Monday, October 26, 2009

Bumi Jelapang Padi..

Minggu lepas aku menjelajah negeri jelapang padi...
dari pekan Kulim ke Butterworth kemudian ke Alor Star seterusnya pergi ke sempadan utara semenanjung, Perlis Indera Kayangan.. di Kulim aku sempat pergi Jeram Kuala Sedim yang cukup indah terletak nun jauh di kaki bukit. Di situ terdapat Top Tree Walkway di atas pokok seakan canopy walkway di Gunung Tahan dan Gunung Stong yang pernah aku lalui suatu ketika dulu semasa aktif mount climbing. Aku masih rindukan saat2 mendaki..
Perjalanan ke sana yang agak jauh namun aku dapat juga melihat dan singgah rumah tempat perlindungan Sultan Abdul Hamid iaitu ayahanda Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj untuk berlindung semasa peperangan. Dengan kerana itulah juga nama kampung ini dinamakan Kampung Lindungan Raja.

Aku teruskan penjelajahan ke Alor Star. Menikmati panorama malam di situ agak indah walaupun bandarayanya tidak cukup besar untuk dijelajahi.. Menara Alor Star yang menjadi mercu tanda negeri tersergam indah di hadapan mataku.. mungkin kerana kepadatan penduduk yang menjadikan ia sebuah bandaraya di utara Malaysia. Menjamu selera di sebuah kedai seafood tomyam memenuhi selera aku. Aku juga sempat singgah di hadapan Istana Anak Bukit sambil memerhatikan ukiran penuh keindahan di pagarnya. Itu sudah cukup menunjukkan ukiran khas dari Thailand itu sungguh mengkagumkan.
Aku meneruskan penjelajahan seterusnya ke Negeri Perlis Indera Kayangan.Kunjungan aku ke Perlis adalah kali pertama dalam hidup dan ini menjadi pelengkap perjalanan aku kesemua negeri di Malaysia.


Aku betul2 tidak menyangka dapat menikmati keluasan ladang tebu kepunyaan Raja Gula..Robert Kuok saujana mata memandang di negeri ini. aku begitu kagum. Aku pernah membaca mengenai kejayaan beliau di Majalah Forbes.
Aku juga kagum dengan kejayaannya yang pernah menjadi org terkaya di Malaysia di tahun 2007 kalau tidak silap aku.
Aku meneruskan perjalanan ke Padang Besar untuk melihat adakah situasi di sana sama seperti di Rantau Panjang, Kelantan...
Memang agak sama. ..
Aku dapat menikmati kelazatan Kuetiow Sup Thai yang sungguh menyelerakanAku ingin menambah tetapi kerana kekenyangan tak mampu untuk meneruskan niat. Semua orang perlu mencuba sekali.. pasti hendak lagi..

No comments:

Post a Comment