Monday, March 29, 2010

Titisan Airmata Syahdu...

Sabtu lepas ayah teman rapatku meninggal dunia setelah menjalani pembedahan jantung khamis lepas... aku tumpang sedih namun itulah ketentuan tuhan yang tak mampu ditentang... dari Dia kita dtg.. kepada Dia jua kita akan kembali... Wahai sahabatku... dikau perlu kuat dan tabah dengan dugaan ini... doakan yang terbaik moga roh arwah dicucuri rahmat...redha dengan pemergian insan tersayang... segala kenangan kala bersama kan terpahat di sanubari sampai mati..aku jua pernah merasainya suatu ketika dahulu...Terdetik dihati ini untuk pergi sangat menziarahi jenazah namun pergerakan terbatas kerana aku benar2 tidak mengetahui jalan ke rumahnya... maafkan aku wahai temanku...
Seperkara lagi seorang lagi teman rapatku pula dikejutkan dengan bondanya koma akibat serangan strok... berita yg juga sedih buat diriku.... doktor menyatakan peluang untuk hidup sungguh tipis... daku mendoakan yang terbaik dan benar2 berharap temanku ini tabah atas dugaan hidupnya ini... ini adalah hakikat yang harus kita terima walau pahit dan teramat sedih...aku jua mendoakan apa yang terbaik..pernah suatu ketika aku menyatakan padanya buatlah dan berikan yang terbaik untuk kedua ibubapa kita selagi mereka masih hidup.. tatakala mereka hilang kita pasti akan terkilan andai kite tidak benar2 menggunakan kesempatan yang ada tika mereka masih bernyawa..
waktu2 kesedihan ini mengingatkan aku kala menghabiskan detik2 bersama dan menjaga saat2 akhir hayat ayahku... aku benar2 bersyukur diberikan peluang yang tak mampu ku ceritakan pada orang lain dimana aku kala mengusap, membantu, menjaganya benar2 memberikan aku kesedaran inilah yang mereka lakukan padaku tika aku kecil... memang syahdu sgt..sedihnya...
aku bukanlah bijaksana.. namun sambil mengingati insan lain aku jua mengingatkan diriku agar tidak lupe pada ibuku yang paling ku sayang...

Monday, March 22, 2010

Aquaria.. Midvalley..

Sudah begitu lama aku tidak menulis di blog ini semenjak aku aktif di facebook.. rindu jua temanku dengan tulisan emasku dalam blog.. Ceritaku ini berkisar tentang Hari sabtu 2 minggu lepas di mana aku bersama Abg J pergi ke Aquaria KLCC menikmati keindahan haiwan dasar laut.. ini adalah kunjungan aku ke 6.. memang aku sukakan ikan jadi inilah tempat yang selalu aku pergi kala aku bosan... tiket masuk rm28..
Bermula dari pintu hadapan Aquaria aku dapat melihat spesis Piranha yang sudah menjadi agak besar... Penghujung tahun lepas piranha tersebut masih kecil.. aku tak mampu bygkan nasibku jikalau aku berada dlm air dan dikelilingi oleh sekumpulan piranha..
Untuk kali ini aku dapat memegang buat pertama kali gamat laut... bentuk seperti ulat yang besar.. struktur kulitnya yg lembut seperti agar2...
yang lain2 biase2 jerr.. cume ada bahagian yang telah di renovate dan ditambah...

Hari Ahad 2 minggu lepas pula aku bersama temanku pergi ke Midvalley... mungkin inilah kali pertama dia ke Midvalley tapi aku tak kisah.. aku bukan jenis mengata... Byk bende yang dia suke menunjuk2 tapi bg diriku tak perlu aku hipokrit... sedar diri.. aku layan jerr... cume aku akan beri pendapat aku tentang sesuatu andai aku tau ape yang terbaik kala ingin membeli sesuatu berdasarkan pengalaman aku..
Mulanya kami ingin menonton wayang namun terlalu ramai makhluk tuhan yg beratur jadi kami batalkan hasrat kami...
Kami window shopping bersama2 dari sebuah kedai ke sebuah kedai.. aku ini memang ditakdirkan kaki jalan.. jadi aku tak kisah.. bawak jer aku jln2 sehingga sampai satu masa aku penat aku akan cakap aku nak berehat..
Pusing punye pusing akhirnya kami sampai ke decoration Alice In Wonderland yang cukup memukau...puas posing di situ tanpa ku sangka aku terjumpa sahabat lamaku yang pernah hilang.. aku pun teringat saat aku masih menjadi kwn rapatnya...duit yang dipinjam tidak dipulang dan terus senyap..Walau ape yang terjadi kami bersalam juga... Aku boleh melihat dari riak wajahnya mungkin tidak menyangka kami akan bertemu... matanya berkaca kala melihat aku...sesungguhnya bumi ini kecil..inilah manusia bila susah mencari kita.. aku tak kisah kerana kehidupan ini berputar.. kadangkala kite di atas kadangkala di bawah... kamasutra jua mengutarakan setiap balasan akan ditimbal..
Ape2 pun aku begitu gembire menghabiskan masa...
manusia baik pada diri ini.. maka diri ini akan 10 kali baik terhadap meraka..

Genting Oh Genting..Seronok Sgt..

Minggu lepas aku ambik cuti semata2 untuk menemani teman rapatku yang mengidam untuk ke Genting... ini adalah plan kedua kami kerana sebulan sebelumnya kami tidak mendapat tiket ke genting kerana kami tak betul2 plan.. jadi pada kali ini hasrat temanku ini tercapai setelah 10 tahun dia tidak menjejakkan kaki ke sana..
Kami bertolak ke sana dengan menaiki bas di Puduraya.. awal betul kami sampai lebih kurang 645 pagi..
Seronok jua rasa menaiki bas menuju ke sana.. bas yang kami naiki berhenti di hentian di kaki genting....perjalanan seterusnya menaiki skyway- dalam bahasa biase kereta kabel.
Temanku ini gayat pada tempat tinggi maka terpancarlah wajah pucat dari riak muke... aku sengaja mengusik. Ini menambahkan lagi persahabatan kami kerana belum pernah kami pergi makan angin bersama2...
sebanyak 22 tiang kabel kala dikira dari stesen permulaan untuk sampai ke puncak... memang agak menakutkan untuk sesiapa yang gayat... Tika menuju ke tiang kabel 22 yang sungguh curam dan tinggi aku hanya mampu berdoa agar tiada ape yang buruk terjadi..
Kami antara insan yang paling awal muncul di teman tema luar Genting...
Dari kayuhan bot air sehinggakan Vintage Car.. macam2 permainan kami cuba....
Teman ku ini membuat kejutan apabila ingin menaiki buaian pusing.. aku agak terkejut sebenarnye apabila dia sanggup beratur panjang untuk menaiki buaian...layan jer la impian dia... nanti kempunana.. cume aku teringin untuk melihat dia menaiki space shot tuh...huhu... entah bile dpt tengok.. aku memang tak sanggup naik buaian tu takut tercampak...
Inilah juga kali pertama aku membeli token mencuba untuk bermain baling2 brg bg mendapatkan hadiah anak patung.. memang nasibku tak baik..satu pun tak kena.. takde rezeki..
Sedar tak sedar sehingga lenguh kaki aku meyusuri jln2 dlm taman tema...
Genting oh Genting... seronok sgt...

Monday, March 08, 2010

semalam rakanku mengajak aku pergi menonton Le tour de Langkawi... tapi kami tersilap masa... takdirnya kala mai dtg ke sana majlis sudah tamat....

Bilikku Syurgaku..

Cuti Hujung minggu kuhabiskan dengan mengemas bilikku... Sudah agak lama aku tak betul2 buat spring cleaning untuk segenap pelosok inci bilik... selalunye setiap minggu dengan berbekalkan feather duster aku hanya membuang habuk...tapi untuk kali ini aku dengan gigihnya mula mengemas dari jumaat malam sabtu dengan meletakkan brg yang agak semak ke dalam 3 boxes yang baru ku beli di tesco minggu lepas...aku vakum sikit demi sikit habuk2 yang berketul2... sehingga bersih ... dari belakang rak tv sehingga belakang almari habis ku vakum.... lipas kering semuanya masuk menerusi sedutan vakum...
aku begitu bangga dengan hasil kerjaku... walaupun org lain tidak mengetahui betapa bangganya aku pada diri sendiri...struktur katil dan barang2 dlm bilikku telah ku ubah.. Balik airku juga telah aku bersihkan sehingga berkilat.. hehehe...
bilikku adalah syurgaku...

Friday, March 05, 2010

ceritera bermula.....

Ingin ku bercerita berkenaan suatu perkara yang terjadi pada diriku pada minggu ini...
Selasa lepas aku berkunjung ke Pejabat Imigresen di Pusat Bandar Damansara.. Aku ni memang fail kalau bab driving ni jadi aku mengambil keputusan untuk pergi dengan menaiki pengangkutan awam... Kalau sesiapa yang rapat dengan aku akan tau betapa aku ni tak suka drive sendiri.. aku rela naik bas demi kesenangan aku... namun kadangkala memang tak senang jugak.. hehehehe
Ceritera bermula aku dari rumah menaiki lrt menghala ke stesen Bangsar. Aku tunggu punye tunggu bas ke Pusat Bandar Damansara tak sampai2.. Last2 aku telefon Zali.. Rupenye aku tersalah tempat menunggu. Sepatutnye aku menunggu di sebelah jalan satu lagi...
Dari Stesen Bangsar aku menaiki bas ke Pusat Bandar Damansara..Nak turun kat mane pun aku tatau...aku gamble jer..Aku da nampak bangunan imigrisen tu tapi tatau bas akan berenti di mana..mujur la sebelum ni aku penah pi buat pasport kat sana...
Tengah2 beratur untuk mengambil nombor giliran aku terlupa nak fotostat ic... cari punye cari aku teringat aku tertinggal bende penting tu dlm poket seluar kerja...Ish da la siap beratur agak panjang.. aku pun terus keluar untuk pulang ke rumah untuk mengambil bende alah tu.. aku mencari bus stop.. nak cari tempat tunggu bas pun tatau... aku terus berdiri di tengah2 antara 2 jalan. Aku tata sebelah mana jln yang boleh aku tunggu untuk pergi kembali ke stesen bangsar.. aku kena cepat sebab ic ni ada kat umah...
Mujurlah ada satu pemandu teksi yang bertanye.. aku pun naik n terus ke stesen bangsar...di dalam teksi tu la aku dicadangkan olehnya pergi ke Pejabat Imigresen wangsa maju yang lebih dekat dengan rumahku..
Aku sampai di rumah dalam pukul 10.40pagi.. pada mulanya aku nak drive pula ke wangsa maju tapi aku takut tak terjumpa pula tempat yang ingin ditujui..Untuk mempercepatkan perjalanan aku, aku menahan teksi terus ke sana..
Dalam masa hampir 15 minit aku sampai di hadapan bangunan pejabat imigresen...
Fuh.. panjang lagi nak citer...
Borang sudah siap diisi... tetapi masa nak ambik no giliran pula ic aku tak dpt dibaca oleh sistem komputer... Aku dicadangkan oleh pegawai terlibat untuk membuat ic baru sementara menantikan nombor giliran aku akan sampai lagi 130 org... lamanye..
dari pukul 11 hinggalah ke pukul 2.. lenguh kaki aku menunggu.. dari berdiri, bersandar di tiang.. mencangkung.. last2 aku duduk bersila jer atas lantai.. akhirnya nombor giliran aku dipanggil...
Memang betul pasport akan siap dalam masa sejam tetapi kalau dikira dari nombor giliran dipanggil la... tapi sebelum tu tunggu macam nak mampu tak dikira la ye...
Sekarang ni pasport boleh dibyr untuk 2 tahun rm100.. tapi bg memudahkan aku jadi aku terus membayar rm300 untuk 5 tahun lagi... tak sanggup rasenye utnuk aku menunggu lama lagi lain kali... hehehe..
tepat pukul 300petang nombor giliranku dipanggil dan dengan bangganya aku senyum. Aku mendapat ape yang aku hajati.. pasport la.. dan sebagai trademark aku.. kalau aku berurusan dengan mana2 org yg senyum padaku, aku akan hadiahkan cenderamata sebagai tanda terima kasih..
aku terpaksa pulak berkejar pulang untuk menghadiri kelas mandarin pukul 4...
inilah nasibku....

Baby Boy..

Sudah agak lama aku tak mencatatkan sesuatu pada blog ini... Aku terlalu sibuk dengan pelbagai perkara yang memerlukan aku menumpukan sepenuh perhatian pada tugas yang telah diamanahkan... demi negara...hehehe.. Sakit2 badan aku hampir sebulan ini memberikan yang terbaik..terpaksa berkejar ke sana sini.. takper.. inilah pilihan aku.. mana mungkin untuk mendapat kerja yang senang...komitmen yang amat tinggi aku perlukan saat ini..
"Alhamdulillah. Baby boy selamat dilahirkan jam 3.48 pg td. FAWWAZ AQLAN BIN FAHMIZUAN".. Sms aku terima dari teman baik ku sejak dari sekolah pada 02032010.. da bergelar bapa da dia...tahniah buatnya... Lama tak jumpe dia sejak dia kawin..Last pun aku jumpe dia masa Raya Haji kot kalau tak silap aku...
Aku panggil dia miezz... Masa skool dulu byk sangat kenangan dengan dia... bile ingat balik kelakar....tapi masa terus berlalu.. meninggalkan segala kenangan menjadi memori indah..elite...
Macam2 aktiviti kami dari perkara baik2 hinggakan ke yg jahat2... hehehe...