Thursday, October 29, 2009

Papadom Vs Ape yek...

Semalam melakukan aktiviti menonton wayang bersama teman2 rapat...setiap kali kami akan melakukan aktiviti selepas waktu kerja maka kami akan membawa kelengkapan bagi menukar dari gaya formal ke gaya santai lagi cumil... huhu..tiket yang ditempah pukul 6.15pm. Maka kami dengan gaya lipas kudung keluar dari pejabat secepat mungkin... akhirnya kami berjaya menjejakkan kali di Midvalley pada jam 620pm.kali ini kami menonton filem Papadom.. walaupun ini kali kedua aku pergi menonton cerita yang sama namun kerana teman2 rapatku aku gagahi.. lagipun citernye bestt...
Kala menonton aku seketika mengelamun teringat memori bersama arwah abah yang selalu memuji aku...anak abah yang hensem...aku merupakan anak lelaki bongsu... walaupun aku punye 2 adik perempuan namun arwah abah melayanku seperti anak bongsu...di masa kecilku dia selalu menyisir rambutku...ada yang berkata rupaku adalah rupa abah zaman mudanya...dia byk membantuku... memberi nasihat.. satu perkara yang menarik tentang arwah abah ini pengetahuannya luas...impiannya ingin menjadi peguam tetapi takdir...sejarah dunia dlm genggamannya..dia begitu berbangga mengenai Bahasa Melayu walaupun dia fasih bertutur dalam bahasa inggeris.
teringat jua aku pada zaman sekolah rendahku.. dialah bapa yang paling femes kerana dalam sebulan mesti dia akan datang melawat dan melihat perkembangan pelajaranku.. dia akan berjumpa guru kelas mahupun yang mengajar aku. Dia begitu tegas dalam mendidik...hidupku penuh disiplin...
sehingga sekarang aku telah terdidik dan inilah hasilnya.... dia begitu bangga menceritakan pada kawan2nya tentang kejayaan kami adik beradik...beberapa anugerah telah keluarga kami capai namun disebalik anugerah2 itu kami punya masalah dalaman yang org luar tidak ketahui...
aku cuma bawa diri... fikirkan pasal aku dan mak...jangan orang lain menyusahkan aku kerana aku insyallah cube takkan menyusahkan hidup orang lain..
kembali kepada aktiviti kami malam tadi.. selepas habis menonton dalam panggung yang dipenuhi manusia kami pergi membeli tako... 3 jenis tako dibeli.. octopus, prawn dan ayam... kami makan ala2 remaja lepas sekolah... selamba tanpa mempedulikan orang yang lalu lalang.. andai client mahupun pengurus hotel yang pernah berurusan denganku ternampak pasti kan terkejut betapa tak profesionalnya aku... huhu..inilah aku selepas waktu kerja... kelakar kan bile difikirkan..

Monday, October 26, 2009

Jom Balik Kampung..

Balik ke kampung aktiviti bulanan aku... hari sebelumnya aku berada di utara tanahair... aku kembali ke kampung halaman yang terletak di pantai timur semenanjung...
Rindu pada emak aku yang setiap hari akan ku telefon untuk bertanyakan keadaan dirinya... harap dia akan sentiasa merindui aku...
aktiviti aku bila balik kampung tiada yang menarik.. aku akan memulakan perjalanan seawal pagi agar kabus pagi dapat aku rasai...selalunya aku akan lone ranger... sambil mendengar lagu2 sampai ke bunyi maksimum dan tidak kedengaran sedikitpun bunyi enjin memberikanku kepuasan...
aku akan singgah ke kubur arwah abahku setiap kali pulang ke kampung... jikalau 5 hari aku di kampung maka 5 kali jua la aku akan berada di pusaranya sambil ditemani emakku.. aku akan merasai sebuah ketenangan kala mengunjungi... membersihkan serta mengindahkan pusara.. leka aku perhatikan sudah 1 tahun lebih dia meninggalkan kami..
kali ini aku mengidam untuk makan gulai kerang masakan emakku.... itu antara makanan kegemaran aku...setiap kali beritahu ibu bahawa aku akan pulang maka dia akan bertanya apa yang aku mahu dia masakkan... aku tak kisah apa pun yang dia masak asalkan dia gembira dengan kepulangan aku ke rumah...
apa yang menarik di kampung aku setiap kali balik mesti kucing pun akan bertukar2. rumah bagaikan syurga kucing2 terbiar untuk berteduh..
aku tak ramai kawan di kampung.. aku hanya lepak di rumah...Sape nak join? Jom kite balik ke kampung... huhu...

Bumi Jelapang Padi..

Minggu lepas aku menjelajah negeri jelapang padi...
dari pekan Kulim ke Butterworth kemudian ke Alor Star seterusnya pergi ke sempadan utara semenanjung, Perlis Indera Kayangan.. di Kulim aku sempat pergi Jeram Kuala Sedim yang cukup indah terletak nun jauh di kaki bukit. Di situ terdapat Top Tree Walkway di atas pokok seakan canopy walkway di Gunung Tahan dan Gunung Stong yang pernah aku lalui suatu ketika dulu semasa aktif mount climbing. Aku masih rindukan saat2 mendaki..
Perjalanan ke sana yang agak jauh namun aku dapat juga melihat dan singgah rumah tempat perlindungan Sultan Abdul Hamid iaitu ayahanda Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj untuk berlindung semasa peperangan. Dengan kerana itulah juga nama kampung ini dinamakan Kampung Lindungan Raja.

Aku teruskan penjelajahan ke Alor Star. Menikmati panorama malam di situ agak indah walaupun bandarayanya tidak cukup besar untuk dijelajahi.. Menara Alor Star yang menjadi mercu tanda negeri tersergam indah di hadapan mataku.. mungkin kerana kepadatan penduduk yang menjadikan ia sebuah bandaraya di utara Malaysia. Menjamu selera di sebuah kedai seafood tomyam memenuhi selera aku. Aku juga sempat singgah di hadapan Istana Anak Bukit sambil memerhatikan ukiran penuh keindahan di pagarnya. Itu sudah cukup menunjukkan ukiran khas dari Thailand itu sungguh mengkagumkan.
Aku meneruskan penjelajahan seterusnya ke Negeri Perlis Indera Kayangan.Kunjungan aku ke Perlis adalah kali pertama dalam hidup dan ini menjadi pelengkap perjalanan aku kesemua negeri di Malaysia.


Aku betul2 tidak menyangka dapat menikmati keluasan ladang tebu kepunyaan Raja Gula..Robert Kuok saujana mata memandang di negeri ini. aku begitu kagum. Aku pernah membaca mengenai kejayaan beliau di Majalah Forbes.
Aku juga kagum dengan kejayaannya yang pernah menjadi org terkaya di Malaysia di tahun 2007 kalau tidak silap aku.
Aku meneruskan perjalanan ke Padang Besar untuk melihat adakah situasi di sana sama seperti di Rantau Panjang, Kelantan...
Memang agak sama. ..
Aku dapat menikmati kelazatan Kuetiow Sup Thai yang sungguh menyelerakanAku ingin menambah tetapi kerana kekenyangan tak mampu untuk meneruskan niat. Semua orang perlu mencuba sekali.. pasti hendak lagi..

Tuesday, October 20, 2009

Tangan Paling Indah...menyentuh hati..

tika aku tiba di pejabat hari ini..aku terus membuka emelku... titisan airmata gugur ke bumi kala aku membaca satu emel yg begitu menyentuh hati kecilku... di sini ku titipkan secebis luahan dari seorg insan..

ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia
menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah
bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut.Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya.
Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu.Akhirnya pada butik terakhir yang kami
kunjungi,ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik .Dan kerna ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit
radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya, seketika ketidaksabaran saya
digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba
menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya.Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya.Shopping kami telah erakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat kulupakan dari ingatan . Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan
saya,memakaikan baju, membelai dan memeluk saya,dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya,sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya. Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya,lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut,saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling
indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berrharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki
banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu...

With Love to All Mother
" JIKA KAMU MENCINTAI IBU MU KIRIMLAH
CERITA INI KEPADA ORANG LAIN, AGAR
SELURUH ORANG DIDUNIA INI DAPAT
MENCINTAI DAN MENYAYANGI IBUNYA".

Note: Berbahagialah yang masih memiliki Ibu.
Dan lakukanlah yang terbaik untuknya...........

Monday, October 19, 2009

Bandaraya Bersejarah Di Hati..

Ujung Minggu dihabiskan dengan melawat Bandaraya Bersejarah...Memang best sgtt...Bersama teman2 rapat menghabiskan masa bersama2memang semua suke berposing.. maka berposing sakan la...sedar tak sedar hampir 600 keping foto dpt diambil sepanjang 'lawatan sambil belajar' ini huhuh...cuti umum deepavali memang ramai manusia dlm kota bersejarah ini..dari Dataran Pahlawan kami menjelajah sekitar bandar... naik beca...yang bestnya beca kat sini siap ade lagu yang dipasang mengalahkan disco.. huhu.. best juga..panorama melaka dapat dilihat tika menaiki menara taming sari..kami sempat singgah minum cendol yang memang sedap di hadapan bangunan merah..semua org kena rasa cendol kat situ kalau sampai di Melaka...
menaiki river cruise menyusuri sungai melaka kala malam amat mengasyikkan...aku kagum dengan pencahayaan kampung Mortem yang begitu indah disimbah cahaya neon...Jonker Street antara tempat yang dilawati dipenuhi lautan manusia kerana banyak barang yang begitu unik di sana..tetapi tiada barang yang ingin dibeli...cuma mengidam tart nenas...Fuhh sedap la..
kali ini tujuan perjalanan untuk menjadi backpackers... jadi tempat tidur dicari last minit.. Cheng Ho Hotel.... mujur la dapat berdekatan dengan Jonker Street...
kami berjalan dari Bukit St Paul dan terus menahan terik mentari tika di A famosa... Sebuah pengalaman yang indah untuk dikenang...terima kasih teman2...korang betul2 menggembirakan aku...
selamat tinggal Bandaraya Bersejarah..
Kenangan akan terpahat dalam memori..




aku akan kembali...
nantikan kedatangan aku menjelajah lagi keindahan bumimu...
kau tetap di hati..

Friday, October 16, 2009

Penghulu Segala Hari..

hari ni hari jumaat.. perhimpunan agung UMNO kat PWTC ni masuk hari terakhir.. nak pakai set baju melayu kaler merah nampak sangat aku ni UMNo la sangat...padahal mengundi pun tak penah..walaupun arwah ayah aku dulu org kuat UMNO & BN..hari ini berbaju melayu warna hijau lumut..
aku begitu bangga untuk memakai set baju ini kerana warna baju dan sampingnya selalu dipuji org..tak sia2 aku berjalan setiap hari dalam bulan ramadan ke masjid india untuk mencari samping yg indah kononnya.. kalau beli yang tak lawa tu bukan la aku.. hehehe...nak citer persiapan untuk besok..peralatan dan baju belum siap dikemas lagi...video camera pun belum dicaskan lagi... ahakss...mujurlah penggunaan video camera ni da ade 2 pelatih yg tahu menggunakan...aku kalau bab teknologi ni memang kureng cikit...beli nak.. guna tu kena slow2... aku kan kampung2...

Melaka Oh Melaka..

Sabtu ni program backpackers ke melaka...tak sabar rasanye... camane la agaknye yek.. tiket dah beli.... mesti best menjelajah.. ni la aktiviti yang menggembirakan sekarang.. berjalan menikmati dan merasai budaya dan cara hidup org lain...
planning ni byk tapi jonker street takkan dilupe...aku da arahkan ahli rombongan membuke dan mencari apa yang menarik sekitar bandar melaka.....walaupun plan 2 hari satu malam.. harapnya dapat dimanfaatkan sepenuhnya...
baju batik yang dipakai mendapat pujian ramai... dalam ofis, dalam lif sampaikan org yang menjual di gerai semasa persidangan UMNO pun memuji...bangga rasanya...

Thursday, October 15, 2009

Tika Rindu...

Dikeheningan malam...
termenung ku berseorang..
tak lena mata dipejam.. terdengar suara terngiang..
suara merdu yang disayang..
bagai kau di depan mata..
ku capai tapi tak kena..
sukarnya memendama rasa..
inginku luahkan kata...
bila rindu..
terkenang mu sayang..
terasa sayu..
syahdunya jiwaku..
bila malam jauh jiwaku melayang..

Tuesday, October 13, 2009

Batik Merbok impianku...

batik merbok ciptaan uitm merbok kedah menjadi kesukaan aku.. aku pernah membaca di akhbar namun kali pertama bersua pada pertunjukan fesyen kala aku di Penang ..... nuansa fabrik batik yang memukau mataku... nampak ekslusif memberikan daku impian memiliki sehelai baju.... akhirnya termakbul jua setelah menanti hampir 3 bulan.. aku telah memilih dan melakar corak serta warna yang kemudiannya dicanting oleh jemari warga batik merbok.. harganya berpatutan...ahaks...esok baju yang aku nantikan akan ku ambil dari butik...
tak sabar rasanya untuk memakai batik rona merah hitam, kelabu itu...
kini aku akan menunggu helaian kedua rona turqouise corak terbaru ilham dari batik merbok...

Monday, October 12, 2009

Merasai Homestay

Seronok betul cuti ujung minggu... aktiviti sendiri di hujung minggu....pegi ke Sabak Bernam.. merasai kehidupan homestay selama 2 hari 2 malam.. bermula dengan ke kg Belimbing untuk melihat kelip2 yang seakan lampu ... memang byk... sungguh indah panorama malam dengan kerlipan kelip2 sambil menyusuri sungai...

pagi2 lagi melewati batas2 padi... belajar membungkus tapai,mengutip sayur-sayuran dan mengikat untuk dijual..

keluarga ini yang memang peramah dan asyik dengan gelak ketawa.. alangkah bahagia ... teringinnya..

terima kasih atas segalanya Yaya....

Friday, October 09, 2009

Open House Raya Hotel Mandarin Oriental

Semalam sekali lagi berkunjung ke Mandarin Oriental... bukan gala Dinner tapi jemputan Open House Hari Raya Hotel Mandarin Oriental... ramai juga tetamu... dari company yang besar2... ade cabutan bertuah.. tapi tertinggal business card jadi tak dpat la mencuba nasib dpt hadiah yg best2 tuh....tak makan byk pun .. tapi sedap la cheese cake dia....

Thursday, October 08, 2009

Gala Dinner Mandarin Oriental

Malam tadi dapat jemputan ke Majlis Gala Dinner Military Medicine kat Mandarin Oriental. dengan Black suit rasa kerdil jer bile duk ngan VIP2.. huhu... starting dari main entrance tu da ade yang assist aku sampai la masuk ke Grand Ballroom. da lama tak pi dinner kat situ..
kebanyakan yang datang adalah pegawai tentera dari seluruh Dunia. penuh adab sopan la dengan iringan music jazz. eksklusif sangat..

Tuesday, October 06, 2009

GICC Indian delegates

semalam pi genting... kat genting international convention centre... gi ngan driver....ade jemputan majlis yg melibatkan warga dari india seramai 900 org.. fuhhh.. bau macam nak pengsan.. perfume menusuk jiwa raga bakul... tak laratss nak ketawa tengok time diorg makan.. kebanyakan maybe dari kasta rendah... makanan pulak tu memang ala2 indian la...mujur la ade makanan special yg dimasak khas untuk aku.. huhu... show pun menarik jugak... opening tu ala2 PGL... balik umah driver bwk laju.. cepat betul sampai...
malam ni jua pertemuan aku dengan seseorg...sayang..dia sudah berpunya...

Monday, October 05, 2009

KDE terjumpe steward

lupe nak citerr.. masa kat KDE tu tanpa diduga semeja denganku adalah seseorg yg pernah cube singgah dihati ini... tatkala dia muncul n duduk aku betul2 terkejut sebab sudah lama aku tak berjumpa dengannya seorang steward... hampir 5 tahun... dia masih seperti dahulu.. kini dia bersama pasangannya...
aku dengan jubah n penutup kepala ala2 arabian ni pun masih dikenalinya juga... hahaha...
show malam tu kat KDE best jugak... da lama aku tak tengok show paperdoll yg kelakar macam tuh...

LCD oh LCD

malam tu pulak dalam keletihan sempat lagik pi ikea then pi court kat damansara.... byk jugak barang murah.. nak beli barang tapi tatau nak beli ape... terpandang la LCD LG 42inch... macam nak beli..sebab agak murah... tak sampai rm3k pun.. tapi tv yang ade kat umah tu stil ok.. macam membazir pulak kalau beli.. tapi teringin ni... cube tahan diri je...

Umah aku open house

sabtu tu buat open house kat umah... start pukul 1200 tghari kononnye sampai 0700 petang... tapi dari pagi tido kejap je.. balik je dari majlis raya kat KDE jumaat tu terus tolong ape yg patut membantu chef memasak di dapur.. padahal aku ni mane la reti nak buat ape2. huhu...tido pukul 3 pagi... pastu pagi besok tu bangun kemas umah... biar nampak cantik cikit sebab org nak dtg umah...
Ramai gilerr org dtg.. tapi dalam org dtg kuar masuk sempat jugak la aku tido dlm bilik senyap2 tak tanggal baju melayu n samping...pakai kaler merah hari tuh... makanan fuhhh memang sedap.. pastu variety.. aku tak nafikan budak umah aku memang pandai masak sejak dari masa study dulu lagik..

Friday, October 02, 2009

Open House Raye...

malam tadi dapat invitation majlis raya kat Hotel Crowne Plaza... tak plan nak pi.. last2 pi jugak... siap pakai baju melayu no 2 yg belum pakai lagi..kaler gold... mesti la sampai je kat lobi hotel porter siap bukakkan pintu... masuk macam putera raja dtg ke ballroom... huhuh...
minggu ni jadual padat sgtt....malam nanti pulak ade majlis raya kat Kelab Darul Ehsan pulak.. siap ade theme lagik...Arabian... nak kena pi carik kat designer mane ni.. penin...
pagi ni pulak majlis raya opis.... mujur ade baju satu lagi kaler ijau lumuts ni... ramai puji kaler dia... huhuh...