Wednesday, April 28, 2010

Kita Tunggu dan Lihat...

Kisah aku kali ini berkenaan Langsir... Citer pasal langsir ni aku adalah pereka langsir untuk rumah aku sejak dari dulu... Kiraan berapa jumlah langsir yang perlu untuk seluruh rumah tidak termasuk dlm bilik hampir mencecah 200 meter kesemuanya... mungkin ada yang tidak mempercayai.. tapi itulah hakikatnya...
kebetulan time aku balik kampung hari khamis lepas aku pun membawa pulang tirai bertali yang aku beli semasa pameran hiasan dalaman...aku sukakan fesyen tirai ini.. mulanya nak pasang untuk raya.. tapi alang2 da try pasang terus jer aku pasang... sambil memasang tirai tersebut aku berbual2 ngan mak... tiba2 keluarlah cadangan untuk kami 2 beranak pergi ke Kamdar Kuantan membeli kain langsir untuk digunakan sempena aidilfitri akan dtg..plan kami hanya membeli kain kemudian menempah langsir kepada tukang jahit... mak sudah melihat kain yang menarik minatnya tika dia pergi bersama adikku sebelum ini.warna pilihan adalah kuning...
banyak betul pilihan kain di kamdar... mak sudah membuat pilihan... dia mengharapkan persetujuan dariku... harga bukan menjadi masalah buat mak cume aku perlukan corak dan warna pilihan mak..setelah penat kami memilih.. akhirnya dapat juga kain untuk dibuat langsir... dengan segalanya siap ditempah di kamdar... lagi mudah urusan penempahan..
yang kelakarnya.. dengan perancangan yg tidak begitu teliti dengan hanya mengambil ukuran dari atas ke bwh langsir iaitu 2.5meter. aku hanya mengagak berape meter kain yang perlu digunakan... mujurlah ada akak di kamdar yg memberi cadangan... ape2 pun tq akak..
Berkenaan langsir juga aku ade membeli 5 keping kain langsir jarang bersulam tebuk dari sarawak kala aku berkunjung ke sana tahun lepas... kain itu juga akan menjadi lapisan kedua ruang tamu... Kita Tunggu dan Lihat....

Tuesday, April 13, 2010

Kota Kuala Muda-Tsunami-bayangkanlah...

Kota Kuala Muda-Tsunami... begitu menyentuh hatiku kala aku berkujung ke sana hujung minggu lepas... monumen berbentuk bot2 nelayan yg dipukul gelombang tsunami serta kesan tapak2 rumah akibat tsunami boleh membuai perasaan yang akan mengalirkan airmata... ini adalah pengalaman baru untuk diriku.. jauh berjalan luas pandangan byk pengalaman...
Aku berkunjung ke kampung rakan sekerjaku.... menikmati suasana kampung.. menuruh cerita maknya rumah dibeli dari seorang cina dan diubah suai sedikit serta siap disamak .. masih dapat dilihat struktur rumah lama yang masih kukuh beratap zink di bahagian belakang.... kehidupan kampung membela ayam, ikan keli dan haruan... pokok pisang... kepala nun sayup menjulang... di seberang jalan pula ada kilang padi.. aku sempat masuk untuk pertama kali ke kilang padi... itupun kala menemani mak rakanku membeli dedak hasil hampas beras untuk diberi makan pada ayam2nya. di Kota Kuala Muda aku sepmat membeli Dung Cak- bunyi macam pelik tapi seakan otak2... pulut panggang kat situ pun besttt sgt...
Memang perjalanan aku kali ini adalah serampang dua mata... fokus utama aku adalah untuk pergi ke majlis perkahwinan teman baikku mira di Seberang Perai...alang2 sampai jadi aku tidur di Kota Kuala Muda.. sempat berjalan ke Penang...
Bercerita berkenaan majlis perkahwinannya.. byk bende yg tak seharusnya berlaku untuk keluarga ini.. tapi aku cukup memahami kerana pernah melalui situasi yang lebih kurang begitu...tapi aku memuji decoration dlm dewan.. cantik...mekap pun cantik..aku tau aku ni sukakan berde yg perfect.. ramai yg bertanya apakah komen aku tentang majlis perkahwinan tersebut...
Bercerita mengenai Penang pula... kami sempat makan di Nasi Kandar Beratur. fuhhh sedap.... aku tak sempat nak membeli ape2 jeruk cume aku pesan pada kwnku agar membelikan biskut Tambun untuk seorg teman yg memesan padaku....
Tak ku sangka gaya memandu F1 aku dapat diaplikasikan juga di Lebuhraya utara selatan buat pertama kalinya... dari Kedah ke kl aku mengambil masa 3jam setengah sahaja.. ahaksss..bayangkanlah...

F1 2010 Sepang

Cerita aku kali ini berkenaan F1. F1 kali ini kurang menarik... aku lah antara manusia yang sanggup muncul di tengah2 kepanasan terik mentari berjalan menuju ke grand stand bagi menonton sukan berprestij ini..ramai jugak penonton tahun ini... kali ini aku menonton di Diamond... 2 hari berturut2 aku pergi ke sana...kalau dapat melihat aksi pelumba kala hujan lagi best.. Berbanding tahun lepas... tahun ini tiada hujan yg turun kala pelumba beraksi...aku sempat menyambar sekaki payung F1 Sepang untuk disimpan...