Monday, January 04, 2010

Bagai mimpi menjadi nyata..


Sepanjang malam tidurku tak lena... tidur sekejap lepas tu akan terjaga... tau tak kenape.... inilah jua masalah yang melanda diriku.... sebenarnya aku cukup berkenan dengan kasut Guess semalam... rasa kesal jua dihati keran tidak membeli... aku nak budget duit untuk membeli bende utama iaitu suit itam bersama kemeja... tanpa berfikir panjang aku terus gerakkan kaki ke Bukit Bintang.... mencari sepasang suit itam untuk dipakai di majlis anugerah...
Aku tidak dapat menempah suit memadangkan masa yang tinggal hanyalah seminggu.. sehelai coat sahaja mengambil masa 2 minggu... untuk seluar sahaja pula 1 minggu... Akhirnya aku mendapat sehelai suit yang diinginkan.. aku terpaksa menempah seluar memandangkan baju ada dlm stok... patern coat ini agak menarik...beserta kemeja putih yang berkedut di bahagian hadapan... aku sukakan kelainan.. biar kemunculan aku dikagumi.. huhu... seluruh suit ini akan siap sepenuhnya sabtu minggu depan..
Untuk menambah lebih keyakinan pada diriku tika ke majlis nanti aku berjaya membeli kasut idaman... dari kedai baju aku pun terus ke Pavilion..
Aku mencuba dan terus membeli kali ini.. ia bagai mimpi menjadi nyata..

No comments:

Post a Comment