Tuesday, May 10, 2011

Masa cepat betul bergarak... ni da tak sampai sebulan lagi adik aku nak kawin.. aku ni risau ada bende tertinggal ke.. hampir setiap minggu jugak la aku balik.... ade tinggal sikit2 lagi yang tak beli..

Tuesday, April 19, 2011

The Touch-Diamond Peach Masterpiece.

the touch - diamond peach adalah masterpiece aku sepanjang byk koleksi yg penah aku buat.. macam gempak je kan nama koleksi ni... ye la.. tema kaler peach.. susah nak adun kaler utk kasik menyerlah.. aku gabung kaler peach, kuning, putih, silver, dimaond.. tapi yg wajib adalah ranting.. tu memang aku la.. hehehe....sebab namanye masterpiece jadi aku buat biar nampak 'sesuatu'. akhirnya aku berjaya menyiapkan koleksi terakhir malam tadi.. kesemuanya 8 koleksi ... kagum betul... hahaha.. inilah namanye The touch... sentuhan ajaib ini aku betul2 kagum.. nak letak pic nanti tak surprise.. tunggu jer malam 4/6 semua koleksi akan dibawa ke pentas peragaan... nantikan..

Monday, April 11, 2011

Lama betul...

monin...lama betul aku tak berkunjung ke blog aku yg tercayang ni... da bersarang rupenye.. mujur tak berkerak je... hari ni aku sensorang kat opis.. semua staf aku pi outstation... aku malas nak pi..kerahan tenaga la diorg.. cume aku memantau guna telepon jerr.. biar aku rilex settlekan hal famili aku ni... tak sampai 2 bulan lagi adik tersayang aku nak kawin... abg dia je yg kalut ni... mujur la aku da berjaya prepare hampir semuanya...
sabtu lepas aku sensorang menjelajah Nilai.. nilai 3 tempat fevret aku untuk tengok barang terbaru utk majlis kawin... mungkin bole kasik idea utk aku... aku buat lawatan sambil membeli belah utk langsir bilik pangantin, bunga telur, tirai utk majlis nikah... tirai majlis nikah ni byk betul kain aku guna... dlm 60 meter kain... saje je la...
Pasal TheTOuch-Masterpiece Of Diamond Peach tatau la... aku tak cukup idea extravaganza lagi.. aku try cari "sesuatu' tapi aku tak jumpe... takpe.. aku masih ada masa....

Wednesday, January 05, 2011

jadi macam2..

semangat aku sejak bermulanya tahun baru ni makin meningkat. Momentum keunggulan terus menguasai diri.. hahaha... mungkin tahun baru jadi aku seakan bayi yang baru dilahirkan..setapak lagi usia meningkat... tahun ni 2 org adik aku nak kawin... ishh tak sangka ek.. da nak kawin da 2 beradik tuh.. sorang bulan Jun sorang lagi disember..
sejak abah da takde ni aku la jadi macam abg sulung padahal ade je 2 abg atas pada aku...maka sibuk la aku.. aku kan ketua famili... aku la akan jadi bapak pengantin, abg pengantin, adik pengantin, caterer, canopi, pak andam, eric leong umah, bibik.. semua la.. maklum ar aku kan multi-tasking..you can do it..
haha... byk betul plan aku ni..minggu ni da start nak deal ngan pak andam pasal pelamin.. pastu nak tempah caterer n check kanopi... susah betul kan...aku ni jenis keje nak cepat jerr.. pastu kalau bole nak perfect.. inilah penangan Virgo..
Fikir punye fikir aku plan nanti nak touch up deco pintu gerbang ke rumah ala2 siti di alam fantasi.. tak leh nak byk camane la fantasinye pintu tuh...ahaks..

Monday, January 03, 2011

Ini Kesah Tentang Bulan

Hari ni permulaan aku bertugas sempena 2011. terasa kehilangan sebenarnye.. seorang teman baikku telah ditukarkan ke negeri lain.. itulah dinamakan kehidupan.. walau pada hakikatnya aku tidak merelakan namun demi kehendak tugas ku relakan dikau pergi... semangat aku seakan hilang namun aku tabahkan jua...
kami memang rapat.. rapat seakan sebuah keluarga... kami 5 sekawan( aku, daus kecik, Ryn, Zaila n Yaya)... bila aku menonton cerita Tentang Bulan terus segala kenangan kami menjelma...
lagu Tentang Bulan memang syahdu...

Bulan dan bintang
Bersinar berkelipan...
Dan menerangi
Keindahan malam...
Tanpamu bulan
Malam kegelapan..
Tanpamu bintang
Hilanglah keindahan...

Ini kisah tentang bulan..
Bulan bintang jadi kawan..
Begitulah persahabatan..
Yang cuba kita eratkan..
Moga berkekalan selamanya..

Begitulah kita hidup.
Lima sekawan..
sesama berjanji susah senang dirasa..
Di bawah sinaran cahaya bulan bintang..
Menjadi saksi janji kita semua..

memang terlalu byk memori...semuanya dapat dilihat dari buku skrap yg kami siapkan sebagai kenangan untuk Ryn...
Takper.. nanti kita akan reunion masa Zaila kawin...
Tunggu...Reunion of Tentang Bulan...

Selamat Kembali Mr Guess

sudah terlalu lama aku tidak menulis di blog ni...hampir separuh tahun ... selamat muncul kembali wahai Mr Guess ke Hati Kala Sepi... itulah penangan facebook terhadap hidupku.. setelah aku tahu bagaimana menggunakan fb maka diri mu wahai blogku aku tinggalkan...terasa rugi kerana byk benda yg berlaku dalam penggal kedua 2010 tidak aku simpan dalam memorimu....
Selamat tahun baru 2011... salam pembuka tahun baru... cepat betul masa berlalu...sepertimana tahun-tahun sebelum ni byk azam dan rancangan yg dirancang....tahun 2010 meninggalkan byk kenangan pahit, manis, masam, kelat..

Permulaan tahun baru aku untuk 2011 ni aku menerjah malam ke Bukit Bintang untuk melihat lautan manusia berkumpul dan meraikan malam tahun baru...
Aku betul2 tidak menyangka secara tiba2 aku bersiap, menaiki lrt dan terus ke sana... memang sah lautan manusia dengan masing2 menyembur buih2 ke arah insan lain... begitulah rakyat Malaysia kala menyambut tahun baru mahupun krismas di bukit bintang..
suatu masa dulu aku pernah merasai betapa gembirenya bersama teman2 menyembur antara satu sama lain sambil ketawa di malam krismas n tahun baru.. kini mungkin atas faktor kerja dan usia aku rasa cukup sekadar aku pergi dan melihat suasana tersebut seorang diri..memerhatikan gelagat manusia perbagai ragam..
1/1/2011 juga merupakan hari lahir abgku yang kedua... setiap tahun aku akan sms.. tapi tahun ini aku telah menitipkan ucapan untuknya menerusi facebook...Selamat Hari Lahir BNgah...

Wednesday, June 30, 2010

Catatan Perjalanan.. Terengganu..

Aku baru pulang dari Terengganu negeri penyu....
banyak yang ingin kuceritakan ... betapa aku kagum dengan keindahan Pulau Kapas... Ini bukan kali pertama aku menjejaki Terengganu namun kali ini penuh nostalgia.. Catatan perjalananku kali ini adalah untuk mencandat sutun anjuran kelab tempatku bekerja.. Apabila disebut anjuran tempatku bekerja maka penuh keistimewaan.. memang sesuai diikuti..
Perjalananku hari pertama bermula pada pukul 10.30 dari umah.. diambik oleh cik Yaya.. tidak dilupekan bantal hikmatku. Sudah agak lama aku tidak menaiki bas untuk suatu perjalanan yang agak lama.. Aku jarang bertegur ngan staf lain maka seakan diriku ini sombong... dengan gaya berseluar pendek semua mata menumpukan perhatian padaku.. aku buat tak tau dan itu hak aku untuk berpakaian...
Sampainya kami di Masjid Terapung Tengku Tengah Zahariah pada pukul 6 pagi... ramai jua manusia yang berhenti rehat di situ... ada yang mandi, sembahyang dan berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan...
Kami tinggal di Marang Waterfront Resort & Spa. dekat ngan jeti ngan pi Pulau Kapas... Aku sempat pegi ke pulau kapas... Dengan bayaran rm40 untuk pergi dan balik aku berjaya menjejaki keindahan pulau kapas nan indah... menyusuri siri pantai menikmati panorama indah yag mengkagumkan... teringat aku kala igin turun dari bot ke pantai.. pemandu bot meletakkan tangga kayu untuk aku turun dari bot.. seakan akulah raja laut yg kan turun dari bahtera...
jernih air disamping terumbu karang yang dapat dilihat jelas dari permukaan air... beribu-ribu ikan berkumpul.. bagaikan lebah menghurung sarang...
Sebelah petang kami memulakan aksi candat sutun yang dinantikan...kala di jeti seorang pakcik menunjukkan seekor udang yang sukar didapati... 15 tahun sekali.. harganya mencecah rm100 perkilogram... aku sungguh bertuah...
Sungguh menarik kerana inilah kali pertama aku mencandat sotong.. Aku diberikan dlm BOat 2... ahli group memang happening... seronok betul kami... bergembire.. aku rasa boat kami adalah bot paling happening.. secara keseluruhan bot kami mendapat 19 ekor sotong... tapi yang palin gpenting akulah Juara Pencandat Sotong Terpanjang 2010..panjangnya 39.5cm.. ambillah pembaris panjang dan ukur.. paling panjang antara semua. memang aku terlalu bangga dengan pencapaian aku... tak sangka aku.. kerana itulah satu2nya sotong yang aku dapat.. inilah dinamakan rezeki...aku bersyukur sangat...3 hali perempuan boat aku mendapat hadiah 1, 2 dan 3 untuk kategori perempuan.. kami bergerak pulang dari mencandat pukul 12 malam...
Hari berikutnya kami pergi melawat muzium terengganu, muzium terbesar di Asean. Nampak seakan buruk rupenya warna konkrit yang tidak dicap.. memberi kesan purba... kami sempat singgah sebentar di Masjid Kristal sebelum bergerak ke Kompleks Batik Nor Arfa.. malamnya pula majlis makan malam dan penyampaian hadiah pemenang candat...
Gembirenye aku.. dapat rm150..
Hari last kami pergi ke Pasar Payang.. aku mencari samping yang berkenan untuk dipakai di pagi raya nanti.. namun semuanya tiada yang berkenan kecuali satu samping yang berharga rm4500.. mungkin aku da biase memilih barang yag mahal maka mata cepat betul tertumpu pada corak dan warna.. namun.. kerana harganya terlalu mahal aku terus tak berminat...Aku sempat makan durian Kunyet ataunama saintifik DG di hadapan Kedai Payang.. berharga sekilo rm25 cukup membuatkan aku puas... dengan hanya 4 ulas mengenyangkan aku... aku tidak berkongsi dengan org lain.. bukan sebab status.. demi kepuasan sendiri..durian ini dikatakan durian paling sedap.. menurut peniaga..
Kami juga sempat pergi ke Losong membeli keropok lekor. Keropok rebus yang panas2 memang sedap...
kami sampai kl jam 11 malam...memang catatan perjalanan kali ini sungguh menarik... akan ku kembali ke Pulau Kapas suatu masa..noktah perjalanan ke Terengganu berakhir..