Monday, May 31, 2010

Dengarkanlah..Kebahagiaan Dalam Perpisahan..

Hujung minggu lepas aku pulang ke kampung.. Setiap kali aku pulang ke kampung hatiku pastikan berbunga riang... Seakan ada suatu kekuatan yang yang tiada tergambar.. Aku tak sabar untuk mengunjungi pusara ayahku.. dan itulah rutin aku setiap kali pulang ke kampung.. akulah yang akan menjadi pekebun bagi mengemas dan mencantikkan pusara..aku akan rasa tenang..
Kepulangan aku kali ini untuk menyambut hari lahir makku... beserta pertemuan bersama kwn2 kala aku di sekolah rendah.... ingatan aku terus kembali di zaman tersebut.. bagaimana watak cinderella diterjemahkan dan dibina semula ke alam dewasa.. cerita cinderella ini adalah lakonan kami semasa di darjah 6 sempena majlis penyampaian hadiah.. para pelakon adalah yg glamour2.. itulah kenangan...
Untuk perjalanan pulang ke kampung n balik ke kl, tema lagu yg aku pilih adalah Kebahagiaan Dalam perpisahan-Shahir.. lagu yg menyentuh hati... ku tujukan pada temanku untuk dia mendengarnya...dengarkanlah..

Thursday, May 27, 2010

The Touch Oren-Hitam

Aku terlupa bercerita pasal The Touch. Koleksi hitam-oren hantaran terbaru sentuhanku telah siap sepenuhnya minggu lepas. Koleksi ini sebanyak 14 dulang.. bukan senang untuk memberikan touch pada setiap koleksi.. Kerahan idea untuk memberikan sentuhan magis pada koleksi kali ini agak memuaskan hati aku walau plan sebenar telah ditukar.
Disebalik koleksi ini yang sebenarnye agak tangkap muat memandangkan bahan utama telah habis stok. Aku terpaksa memikirkan sesuatu untuk menggantikan bahan tersebut.. dan inilah hasilnya..bayangkan terpaksa menukar bahan utama.. apabila bahan utama terpaksa ditukar maka corak hiasan juga perlu ditukar.. Pening kepala juga. untuk hiasan bunga pula warna oren yang dipilih memang terlalu sukar dicari. Puas aku keluar masuk kedai untuk mecari bunga yang akan memukau..Dengan sedikit pengalaman dan minat jadi aku cuba memberikan yang terbaik .. suatu benda yang aku lakukan mesti memberikan kepuasan dahulu untuk diriku.. barulah aku akan bertanyakan pendapat insan lain bagi memperbaiki lagi..
Akhirnya The Touch Oren-Hitam siap...terimalah...

Mak.. Kaulah Ratu di Hatiku...

Hari Lahir mak ku jatuh pada 25 Mei.. Tahun ini genap 60 tahun usianya. Setiap kali hampirnya tarikh lahir mak aku berfikir untuk membuat sesuatu kejutan.. tahun ini aku telah menempah 60 biji cup cake bersempena 60 tahun umur mak... Aku juga telah membeli set cawan bersalut emas beserta dulang dari Langkawi.. harapnya mak suka dengan hadiah yang tak seberapa dariku..Bulan ini juga Hari Ibu....Terima kasih mak atas segalanya.. Andai mampu ku laungkan pada dunia betapa aku teramat menyayanginya dan sentiasa merinduinya.. dia jua inspirasi kekuatan dan ketabahan seorang wanita.. Selagi mak masih hidup aku akan melakukan apa sahaja biar setiap detik hidupnya penuh bahagia.
Mak.. Kaulah ratu di Hatiku..

Rasa Sekali Pasti Nak lagi..


Sudah terlalu lama aku tidak menitipkan sesuatu dalam blog ini.. Atas permintaan seorang temanku maka aku cube memberikan sesuatu untuk kali ini...
Jadualku terlalu padat sepanjang bulan ini dan bulan 6...
2 minggu lepas aku ke Langkawi selama 5 hari.. diikuti ke Melaka selama 4 hari minggu berikutnya.. minggu ini pula aku akan pulang ke Kuantan(Agak2 berape hari yek aku kat kuantan tuh). Minggu depan aku akan ke Johor.. seterusnya ke Kelantan minggu berikutnya..
Kala aku di Langkawi fokus utama pada tugas yang perlu diselesaikan. Aku membawa seramai 6 orang pegawai yang benar2 'kuat' untuk mendapatkan respon dari pihak hotel. Target aku kali ini bagi mencapai 100% respon dari pihak hotel. Dengan team yang kuat ini aku begitu gembire kerana tugasan ini siap sepenuhnya dalam masa 2 hari. Tahniah untuk diri wahai anak buahku..
Bukan senang untuk aku membawa 6 orang pegawai sekaligus. Ini laksana percutian. Bagiku setelah selesai semua tugasan maka kami akan bercuti sambil melawati seluruh Langkawi. Agak menarik sepanjang perjalanan ini cuma aku terasa sedikit jurang bila bersama mereka. Aku cube untuk menjadikan mereka sebagai sahabat setelah habis kerja..
Sepanjang berada di langkawi kami tidur di The Cabin..Resort yang hanya mempunyai 10 bilik tetapi eksklusif dengan lanskap yang memukau. Aku dapat merasai menaiki paracut seperti paragliding. Itu adalah cita2 ku kala aku terpandang tika berada di Pulau Pinang sedikit masa dahulu. Aku begitu teruja untuk naik.. Walau hanya 7 minit dengan harga rm80 aku merasai kebesaran ilahi.. Rasa bertuah dapat menaiki sambil melihat panorama Langkawi..seakan mahu naik lagi dan lagi..
Aku agak terkilan kerana tidak dapat naik kereta kabel ke Gunung mat Cincang kerana ditutup selama 2 hari. Hari kedua aku di Langkawi kami pergi ke sana namun terlalu ramai insan yang beratur jadi aku cadangkan untuk pergi keesokkan harinya.. memang tiada rezeki kerana ditutup.. aku dapat melihat sayup2 kerat kabel naik.. ini jua adalah kebesaran illahi pada alam.. Aku jua terfikir bagaimana kuasa teknologi manusia mampu membawa dan membina struktur di puncak gunung.. Laksana keajaiban taman tergantung..
Kemana jua aku berjalan perkara utama yang terlintas apakah yang ingin ku belikan untuk mak... Mak memang begitu istimewa dalam hatiku.. Kali ini aku fikirkan untuk membelikan hadiah sempena Hari Lahirnya..Mungkin set cawan gold beserta dulang ini mampu membuatkan mak mengukir senyuman.. Aku jua membeli cokelat kegemaranku Kinder Bueno.. memang murah cokelat ini di sana. Aku rasa lebih dari 30 bungkus.. ini semua untuk stok sahaja. Kalau di kl sebungkus berharga rm3.50 tetapi di sana 3 bungkus hanya rm7. mana mungkin melepaskan peluang. Cubalah beli...Rasa Sekali Pasti Nak Lagi..

Tuesday, May 04, 2010

Kejutan Kemunculan...

Terlupa pula aku menceritakan suatu peristiwa yang tidak diduga...berlaku hampir 2 minggu lepass. 24 April 2010...
Malam minggu tersebut teman serumahku mengajak aku pergi makan malam beramai2 bersama teman lama kami selepas menonton AF... Aku, Mat Lae, Khai, Azhan & Agir. Mulanya kami ingin pergi manikmati makan malam di Malis.. fuhhh sebut sahaja malis mesti aku begitu teringatkan char kue tiownya yang sedap...tapi akhirnya kami makan di Bandar Baru Ampang sahaja memandangkan lokasi malis agak jauh...
Setelah perut masing2 membulat kami merancang untuk pergi ke downtown cheras.. Ramai sungguh manusia.. jammed teruk juga... Tanpa aku duga aku terserempak teman lamaku .. Umpama mimpi kala aku terpandang wajahnya.. mulanya aku buat2 tak tau sahaja...tapi apabila teman serumahku memberitahu ada sepasang mata asyik memandang ke arahku maka aku memberanikan diri menoleh..sah la dia...... inilah namanya takdir...
dia telah hilang hampir 4 tahun dengan waktu sebelumnya meminjam duitku rm1k... Airmata terus mengalir deras dari kelopak matanya...dia menyatakan sudah lama mencariku....aku hanya mendengar..
dia mengajak aku pergi minum2 untuk bertukar cerita namun apa yang berlaku sebaliknya.. sebaik sahaja aku menaiki keretanya alarm terus berbunyi.... semua mata tertumpu pada keretanya... dia betul2 panic.. aku cube menenangkan keadaan.. aku pun tidak tahu ape yang perlu dilakukan....mungkin keretanya juga begitu terkejut dengan kemunculan aku agaknya...
Aku berlalu pergi dan memohon agar sms kepadaku jikalau inginkan bantuan...
Dia tidak berubah.. masih juga seperti dahulu.. seharusnya dia perlukan anjakan paradigma dalam kehidupannya... pelbagai aspek yang aku lihat... bukan maksudku untuk memperkecilkan atau membesarkan.. cume kala tahun berganjak seiring usia apa yang bermain difikiran kita...manusia tidak sama....harapanku agar perubahan diri dan kehidupannya akan berlaku..

Terima kasih sesangattt

Aku mendapat kejutan pada hari ahad lepas... Sehari sebelum dia ader mengsms aku dan memberitahu ade surprise untukku..apakah surprise itu aku terus memikirkan..adakah kejutan suatu kesedihan atau kegembiraan buatku...
Teman rapatku membawa satu hadiah yang cumil... teddy bear... siap dengan kotak yang cantik n paperbag pun cantik sesgttttt.. aku suke sgttt...byk perkataan i luv u .. aku bagai dibuai perasaan...walaupun sebelum ini aku sudah mempunyai hampir 10 ekor teddy bear hadiah dari insan lain yang aku telah simpan dalam kotak...tapi ini istimewa..teddy bear ini akan ku pamerkan bersama kotak cumil itu..nak letak kat opis da ade 2 ekor kat opis...
Mujurla teman rapatku ini tidak memberikan beg plastik.. aku sekarang ini ingin membantu menyelamatkan bumi.. aku kurang berminat dengan penggunaan beg plastik.. aku sanggup memegang brg2 yg dibeli.. kalau boleh aku akan meminimumkan penggunaan beg plastik dan bertukar kepada green non woven bag...
Bercerita berkenaan teddy tersebut... kala aku leka memerhatikannya.. rupenye di kaki ade berkataan i luv u... macam syahdu jerr. sebenarnye ingin aku memeluk dirimu sekuat yang ku mampu tapi tanganku seakan tergantung di langit... kaki pula terpasak dibumi... bukan senang untuk org syg kat kita... aku betul2 menghargainya... Terima kasih sesangatt Abi.. muahsss

Tidak dirancang..

Hari sabtu lepas memang tidak dirancang pertemuan aku bersama kakak iparku... Mula2 dia ingin medapatkan pendapat aku berkenaan interior spa baru yg dibangunkannya... kami berjanji akan bertemu di ikea damansara untuk melihat barang2 dan hiasan bagi membantu memfabulousskan spanya.. temanya nye bali modern.. ahakss..untung2 aku dapat la merasa urutan free.. ahaks...
ini adalah kali kedua aku bertemunya... tak ku sangka kami akan bersama2 berjalan sambil aku memberikan idea...banyak cerita yang kami kongsikan...
Aku seorang yang simple... andai insan itu menyenangkan aku.. aku akan memberi 10 kali kegembiraan...