Thursday, May 27, 2010

Rasa Sekali Pasti Nak lagi..


Sudah terlalu lama aku tidak menitipkan sesuatu dalam blog ini.. Atas permintaan seorang temanku maka aku cube memberikan sesuatu untuk kali ini...
Jadualku terlalu padat sepanjang bulan ini dan bulan 6...
2 minggu lepas aku ke Langkawi selama 5 hari.. diikuti ke Melaka selama 4 hari minggu berikutnya.. minggu ini pula aku akan pulang ke Kuantan(Agak2 berape hari yek aku kat kuantan tuh). Minggu depan aku akan ke Johor.. seterusnya ke Kelantan minggu berikutnya..
Kala aku di Langkawi fokus utama pada tugas yang perlu diselesaikan. Aku membawa seramai 6 orang pegawai yang benar2 'kuat' untuk mendapatkan respon dari pihak hotel. Target aku kali ini bagi mencapai 100% respon dari pihak hotel. Dengan team yang kuat ini aku begitu gembire kerana tugasan ini siap sepenuhnya dalam masa 2 hari. Tahniah untuk diri wahai anak buahku..
Bukan senang untuk aku membawa 6 orang pegawai sekaligus. Ini laksana percutian. Bagiku setelah selesai semua tugasan maka kami akan bercuti sambil melawati seluruh Langkawi. Agak menarik sepanjang perjalanan ini cuma aku terasa sedikit jurang bila bersama mereka. Aku cube untuk menjadikan mereka sebagai sahabat setelah habis kerja..
Sepanjang berada di langkawi kami tidur di The Cabin..Resort yang hanya mempunyai 10 bilik tetapi eksklusif dengan lanskap yang memukau. Aku dapat merasai menaiki paracut seperti paragliding. Itu adalah cita2 ku kala aku terpandang tika berada di Pulau Pinang sedikit masa dahulu. Aku begitu teruja untuk naik.. Walau hanya 7 minit dengan harga rm80 aku merasai kebesaran ilahi.. Rasa bertuah dapat menaiki sambil melihat panorama Langkawi..seakan mahu naik lagi dan lagi..
Aku agak terkilan kerana tidak dapat naik kereta kabel ke Gunung mat Cincang kerana ditutup selama 2 hari. Hari kedua aku di Langkawi kami pergi ke sana namun terlalu ramai insan yang beratur jadi aku cadangkan untuk pergi keesokkan harinya.. memang tiada rezeki kerana ditutup.. aku dapat melihat sayup2 kerat kabel naik.. ini jua adalah kebesaran illahi pada alam.. Aku jua terfikir bagaimana kuasa teknologi manusia mampu membawa dan membina struktur di puncak gunung.. Laksana keajaiban taman tergantung..
Kemana jua aku berjalan perkara utama yang terlintas apakah yang ingin ku belikan untuk mak... Mak memang begitu istimewa dalam hatiku.. Kali ini aku fikirkan untuk membelikan hadiah sempena Hari Lahirnya..Mungkin set cawan gold beserta dulang ini mampu membuatkan mak mengukir senyuman.. Aku jua membeli cokelat kegemaranku Kinder Bueno.. memang murah cokelat ini di sana. Aku rasa lebih dari 30 bungkus.. ini semua untuk stok sahaja. Kalau di kl sebungkus berharga rm3.50 tetapi di sana 3 bungkus hanya rm7. mana mungkin melepaskan peluang. Cubalah beli...Rasa Sekali Pasti Nak Lagi..

No comments:

Post a Comment