Wednesday, June 30, 2010

Catatan Perjalanan.. Terengganu..

Aku baru pulang dari Terengganu negeri penyu....
banyak yang ingin kuceritakan ... betapa aku kagum dengan keindahan Pulau Kapas... Ini bukan kali pertama aku menjejaki Terengganu namun kali ini penuh nostalgia.. Catatan perjalananku kali ini adalah untuk mencandat sutun anjuran kelab tempatku bekerja.. Apabila disebut anjuran tempatku bekerja maka penuh keistimewaan.. memang sesuai diikuti..
Perjalananku hari pertama bermula pada pukul 10.30 dari umah.. diambik oleh cik Yaya.. tidak dilupekan bantal hikmatku. Sudah agak lama aku tidak menaiki bas untuk suatu perjalanan yang agak lama.. Aku jarang bertegur ngan staf lain maka seakan diriku ini sombong... dengan gaya berseluar pendek semua mata menumpukan perhatian padaku.. aku buat tak tau dan itu hak aku untuk berpakaian...
Sampainya kami di Masjid Terapung Tengku Tengah Zahariah pada pukul 6 pagi... ramai jua manusia yang berhenti rehat di situ... ada yang mandi, sembahyang dan berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan...
Kami tinggal di Marang Waterfront Resort & Spa. dekat ngan jeti ngan pi Pulau Kapas... Aku sempat pegi ke pulau kapas... Dengan bayaran rm40 untuk pergi dan balik aku berjaya menjejaki keindahan pulau kapas nan indah... menyusuri siri pantai menikmati panorama indah yag mengkagumkan... teringat aku kala igin turun dari bot ke pantai.. pemandu bot meletakkan tangga kayu untuk aku turun dari bot.. seakan akulah raja laut yg kan turun dari bahtera...
jernih air disamping terumbu karang yang dapat dilihat jelas dari permukaan air... beribu-ribu ikan berkumpul.. bagaikan lebah menghurung sarang...
Sebelah petang kami memulakan aksi candat sutun yang dinantikan...kala di jeti seorang pakcik menunjukkan seekor udang yang sukar didapati... 15 tahun sekali.. harganya mencecah rm100 perkilogram... aku sungguh bertuah...
Sungguh menarik kerana inilah kali pertama aku mencandat sotong.. Aku diberikan dlm BOat 2... ahli group memang happening... seronok betul kami... bergembire.. aku rasa boat kami adalah bot paling happening.. secara keseluruhan bot kami mendapat 19 ekor sotong... tapi yang palin gpenting akulah Juara Pencandat Sotong Terpanjang 2010..panjangnya 39.5cm.. ambillah pembaris panjang dan ukur.. paling panjang antara semua. memang aku terlalu bangga dengan pencapaian aku... tak sangka aku.. kerana itulah satu2nya sotong yang aku dapat.. inilah dinamakan rezeki...aku bersyukur sangat...3 hali perempuan boat aku mendapat hadiah 1, 2 dan 3 untuk kategori perempuan.. kami bergerak pulang dari mencandat pukul 12 malam...
Hari berikutnya kami pergi melawat muzium terengganu, muzium terbesar di Asean. Nampak seakan buruk rupenya warna konkrit yang tidak dicap.. memberi kesan purba... kami sempat singgah sebentar di Masjid Kristal sebelum bergerak ke Kompleks Batik Nor Arfa.. malamnya pula majlis makan malam dan penyampaian hadiah pemenang candat...
Gembirenye aku.. dapat rm150..
Hari last kami pergi ke Pasar Payang.. aku mencari samping yang berkenan untuk dipakai di pagi raya nanti.. namun semuanya tiada yang berkenan kecuali satu samping yang berharga rm4500.. mungkin aku da biase memilih barang yag mahal maka mata cepat betul tertumpu pada corak dan warna.. namun.. kerana harganya terlalu mahal aku terus tak berminat...Aku sempat makan durian Kunyet ataunama saintifik DG di hadapan Kedai Payang.. berharga sekilo rm25 cukup membuatkan aku puas... dengan hanya 4 ulas mengenyangkan aku... aku tidak berkongsi dengan org lain.. bukan sebab status.. demi kepuasan sendiri..durian ini dikatakan durian paling sedap.. menurut peniaga..
Kami juga sempat pergi ke Losong membeli keropok lekor. Keropok rebus yang panas2 memang sedap...
kami sampai kl jam 11 malam...memang catatan perjalanan kali ini sungguh menarik... akan ku kembali ke Pulau Kapas suatu masa..noktah perjalanan ke Terengganu berakhir..

Friday, June 18, 2010

Guppy Oh Guppy

Tika aku leka memerhatikan 5 ekor ikan guppy peliharaanku yg semakin membesar dan berekor kembang, aku memberikan cadangan untuk kami membeli ikan di pasar pudu....
ceritanya begini.....pada selasa lepass.....
Kami berdua pergi ke pasar pudu untuk menambah koleksi guppy kami... sesampainya kami di sana ramai makhluk tuhan yang sedang berjual beli ikan2... pelbagai jenis ikan dapat dimiliki dengan harga yang agak murah berbanding tempat lain...
aku memilih 20 ekor ikan guppy jantan dan 20 ekor guppy betina.. separuh akan diletakkan di office dan separuh lagi di rumah... aku juga membeli water filter untuk akuarium di rumah yg semakin kekurangan ikan... pembelian water filter ini memberi nafas baru untuk ikan2 di rumah... aku juga membeli 3 ekor ikan guppy betina yang agak ganas...
kehadiran ikan2 guppy baru ini juga akan memeriahkan lagi akuarium aku... aku sungguh gembira...Harapanku agar ikan2 yang ku beli ini akan memberikan lebih byk anak2 ikan.. aku tetap tidak dpt melupakan akuarium kak ze di kelantan...
inilah hidupku... guppy oh guppy...

Thursday, June 17, 2010

Selamat Pergi.. Selamat Pulang...

Selamat dtg minggu ini... Minggu lepas aku berada di negeri tanah serendah sekebun bunga...
Perjalanan aku ke sana selama 5 hari.. suatu pengalaman yang menarik memandangkan inilah perjalanan pertama kali bersama2 teman2 setelah kami habis belajar...
Catatan perjalanan kami bermula tepat jam 1130 malam...
Sepanjang perjalanan aku tidak melelapkan mata.. akulah yang akan memeriahkan suasana... kami singgah di Chenulang, Kuala Krai.. di sinilah pernah tersimpan kenangan lalu bersama exgf... aku muncul kembali di kampung ini bertemu makcik yang masih mengingati namaku cume dia rasakan aku aku berlainan.. mana mungkin diri ku kan sama seperti 10 tahun dahulu..dia masih mengingati kali terakhir kami bertemu kala aku pergi ke konvo exgf...

Perjalanan Hari Pertama kami diteruskan ke Machang.... di situ kami pergi ke rumah kak ze.. aku begitu teruja untuk makan nasik ayam kerutub... memang aku peminat setia kepada masakannya itu... dia bagaikan ibu angkatku...
kedatangan aku kali ini tidak membawa apa2 buah tangan kecuali sekotak coklat kerana aku terlupa untuk membeli... Aku juga teruja pabila melihat ke kolam rumahnya.. penuh dengan ikan kegemaranku... guppy..cantik sungguh warna..seakan aku ingin membawa semua ikan tersebut. Dapat juga aku membawa pulang sedikit ikan ke Kuala Lumpur untuk dibela..
Malamnya pula kami bermalam di hotel di Bandar Machang... Scary...

Perjalanan kami untuk hari Kedua adalah majlis perkahwinan sahabatku di Tanah Merah... ahli rombongan terlupa untuk membawa peta majlis maka kami terpaksa bertanyakan kepada pengantin bagaimana lokasi sebenar kerana kami akan mengikut rombongan pihak lelaki ke rumah pengantin perempuan... Kami tersesat jauh dari lokasi... dengan penuh kesabaran akhirnya kami sampai ke destinasi... cuaca begitu terik...Kami bercadang pergi ke Rantau Panjang namun masa tidak mengizin kerana sudah agak lewat dan kami masih tidak mempunyai hotel untuk disewa jadi kami teruskan perjalanan ke Kota Bharu...
Pengalaman mencari hotel2 untuk diinap memang mencabar.. Dari sebuah hotel ke sebuah hotela ku bertanya.. Mungkin silap aku kerana tidak menghubungi sebulan awal untuk menempah bilik.. almaklumlah waktu ini adalah musim cuti sekolah... kami berjaya mendapat sebuah hotel untuk menginap...Hotel Anda..Sebelah malamnya kami pergi ke Pasar Wakaf Che Yeh yang begitu popular... perlbagai barangan yang dapat di lihat.. Aku berkenan pada karpet di situ tetapi untuk membeli tidak muat untuk diletakkan di dalam kereta. Masalah kami pula apabila bangun keesokkan harinya air pula tiada.. Kami berdua berkongsi satu baldi air untuk mandi...inilah dugaan.. hehehe

Perjalanan untuk hari ketiga kami akan ke Pengkalan Kubor... ramai jua manusia di situ.. kebanyakan adalah pelancong2 dari utara tanahair. tiada apa yang aku beli kecuali makanan.
Dalam setiap perjalanan perkara utama yang difikirkan olehku benda apa yang akan dibeli untuk ibuku.. kali ini aku membeli pistachios dan buah badam.. itulah kegemaran mak...kami sempat singgah di gerai tepi jalan untuk membeli kuih muih kelantan diantaranya kuih akok, piana dan aku lupe Kami terus pulang dan menghala ke PCB untuk mencari tempat penginapan untuk malam tersebut.. Pencarian kami berakhir dengan mendapat sebuah rumah tumpangan yang agak panas.. suhu air seperti air baru lepas dimasak.. jikalau diingat semula mahu sahaja aku ke laut untuk mandi... Bilik aircond pula sudah habis ditempah maka kami terpaksa menggunkan kipas sahaja dan membeli semburan aeresol untuk menghalau nyamuk. Yang menarik tika di rumah tumpangan ini struktur rumah ini yang mempunyai byk bilik disamping ada bengkel pembuatan batik lukis kelantan di sana.
Aku tertinggal bantal kesayanganku kala keluar dari sana... betapa sedihnya aku teringat pasal bantal yang tertinggal..

Perjalanan hari Keempat diteruskan dengan kami makan di Pasar Siti Khadijah.. Pelbagai lauk dan juadah terdapat di sana. Kami sempat singgah di Pasar Buluh Kubu yang dipenuhi dengan pelbagai kedai yang menjual batik pelbagai corak dan warna. Aku tidak membeli sehelai batik pun memandangkan dalam koleksi aku sudah cukup buat masa ini... Aku cuma mencari kain sampin yang menarik minatku untuk digunakan sempena aidilfitri nanti tetapi malangnya tidak ketemu yang berkenan.Aku pula hanya membeli sepasang kasut dan sunglass baru memandangkan aku ingin jua membeli barang kala berkunjung ke shopping compleks parkson..inilah susahnya apabila diri ini merupakan shoppemania..
Perjalanan kami diteruskan ke rumah jerry, sahabat lama yang kini telah menjadi guru dan telah berkahwin dengan pensyarah... perangainya masih seperti dahulu... Kami terus kan perjalanan kami ke rumah kak ze semula sebelum kami bercadang tidur di Chenulang.. Kami sempat singgah dan melawat Uitm Kampus machang dan pergi ke rumah2 org kampung bagi mengembalikan nostalgia... kak Nah pun sudah berjaya membuka kedai makan I.T. Corner..dari nama nampak seakan kedai makan yang canggih.. mungkin juga berteknologi agaknya.. rupenye I.T bermaksud Ibu Tunggal... kami semua ketawa apabila dia menterjemahkan huruf tersebut. Anaknya yang sulung sudah berumur 17 tahun...dulu hanya darjah 3... dulu dia begitu susah.. itu hampir 10 tahun dulu.. kini aku tumpang gembira dengan kejayaannya. Aku sempat singgah makan di kedai feveret aku.. nasi ayam goreng halia dia memang sedap.. org lain tak leh menandingi masakan akak ni.. hapir 10 tahun baru lah aku dpt menikmatinya semula..
Cuaca yang panas sepanjang kami berada di Negeri serambi mekah ini bertukar sejuk kala tidur di Chenulang.. betapa puas namun kepala ku agak sakit kerana tidak menggunakan bantal yang hilang...mungkin jua dengkuranku kuat...hahaha.. penangan bantal..

Perjalanan hari kelima dan terakhir kami adalah pulang ke kota konkrit semula... kami sempat singgah makan di Restoren Mualaf. Menu masakan chinese style tetapi halal.. sedap juga rasa masakan... pilihan makanan seperti ikan kerapu 3 rasa, sotong masak kicap, tauhu mongolia dan ayam masam manis meruntun rasa... aku yang tidak makan ikan ini tidak menyentuh la ikan kerapu yang besar itu..
Perjalanan yang lama tetapi menggembirakan... termenung sejenak..
Selamat pergi Selamat Pulang...

Wednesday, June 09, 2010

Adakah dia betul2 menyukainya?

Semalam aku telah memberikan sesuatu pada teman baikku..sedikit hadiah yang kecil..itulah tanda ingatan aku padanya.. Hadiah sempena hari lahirnya yang lepas .. aku bukanlah seorang yag pandai membeli hadiah kepada insan lain... aku akui aku suke membeli belah tapi jikalau diberi pilihan memilih hadiah untuk diberikan pada insan lain memang sukar kecuali untuk ibuku...
Hadiah yang aku berikan pada temanku ini merupakan barang yang aku sukai kala terpandang buat pertama kali.. jadi aku beli 2 set barangan tersebut satu untuk diriku dan satu untuk dirinya...Ianya set tali pinggang.. warnanya agak luar dari kebiasaan dan eksklusif.. itu yang membuatkan aku teramat menyukainya..
Aku sukakan suatu barang yang unik dan lain dari yang lain... mungkin org lain tak seperti diriku... usah ditanya pada harga..kerana alah membeli menang memakai..
Harapnya teman baikku ini menyukainya... harapanku agar persahabatan ini kekal..
Daku menerima smsnya malam tadi "suka sgt. Wan akan ingat sampai bila2."
senantiasa aku memikirkan adakah dia betul2 menyukainya?Atau sekadar untuk menjaga hatiku...

Monday, June 07, 2010

Beginilah nasib..

beginilah nasib diri yang harus tabah dalam menjalani kehidupan.. walau ranjau hidup penuh berliku.. walau diri seakan terbuang di tanah gersang.. di padang pasir nan tandus...
Seakan tidak diperlukan lagi... dan akan diambil pabila diperlukan..seandainya diperlukan.... ku amat memahami situasi ini... mungkin luahan menerusi coretan mana mampu difahami... mungkin jua aku tidak memahami atau insan lain yang tidak memahami..
haruskah aku mengucapkan selamat jalan?

Friday, June 04, 2010

Jikalau....tapi entahlah..

Jikalau saya jadi squidward...
saya akan selalu buli awak...
Jikalau saya jadi Mr Crab....
saya akan kikis semua harta awak..
dan bila saya jadi Patrick..
saya akan selalu wat awak tension....
Tapi...
saya taknak jadi diorang tu semua...
saya nak jadi spongebob...
yang selalu setia dan sayang pada awak...
Tapi entahlah...

cermin sakti..sayu..

Wahai cermin sakti... adakah perlu untuk daku menoleh ke belakang atau daku perlu merenung ke hadapan pada mimpi yang tak pasti? sekali ku terlihat diri mu wahai cermin hikmat.. aku akan terasa sungguh sayu pada segala kenangan indah.. momentum nya seakan ku rasakan... aku rindukan kenangan.. aku rindukan memoir indah.. aku rindukan segalanya..
mengapa diriku terasa begitu sayu sekali.. detik kesedihan muncul dalam hidupku... detik sayu.. detik pilu.. duka nestapa melatari.. dan menghmpar permaidani hidupku..
Andai diputar masa lampau kan ku cuba melewati hari2 nan indah di bawah pepohon rendang...
wahai pepohon.. ketahuilah dikau lah peneman diri ku.. hatiku begitu sayu...

Thursday, June 03, 2010

Tersimpan di naluri..

Ku biarkan hati aku terus berlalu bagai sungai yg mengalir.. ku terus memujuk diri agar jangan terus terlena dengan mimpi yang tak mungkin kan menjadi nyata...
Tika rembulan menyinari... lalu ku madahkan tiada cinta nan suci...
kasih sedalam lautan..setinggi mentari tak mampu digapai.. oleh khayalan diriku... ku biarkan tersimpan di naluri..sendu sedih.. merintih sepi..