Thursday, June 17, 2010

Selamat Pergi.. Selamat Pulang...

Selamat dtg minggu ini... Minggu lepas aku berada di negeri tanah serendah sekebun bunga...
Perjalanan aku ke sana selama 5 hari.. suatu pengalaman yang menarik memandangkan inilah perjalanan pertama kali bersama2 teman2 setelah kami habis belajar...
Catatan perjalanan kami bermula tepat jam 1130 malam...
Sepanjang perjalanan aku tidak melelapkan mata.. akulah yang akan memeriahkan suasana... kami singgah di Chenulang, Kuala Krai.. di sinilah pernah tersimpan kenangan lalu bersama exgf... aku muncul kembali di kampung ini bertemu makcik yang masih mengingati namaku cume dia rasakan aku aku berlainan.. mana mungkin diri ku kan sama seperti 10 tahun dahulu..dia masih mengingati kali terakhir kami bertemu kala aku pergi ke konvo exgf...

Perjalanan Hari Pertama kami diteruskan ke Machang.... di situ kami pergi ke rumah kak ze.. aku begitu teruja untuk makan nasik ayam kerutub... memang aku peminat setia kepada masakannya itu... dia bagaikan ibu angkatku...
kedatangan aku kali ini tidak membawa apa2 buah tangan kecuali sekotak coklat kerana aku terlupa untuk membeli... Aku juga teruja pabila melihat ke kolam rumahnya.. penuh dengan ikan kegemaranku... guppy..cantik sungguh warna..seakan aku ingin membawa semua ikan tersebut. Dapat juga aku membawa pulang sedikit ikan ke Kuala Lumpur untuk dibela..
Malamnya pula kami bermalam di hotel di Bandar Machang... Scary...

Perjalanan kami untuk hari Kedua adalah majlis perkahwinan sahabatku di Tanah Merah... ahli rombongan terlupa untuk membawa peta majlis maka kami terpaksa bertanyakan kepada pengantin bagaimana lokasi sebenar kerana kami akan mengikut rombongan pihak lelaki ke rumah pengantin perempuan... Kami tersesat jauh dari lokasi... dengan penuh kesabaran akhirnya kami sampai ke destinasi... cuaca begitu terik...Kami bercadang pergi ke Rantau Panjang namun masa tidak mengizin kerana sudah agak lewat dan kami masih tidak mempunyai hotel untuk disewa jadi kami teruskan perjalanan ke Kota Bharu...
Pengalaman mencari hotel2 untuk diinap memang mencabar.. Dari sebuah hotel ke sebuah hotela ku bertanya.. Mungkin silap aku kerana tidak menghubungi sebulan awal untuk menempah bilik.. almaklumlah waktu ini adalah musim cuti sekolah... kami berjaya mendapat sebuah hotel untuk menginap...Hotel Anda..Sebelah malamnya kami pergi ke Pasar Wakaf Che Yeh yang begitu popular... perlbagai barangan yang dapat di lihat.. Aku berkenan pada karpet di situ tetapi untuk membeli tidak muat untuk diletakkan di dalam kereta. Masalah kami pula apabila bangun keesokkan harinya air pula tiada.. Kami berdua berkongsi satu baldi air untuk mandi...inilah dugaan.. hehehe

Perjalanan untuk hari ketiga kami akan ke Pengkalan Kubor... ramai jua manusia di situ.. kebanyakan adalah pelancong2 dari utara tanahair. tiada apa yang aku beli kecuali makanan.
Dalam setiap perjalanan perkara utama yang difikirkan olehku benda apa yang akan dibeli untuk ibuku.. kali ini aku membeli pistachios dan buah badam.. itulah kegemaran mak...kami sempat singgah di gerai tepi jalan untuk membeli kuih muih kelantan diantaranya kuih akok, piana dan aku lupe Kami terus pulang dan menghala ke PCB untuk mencari tempat penginapan untuk malam tersebut.. Pencarian kami berakhir dengan mendapat sebuah rumah tumpangan yang agak panas.. suhu air seperti air baru lepas dimasak.. jikalau diingat semula mahu sahaja aku ke laut untuk mandi... Bilik aircond pula sudah habis ditempah maka kami terpaksa menggunkan kipas sahaja dan membeli semburan aeresol untuk menghalau nyamuk. Yang menarik tika di rumah tumpangan ini struktur rumah ini yang mempunyai byk bilik disamping ada bengkel pembuatan batik lukis kelantan di sana.
Aku tertinggal bantal kesayanganku kala keluar dari sana... betapa sedihnya aku teringat pasal bantal yang tertinggal..

Perjalanan hari Keempat diteruskan dengan kami makan di Pasar Siti Khadijah.. Pelbagai lauk dan juadah terdapat di sana. Kami sempat singgah di Pasar Buluh Kubu yang dipenuhi dengan pelbagai kedai yang menjual batik pelbagai corak dan warna. Aku tidak membeli sehelai batik pun memandangkan dalam koleksi aku sudah cukup buat masa ini... Aku cuma mencari kain sampin yang menarik minatku untuk digunakan sempena aidilfitri nanti tetapi malangnya tidak ketemu yang berkenan.Aku pula hanya membeli sepasang kasut dan sunglass baru memandangkan aku ingin jua membeli barang kala berkunjung ke shopping compleks parkson..inilah susahnya apabila diri ini merupakan shoppemania..
Perjalanan kami diteruskan ke rumah jerry, sahabat lama yang kini telah menjadi guru dan telah berkahwin dengan pensyarah... perangainya masih seperti dahulu... Kami terus kan perjalanan kami ke rumah kak ze semula sebelum kami bercadang tidur di Chenulang.. Kami sempat singgah dan melawat Uitm Kampus machang dan pergi ke rumah2 org kampung bagi mengembalikan nostalgia... kak Nah pun sudah berjaya membuka kedai makan I.T. Corner..dari nama nampak seakan kedai makan yang canggih.. mungkin juga berteknologi agaknya.. rupenye I.T bermaksud Ibu Tunggal... kami semua ketawa apabila dia menterjemahkan huruf tersebut. Anaknya yang sulung sudah berumur 17 tahun...dulu hanya darjah 3... dulu dia begitu susah.. itu hampir 10 tahun dulu.. kini aku tumpang gembira dengan kejayaannya. Aku sempat singgah makan di kedai feveret aku.. nasi ayam goreng halia dia memang sedap.. org lain tak leh menandingi masakan akak ni.. hapir 10 tahun baru lah aku dpt menikmatinya semula..
Cuaca yang panas sepanjang kami berada di Negeri serambi mekah ini bertukar sejuk kala tidur di Chenulang.. betapa puas namun kepala ku agak sakit kerana tidak menggunakan bantal yang hilang...mungkin jua dengkuranku kuat...hahaha.. penangan bantal..

Perjalanan hari kelima dan terakhir kami adalah pulang ke kota konkrit semula... kami sempat singgah makan di Restoren Mualaf. Menu masakan chinese style tetapi halal.. sedap juga rasa masakan... pilihan makanan seperti ikan kerapu 3 rasa, sotong masak kicap, tauhu mongolia dan ayam masam manis meruntun rasa... aku yang tidak makan ikan ini tidak menyentuh la ikan kerapu yang besar itu..
Perjalanan yang lama tetapi menggembirakan... termenung sejenak..
Selamat pergi Selamat Pulang...

No comments:

Post a Comment