Tuesday, April 13, 2010

Kota Kuala Muda-Tsunami-bayangkanlah...

Kota Kuala Muda-Tsunami... begitu menyentuh hatiku kala aku berkujung ke sana hujung minggu lepas... monumen berbentuk bot2 nelayan yg dipukul gelombang tsunami serta kesan tapak2 rumah akibat tsunami boleh membuai perasaan yang akan mengalirkan airmata... ini adalah pengalaman baru untuk diriku.. jauh berjalan luas pandangan byk pengalaman...
Aku berkunjung ke kampung rakan sekerjaku.... menikmati suasana kampung.. menuruh cerita maknya rumah dibeli dari seorang cina dan diubah suai sedikit serta siap disamak .. masih dapat dilihat struktur rumah lama yang masih kukuh beratap zink di bahagian belakang.... kehidupan kampung membela ayam, ikan keli dan haruan... pokok pisang... kepala nun sayup menjulang... di seberang jalan pula ada kilang padi.. aku sempat masuk untuk pertama kali ke kilang padi... itupun kala menemani mak rakanku membeli dedak hasil hampas beras untuk diberi makan pada ayam2nya. di Kota Kuala Muda aku sepmat membeli Dung Cak- bunyi macam pelik tapi seakan otak2... pulut panggang kat situ pun besttt sgt...
Memang perjalanan aku kali ini adalah serampang dua mata... fokus utama aku adalah untuk pergi ke majlis perkahwinan teman baikku mira di Seberang Perai...alang2 sampai jadi aku tidur di Kota Kuala Muda.. sempat berjalan ke Penang...
Bercerita berkenaan majlis perkahwinannya.. byk bende yg tak seharusnya berlaku untuk keluarga ini.. tapi aku cukup memahami kerana pernah melalui situasi yang lebih kurang begitu...tapi aku memuji decoration dlm dewan.. cantik...mekap pun cantik..aku tau aku ni sukakan berde yg perfect.. ramai yg bertanya apakah komen aku tentang majlis perkahwinan tersebut...
Bercerita mengenai Penang pula... kami sempat makan di Nasi Kandar Beratur. fuhhh sedap.... aku tak sempat nak membeli ape2 jeruk cume aku pesan pada kwnku agar membelikan biskut Tambun untuk seorg teman yg memesan padaku....
Tak ku sangka gaya memandu F1 aku dapat diaplikasikan juga di Lebuhraya utara selatan buat pertama kalinya... dari Kedah ke kl aku mengambil masa 3jam setengah sahaja.. ahaksss..bayangkanlah...

No comments:

Post a Comment