Monday, December 21, 2009

Tertukar Batik....sebuah kesilapan...

Lupa nak citer pasal satu kesilapan...Punyalah aku excited untuk menempah baju batik Merbok... Da lama aku tunggu diorg pos kain yang ditempah kali ini warna turqoise coklat.. maka hari Khamis lepas aku menerima bungkusan dari batik Merbok setelah menunggu beberapa bulan.. apabila aku membuka kotak yang diterima alangkah terkejut apabila melihat kain macam tebal..
Pabila aku meneliti gambar model memakai baju kurung design yang dihantar..tertera nama Dr Siti Jamilah UUM..mungkin lecturer yang menempah kain ini... kain untuk dibuat baju kurung telah dihantar kepadaku...Punyelah aku bengang mesti diorang tertukar semasa menghantar baju itu kepadaku.. Aku terus menelefon Zaidi dan meluahkan rasa agak terkilan dengan kejadian ini...Aku dengan pantas terus menghantar semula kain menerusi Pos Laju ke Batik Merbok dan memohon agar Batik Merbok segera menghantar kain yang aku kehendaki..
Petang Khamis pula Bahagian Admin aku pula menelefon memberitahu bahawa bungkusan yang diterima oleh aku pagi tadi adalah salah... kain telah dihantar kembali... Aku masih menunggu.....
Aku masih jua menunggu kain ketiga yang ditempah dari Batik Merbok mengikut corak terbaru 2010.. kain kedua pun belum sampai.. apakah nasib dengan kain ketiga???

1 comment:

  1. salam...sy ingin bertanya mengenai tempahan kain kedua dan ketiga..adakah anda telah menerima kesemuanya?jika ada yg masih blm diterima sila maklumkan pd sy supaya kami di Batik Merbok dpt menyelesaikan tempahan anda dgn kadar segera...mohon maaf dr kami di Batik Merbok atas kesilapan yg tidak disengajakan oleh pihak kami...segala komen sila berhubung trs dgn sy...terima kasih...assalamua'laikum...zaidi yusoff

    ReplyDelete