidak ku tahu apa yang bermain difikiranku... hati berkembang seakan bunga yg ku tanam di atas pusara abah...harapanku agar ketemu insan yang mampu memberi sepenuh kasih sayang yang tidak berbelah bahagi... aku sebenarnya kesunyian teramat... walau luaranku penuh senyuman manis( masalahnya manis ke)namun aku sepi sendiri... kadangkala aku termenung sendirian.. adakah aku insan yang selalu tidak bernasib baik.. walau aku punya segala... namun ada jua kekurangan dalam hidupku...
Aku begitu teringin menghabiskan masa bersama2... bermanja2.. berkasih2an.. menikmati keindahan dunia dan menjadi raja bumi...siapakah yang begitu tulus menerima aku seadanya... aku jua terasa amat takut dengan sikap insan yang ingin mengambil kesempatan di atas kelemahan diriku ini...betul cakap teman rapatku wan... aku banyak berfikir menterjemah apa yang dinasihatinya... ada betulnya aku perlu semakin berhati2 dan bijaksana dalam kehidupanku...
Biar tersirna sebuah momen yang indah... biar runtuh monumen nan teguh...biar permata pudar sinaran.. namun kan kukemilaukan diriku agar tampak berseri.. biar megah pada diri... mungkin suatu ketika ada insan yang benar2 tulus akan merajai hatiku...

Monday, December 07, 2009

Malam Salsa....

Sabtu malam ahad lepas aku mendapat jemputan ke majlis penutup orientasi di TUDM Sg Besi yang bertemakan Malam Salsa.. dengan gaya pakaian ala penari salsa lengkap bertopi aku pergi ke majlis tersebut... agak ramai juga tetamu yang hadir yg kebanyakan dari kalangan pegawai tentera udara... persembahan menghiburkan..
Namun di sebalik keghairahan malam itu aku dapat merasakan ada mata yang asyik memandang diriku... kerlipan mata si dia kala kami bertentangan mata cukup membuatkan aku rasa tak keruan... Namun aku cuba untuk membuat seakan ia tidak berlaku...
Dalam majlis yang aku hadiri selalunya aku akan bertindak secara profesional untuk menangani masalah seperti ini untuk menjaga imejku... bukan aku mengawal penampilanku cuma sekadar aku ingin membuang naluri yang tersimpan biar work is work.. lepas hal yang berkaitan kerja baru la aku akan memikirkan mengenai naluri... kali ini si dia akhirnya dapat berbual dan segera meminta nombor telefonku...
Perwatakannya agak menarik bagi seorang tentera.. tetapi hanyalah sebagai kawanku... malam itu jua dia terus menghantar sms kepadaku.. aduhai syahdunya...
Agak menarik malam itu kerana aku dapat melihat suasana tika sessi mandi bunga untuk para tentera yang tamat orientasi.. mandi bunga yang aku maksudkan cukup simbolik dengan kandungan bunga pelbagai warna dan dicampur dengan belacan dan budu yang disimbah pada setiap mereka mengikut nombor tentera.. Baunya sungguh meloyakan.. aku sampai termuntah2...
itulah pengalaman yang berharga untuk aku malam itu...

Friday, December 04, 2009

Semalam bukan kelmarin...

Semalam selesai memberi markah penilaian tahunan staff2..susah betul nak kasik markah kat staff2 ni... ade kasik markah kesian la.. aku ni bukan la seorang yang terlalu kejam walau hakikat kadang2 berlaku jua kekejaman dan penindasan terhadap mereka... biasenye bile time nak kasik markah ni akan muncul la McD atas meja ke.. souvenir la ape la.. huhu.. kelakar kan...

Semalam jugak aku pi tengok rehearsal Anugerah Skrin kat pwtc.. itu pun kebetulan sebab aku balik lewat dari opis.. then lepak2 kat KFC bersama kawan2...
Menarik juga rekaan set pentas.. tema arabian... persembahan siti pun juga memukau...
Balik rumah da pukul 1030... penat2 aku ambik kesempatan mandi dan lena diulit intan...

Wednesday, December 02, 2009

Twilight...Natrah...

Hari ni aku berjalan pegi ke mid valley.. nak pi beli tiket untuk menonton wayang Twilight malam nanti.. ramai giler manusia yang beratur untuk menonton... akhirnya dapat juga aku tiket ... malam nanti lepas keje aku akan terus bergegas ke midvalley.... baju spare pun da bawak.. tak menarik la pi tengok wayang pakai baju keje.. ape kelass.. huhu...lagipun si dia bukan tau aku keje ape... aku cume cakap aku keje kedai jerr...

Pastu terus menuju ke Istana Budaya untuk membeli tiket teater Natrah... sebenarnya aku tak suke tengok citer sedih.. memang dari pembacaan aku perebutan antara dua bangsa dan agama sungguh memilukan diadaptasi dari kisah realiti.... memang tragis.. tapi naluri aku meronta2 untuk menonton maka aku siap booking tiket.. ni just nak ambik tiket yang ditempah.. nak menonton pada 8 Disember nanti...dapat seat depan... ahakss..

Monday, November 30, 2009

ceritera ...

Sudah agak lama tidak membuka lembaran untuk menitipkan kata2 dalam blog ini.. maka hari ni hari pertama bekerja selepas cuti aidiladha akan ku buka ceritera..
Sambutan aidiladha kali ini disambut meriah walaupun hanya kami empat beranak menyambut ala kadar...duit raya mak bagi rm100...tiada seorang pun mengunjungi rumah kami.... malam raya aku, mak n adik aku pi menjelajah bandar Kuantan yang telah lama aku tidak terjah...
kala mengunjungi East Coast Mall aku dapat merasakan seperti berada di shopping mall yang bukan dalam bandar Kuantan.. seakan di KL...
Aku kembali ke hutan konkrit semula pada hari sabtu... malam sabtu tu aku ke karaoke.. sudah agak lama tidak mengasah tekak ini... banyak betul lagu yang aku nyanyikan... hari ini jua aku bertemu seorang insan buat pertama kali yang diperkenalkan kepadaku... dia begitu baik...tapi hatiku benar2 sukar menerima insan... entah la... aku perlukan seseorang sebenarnya.. tetapi perlu betul2 memahami aku serta menyayangiku... itulah kemahuan aku...

Sudah agak lama aku tidak melepakkan diri bersama2 plu yang mulut bahaya... aku seakan berada dlm dunia baru... aku rasa pelik dan malu tika mereka berbual cara yang agak kurang sopan.. mungkin dunia aku dan dunia mereka berbeza...

Thursday, November 19, 2009

Menonton wayang...Oh My Guesss

Malam tadi pi menonton wayang.... citer Pisau Cukur...Memang teringin sangat sebenarnya nak tengok..aku ni suke citer yang lucu dan simple.. walau ramai kengkwn yang tak suke pi menonton citer melayu kononnye takde kelass namun aku ni jenis tak kisah... yang penting hepi.. jadi aku ajak la kwn aku pi menonton.. Mujur la umah kami dekat ngan panggung wayang tu..nama panggung wayang tu MBO..tak sampai 10 minit pun... jadi kami gamble la pi dari umah ke sana untuk membeli tiket.. sebenarnya tujuan kami malam tadi nak pi pasar malam pada awalnya....sampainya kami di sana memang ramai gilerr manusia yang sedang beratur... mungkin kebanyakan nak tengok citer 2012..
Sebut pasal 2012.. hari isnin tu aku da pi tengok ngan kwn aku kat Pavilion.. citer dia memang best jugak.. tapi buatkan aku banyak berfikir.. kenape macm tu kenape macam ni.. itu la problem aku bile tengok citer... imaginasi aku melangkau...
Kembali kepada citer Pisau Cukur.. akhirnya dapat jua kami membeli tiket yang berharga RM5 seorang.. murah kan...maklumlah hari rabu... aku pun tak perasan la kami pi hari rabu... untung jugak dapat menjimatkan duit...ahaksss...Citer Pisau Cukur ini merupakan sebuah cerita hiburan ringan yang menarik.. Garapan pengarah cerita ini membuatkan aku rasa seakan hiburan cara filem Hollywood... membuatkan kite terbuai2 dengan gaya gedikss yang besttt.. citer berkenaan sebuah pelayaran dlm kapal persiaran... melalui pembacaan aku penggambaran filem ini bukan dilakukan di dalam kapal dan lautan.. hanyalah di studio.. tetapi teknik telah membuatkan kita merasai suasana dalam sebuah kapal..itulah dinamakan filem...Oh My Guesss....

Monday, November 16, 2009

Kerepek Oh Kerepek di Sepang...

Semalam aku pergi ke Sepang... bukan ke Sepang Gold Coast... pergi ke sebuah homestay.. kalau tak silap aku Banghuris... kawan aku ajak.. aku pun bosan terus join... memang agak jauh... macam berjalan ke hujung dunia semata2 untuk membeli kerepek dari pembuat... tuan punya kilang asyik memandang diriku.. dari atas sampai ke bawah.. seakan pelik dengan gaya aku untuk masuk ke kampung.. mungkin jua silap aku memakai seluar pendek.. tapi aku rasa itu adalah aku.. tiada yang pelik...


Pelbagai jenis kerepek dapat dinikmati.. aku jua dapat melihat dengan mata sendiri bagaimana pisang tanduk dikupas sehinggalah digoreng di dalam kolam yang dipenuhi minyak masak... kalaulah dapat berendam macamana la agaknya... Aku membeli jugak kerepek ubi kentang untuk dimakan...

Malam tadi pulak aku pergi menonton teater bangsawan.. Bawang Putih Bawang Merah di Panggung Bandaraya DBKL bersama kawan2... itupun last minit diajak.. citer best jugak cuma tak dpt duduk kerana terlalu ramai insan yang datang untuk menonton...terpegun aku sebenarnya dengan suara penyanyi tika dia mengalunkan lagu laju.. laju... buaiku laju..merdu suara.. bawang merah di atas buaian.. kemudian buaian tu naik sikit2.. fantasi sangat...Balik dari menonton kami terus menghala ke kampung Baru untuk melantak.. ahakss... aku makan sup ayam je untuk mulakan kembali diet yang hampir seminggu aku tinggalkan...

Majlis tahlil

Kelmarin mak aku buat majlis tahlil bersama bacaan yassin di rumah kami di kampung... aku ambik cuti dari khamis sampai la sabtu.. itupun atas permintaan mak...kalau tak.. sapa la yang boleh diharapkan lagi..siap kemas rumah.. macam kami dua beranak jer yang tinggal.. mujur la aku ni jenis tak kisah.. aku dengan penuh bergaya mengemas hampir keseluruhan rumah bagi memberikan keselesaan kepada tetamu yang akan hadir ke rumah...
Mak telah menempah laksa serta pelbagai juadah.. inilah majlis pertama yang melibatkan mak sebagai watak utama.. selama ini arwah abah la yang menyediakan segala keperluan.. selalunya kami memberi duit kepada masjid untuk mengadakan tahlil untuk arwah abah...mulenya nampak macam kelam kabut.. namun sebelum majlis aku dpt mengawal dan menyusun keperluan. Aku harapkan mak tak la terasa betapa susah sebenarnya untuk menganjurkan majlis seorang diri.. akulah harapan mak..
Ramai juga insan yang sudi hadir untuk bersama2 membaca yassin.. hampir 60 org semuanya.. mak menyediakan souvenir dengan non woven bag kaler oren.. memang cantik..ade yassin, tasbih dan tidak dilupe senduk tempurung yang aku beli di sarawak.. mak begitu berbangga untuk mencerikan perihal senduk yang aku beli dari sarawak itu kepada kawan2nya..
Jikalau boleh ingin aku jadikan sebagai aktiviti bulanan keluarga kami.. biar bacaan yassin akan terus memeriahkan rumah kami yang senantiasa hambar dan penuh kesedihan ini...

Sunday, November 08, 2009

Catatan Perjalanan Tamat...

Semalam aku telah berjaya menjejaki Serikin bukan Sarikei yek..... walau nun jauh di hujung sempadan Malaysia namun akhirnya aku muncul jua bagi menggempur kawasan.. ahakss... aku dapat rasakan seakan aku berada di semenanjung.. rata2 pengunjung semuanya dari semenanjung.... Dari utara sampai la ke timur loghat kedengaran... aku tatau apa yang patut di beli... Aku cume membeli langsir yang aku rasakan cantik dan murah untuk dipasang di kampung aku untuk tahun depan... kain lapis kedua yang agak jarang kiranya day curtain la omputehnya... Harga rm75 1 keping.. jadi aku beli 5 keping... ahakss..

Da abis di Serikin kami terus menghala ke Bandaraya Kuching untuk ber'shopping kali terakhir.. kadang2 aku ni macam la tak penah datang ke Kuching...ni pun da kali ke berape tah....Singgah sebentar untuk makan nasik ayam stim bersama air Rosie Queen... tau tak air ape tuh??.. nama punye la glamer tapi... usah pening kepala berfikir ianya sebenarnye hanyelah air bandung yang nama telah dikomersilkan... ahakss
Aku beli senduk tempurung sebanyak 60 batang di Main Bazaar... beli banyak ni untuk souvenir masa bacaan yasin kat umah mak aku ujung minggu depan... lepas tu pi beli kek lapis sebanyak 7 bijik.. punya la berat aku bawak barang2 ni.. Mujur la ade kawan yang sanggup menemani aku sepanjang pembelian aku.. thanks Miss Rona...
Akhirnya perjalanan aku di Kuching terhenti kerana masa untuk pulang pada pukul 540pm telah sampai.... dengan berat muatan lebih sehingga 3 beg maka aku dengan gigih membawa menaiki pesawat dan seterusnya membawa pulang menaiki teksi ke rumah.. Catatan perjalanan tamat setakat ini..

Friday, November 06, 2009

Diari Seorang Lelaki...

Diari Seorg Lelaki hari ke-4.. berjalan2 merayau sorang2 untuk hari kedua ke Main Bazar...tak tau nak beli apa.. melihat bot-bot melintasi sungai..nak checkout dlm pukul 2pm.
semalam staff bawak pegi makan kat Mama Grill... aku makan Nasik Aruk Sarawak. sedap jugak..aku yang kelaparan ni makan sampai habis... kononnye nak diet.. nasik tu banyak betul.. sebukit.. pinggan pun macam dulang jerr...tapi sebab sedap aku pun teruskan melantak... ahakss
Jap lagi nak teruskan perjalanan ke Serian... tengok la camane...
hari ni perjalanan ke Serian rupanya memang la jauh... kalau di semenanjung jarak dlm 100km dianggap jauh.. tapi kat sini macam kebiasaaan jerr..
kami dari kuching terus ke Sejijak... sejijak ni sebuah kawasan penempatan antara byk penempatan.. tujuan aku ke sana untuk melihat tempat mengajar rakan baikku.. miss rona...cikgu aku yang meluahkan rasa sedihnya tika kali pertama menjejakkan kaki ke sana awal tahun ini...
kami perlu melalui tepian bukit.. melintasi jambatan2 kecil.. panorama padi bukit di kiri kanan... aku terfikir jua bagaimana padi bukit boleh hidup subur tanpa takungan air jika dibandingkan dengan padi biasa...
akhirnya aku sampai ke tempat yang ditujui... melewati jambatan gantung untuk ke sekolah merupakan sebuah pengalaman yang menyeronokkan.. teringin rasanya untuk menjadi seorang cikgu di pedalaman... inilah pekerjaan yang aku sukai suatu ketika dahulu.. namun rezeki aku di tempat lain dan aku gembira jua dengan pekerjaan aku sekarang...hati aku juga tersentuh pabila melihat warga emas berjalan sambil mengangkat barang2 di belakang badan dan berehat dengan peluh yang mengalir... sungguh touching...

Thursday, November 05, 2009

Tunggu dan Lihat...

Hari ini hari ketiga aku di Kuching... aku dapat menikmati Laksa Sarawak yang memang sedap di Madam Kwan.. itupun staff yang bawak untuk breakfast...
untuk hari kedua aku akan pergi ke Borneo Convention Centre Kuching untuk memantau staff2 yang bertugas di sana. Tika ini acara yang berlangsung adalah International Energy Week 2009 yang mengumpulkan hampir 3000 delegasi dan exhibitors dari syarikat2 besar berkaitan industri tenaga seluruh dunia.
Semalam Ketua Menteri Sarawak datang ke acara tersebut.. maka aku sebagai VIP.. kelakar kan...dapat la berehat di VIP Lounge yang disediakan. Sampai ngantuk dan sakit badan aku duduk...
Tengahari semalam aku dibawa untuk mencuba makanan di kedai yang terkenal aku lupe nama kedai.. ...aku tatau nak pilih makanan.. itulah problem aku time nak pilih makanan...sampai leh jadi tension.. huhu.. rasa agak sedap nasik goreng butter tapi ingin diingatkan kepada semua yang ingin mencuba kerana muak untuk makan terlalu banyak... huhu.. sebelah malam tadi aku makan nasik ayam penyet.. itupun tapau jerr. makan kat bilik sorang2.. sedap jugak entah ape rahsia di sebalik Raja Ayam Penyet ini...sehinggakan aku terasa ingin menambah.. tapi bila difikirkan takut membazir aku kuburkan jer niat aku walaupun aku da sampai di hadapan kedai tu buat kali kedua.. ahaksss...
Aku tatau ape yang patut aku buat.. aku terus ke Main Bazar untuk melihat apa barang yang harus dibeli. mungkin aku tiada keinginan untuk membeli lagi memandangkan luse aku akan ke Serikin sebelum aku balik semula ke Kuching dan seterusnya pulang ke Kuala Lumpur. Serikin terkenal dengan barang2 yang murah.. aku tak pasti apa yang boleh dibeli...Tunggu dan Lihat jer la..

Tuesday, November 03, 2009

Pulau Borneo Aku Kemari...

Hari ni perjalanan ke Pulau Borneo... Kononnye ambik flight pukul 2.00pm tak yah la rush ke airport... bangun da awal.. pukul 930am da bangun tapi hari ni betul2 tak efisyen.. siap pi ambik comforter segala kat dobi da pukul brp.. kuar umah jer da pukul 12 lebih.. naik erl..
Camane nak sampai cepat kat airport.. sampai jer airport tak leh nak check-in.. time da abis.. memang salah aku pun.. lagi 20 minit nak berlepas flight tuh... terpaksa la pi kaunter tiket MAS untuk next flight.. pukul 3.15pm mujur la ade...





Dalam flight pulak punye la aku lapar..mujur la ade hidangan nasik goreng bersama satay.. sedap jugak..dengan ferrero rocher lagi 3 bijik... pastu ade kek kukus kot.. aku bukannye reti sangat pasal makanan... janji ok rase dilidah aku...
Cadang nak brief staff tapi da lewat sampai malas la pulak.. jumpe diorg esok jer la..Driver hotel ngan Front Office Manager siap tunggu aku depan balai ketibaan..ala2 artis datang dijemput.. ...











Muke diorg mesti tak caye tengok aku kot..ingat aku budak2 ke.. huhu...tapi aku bile formal jer cakap pun macam leh jer tukar stail.. jadi profesional.. huhu... Sampai jer kat hotel.. siap ade pengelap tangan diberi.. siap welcoming drink pun kasik jugak.. tapi inilah aku dpt bile time keje... lepas waktu bekerja aku adalah aku... malam ni aku tatau nak buat ape lagi.. risau jugak ade hotel arrange dinner untuk aku...malas la.. aku macam nak rehat jerr..


aku da jejak bandar Kuching hari ini..here i come pulau Borneo

Thursday, October 29, 2009

Papadom Vs Ape yek...

Semalam melakukan aktiviti menonton wayang bersama teman2 rapat...setiap kali kami akan melakukan aktiviti selepas waktu kerja maka kami akan membawa kelengkapan bagi menukar dari gaya formal ke gaya santai lagi cumil... huhu..tiket yang ditempah pukul 6.15pm. Maka kami dengan gaya lipas kudung keluar dari pejabat secepat mungkin... akhirnya kami berjaya menjejakkan kali di Midvalley pada jam 620pm.kali ini kami menonton filem Papadom.. walaupun ini kali kedua aku pergi menonton cerita yang sama namun kerana teman2 rapatku aku gagahi.. lagipun citernye bestt...
Kala menonton aku seketika mengelamun teringat memori bersama arwah abah yang selalu memuji aku...anak abah yang hensem...aku merupakan anak lelaki bongsu... walaupun aku punye 2 adik perempuan namun arwah abah melayanku seperti anak bongsu...di masa kecilku dia selalu menyisir rambutku...ada yang berkata rupaku adalah rupa abah zaman mudanya...dia byk membantuku... memberi nasihat.. satu perkara yang menarik tentang arwah abah ini pengetahuannya luas...impiannya ingin menjadi peguam tetapi takdir...sejarah dunia dlm genggamannya..dia begitu berbangga mengenai Bahasa Melayu walaupun dia fasih bertutur dalam bahasa inggeris.
teringat jua aku pada zaman sekolah rendahku.. dialah bapa yang paling femes kerana dalam sebulan mesti dia akan datang melawat dan melihat perkembangan pelajaranku.. dia akan berjumpa guru kelas mahupun yang mengajar aku. Dia begitu tegas dalam mendidik...hidupku penuh disiplin...
sehingga sekarang aku telah terdidik dan inilah hasilnya.... dia begitu bangga menceritakan pada kawan2nya tentang kejayaan kami adik beradik...beberapa anugerah telah keluarga kami capai namun disebalik anugerah2 itu kami punya masalah dalaman yang org luar tidak ketahui...
aku cuma bawa diri... fikirkan pasal aku dan mak...jangan orang lain menyusahkan aku kerana aku insyallah cube takkan menyusahkan hidup orang lain..
kembali kepada aktiviti kami malam tadi.. selepas habis menonton dalam panggung yang dipenuhi manusia kami pergi membeli tako... 3 jenis tako dibeli.. octopus, prawn dan ayam... kami makan ala2 remaja lepas sekolah... selamba tanpa mempedulikan orang yang lalu lalang.. andai client mahupun pengurus hotel yang pernah berurusan denganku ternampak pasti kan terkejut betapa tak profesionalnya aku... huhu..inilah aku selepas waktu kerja... kelakar kan bile difikirkan..

Monday, October 26, 2009

Jom Balik Kampung..

Balik ke kampung aktiviti bulanan aku... hari sebelumnya aku berada di utara tanahair... aku kembali ke kampung halaman yang terletak di pantai timur semenanjung...
Rindu pada emak aku yang setiap hari akan ku telefon untuk bertanyakan keadaan dirinya... harap dia akan sentiasa merindui aku...
aktiviti aku bila balik kampung tiada yang menarik.. aku akan memulakan perjalanan seawal pagi agar kabus pagi dapat aku rasai...selalunya aku akan lone ranger... sambil mendengar lagu2 sampai ke bunyi maksimum dan tidak kedengaran sedikitpun bunyi enjin memberikanku kepuasan...
aku akan singgah ke kubur arwah abahku setiap kali pulang ke kampung... jikalau 5 hari aku di kampung maka 5 kali jua la aku akan berada di pusaranya sambil ditemani emakku.. aku akan merasai sebuah ketenangan kala mengunjungi... membersihkan serta mengindahkan pusara.. leka aku perhatikan sudah 1 tahun lebih dia meninggalkan kami..
kali ini aku mengidam untuk makan gulai kerang masakan emakku.... itu antara makanan kegemaran aku...setiap kali beritahu ibu bahawa aku akan pulang maka dia akan bertanya apa yang aku mahu dia masakkan... aku tak kisah apa pun yang dia masak asalkan dia gembira dengan kepulangan aku ke rumah...
apa yang menarik di kampung aku setiap kali balik mesti kucing pun akan bertukar2. rumah bagaikan syurga kucing2 terbiar untuk berteduh..
aku tak ramai kawan di kampung.. aku hanya lepak di rumah...Sape nak join? Jom kite balik ke kampung... huhu...

Bumi Jelapang Padi..

Minggu lepas aku menjelajah negeri jelapang padi...
dari pekan Kulim ke Butterworth kemudian ke Alor Star seterusnya pergi ke sempadan utara semenanjung, Perlis Indera Kayangan.. di Kulim aku sempat pergi Jeram Kuala Sedim yang cukup indah terletak nun jauh di kaki bukit. Di situ terdapat Top Tree Walkway di atas pokok seakan canopy walkway di Gunung Tahan dan Gunung Stong yang pernah aku lalui suatu ketika dulu semasa aktif mount climbing. Aku masih rindukan saat2 mendaki..
Perjalanan ke sana yang agak jauh namun aku dapat juga melihat dan singgah rumah tempat perlindungan Sultan Abdul Hamid iaitu ayahanda Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj untuk berlindung semasa peperangan. Dengan kerana itulah juga nama kampung ini dinamakan Kampung Lindungan Raja.

Aku teruskan penjelajahan ke Alor Star. Menikmati panorama malam di situ agak indah walaupun bandarayanya tidak cukup besar untuk dijelajahi.. Menara Alor Star yang menjadi mercu tanda negeri tersergam indah di hadapan mataku.. mungkin kerana kepadatan penduduk yang menjadikan ia sebuah bandaraya di utara Malaysia. Menjamu selera di sebuah kedai seafood tomyam memenuhi selera aku. Aku juga sempat singgah di hadapan Istana Anak Bukit sambil memerhatikan ukiran penuh keindahan di pagarnya. Itu sudah cukup menunjukkan ukiran khas dari Thailand itu sungguh mengkagumkan.
Aku meneruskan penjelajahan seterusnya ke Negeri Perlis Indera Kayangan.Kunjungan aku ke Perlis adalah kali pertama dalam hidup dan ini menjadi pelengkap perjalanan aku kesemua negeri di Malaysia.


Aku betul2 tidak menyangka dapat menikmati keluasan ladang tebu kepunyaan Raja Gula..Robert Kuok saujana mata memandang di negeri ini. aku begitu kagum. Aku pernah membaca mengenai kejayaan beliau di Majalah Forbes.
Aku juga kagum dengan kejayaannya yang pernah menjadi org terkaya di Malaysia di tahun 2007 kalau tidak silap aku.
Aku meneruskan perjalanan ke Padang Besar untuk melihat adakah situasi di sana sama seperti di Rantau Panjang, Kelantan...
Memang agak sama. ..
Aku dapat menikmati kelazatan Kuetiow Sup Thai yang sungguh menyelerakanAku ingin menambah tetapi kerana kekenyangan tak mampu untuk meneruskan niat. Semua orang perlu mencuba sekali.. pasti hendak lagi..

Tuesday, October 20, 2009

Tangan Paling Indah...menyentuh hati..

tika aku tiba di pejabat hari ini..aku terus membuka emelku... titisan airmata gugur ke bumi kala aku membaca satu emel yg begitu menyentuh hati kecilku... di sini ku titipkan secebis luahan dari seorg insan..

ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia
menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah
bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut.Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya.
Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu.Akhirnya pada butik terakhir yang kami
kunjungi,ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik .Dan kerna ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit
radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya, seketika ketidaksabaran saya
digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba
menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya.Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya.Shopping kami telah erakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat kulupakan dari ingatan . Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan
saya,memakaikan baju, membelai dan memeluk saya,dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya,sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya. Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya,lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut,saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling
indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berrharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki
banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu...

With Love to All Mother
" JIKA KAMU MENCINTAI IBU MU KIRIMLAH
CERITA INI KEPADA ORANG LAIN, AGAR
SELURUH ORANG DIDUNIA INI DAPAT
MENCINTAI DAN MENYAYANGI IBUNYA".

Note: Berbahagialah yang masih memiliki Ibu.
Dan lakukanlah yang terbaik untuknya...........

Monday, October 19, 2009

Bandaraya Bersejarah Di Hati..

Ujung Minggu dihabiskan dengan melawat Bandaraya Bersejarah...Memang best sgtt...Bersama teman2 rapat menghabiskan masa bersama2memang semua suke berposing.. maka berposing sakan la...sedar tak sedar hampir 600 keping foto dpt diambil sepanjang 'lawatan sambil belajar' ini huhuh...cuti umum deepavali memang ramai manusia dlm kota bersejarah ini..dari Dataran Pahlawan kami menjelajah sekitar bandar... naik beca...yang bestnya beca kat sini siap ade lagu yang dipasang mengalahkan disco.. huhu.. best juga..panorama melaka dapat dilihat tika menaiki menara taming sari..kami sempat singgah minum cendol yang memang sedap di hadapan bangunan merah..semua org kena rasa cendol kat situ kalau sampai di Melaka...
menaiki river cruise menyusuri sungai melaka kala malam amat mengasyikkan...aku kagum dengan pencahayaan kampung Mortem yang begitu indah disimbah cahaya neon...Jonker Street antara tempat yang dilawati dipenuhi lautan manusia kerana banyak barang yang begitu unik di sana..tetapi tiada barang yang ingin dibeli...cuma mengidam tart nenas...Fuhh sedap la..
kali ini tujuan perjalanan untuk menjadi backpackers... jadi tempat tidur dicari last minit.. Cheng Ho Hotel.... mujur la dapat berdekatan dengan Jonker Street...
kami berjalan dari Bukit St Paul dan terus menahan terik mentari tika di A famosa... Sebuah pengalaman yang indah untuk dikenang...terima kasih teman2...korang betul2 menggembirakan aku...
selamat tinggal Bandaraya Bersejarah..
Kenangan akan terpahat dalam memori..




aku akan kembali...
nantikan kedatangan aku menjelajah lagi keindahan bumimu...
kau tetap di hati..