Monday, January 03, 2011

Selamat Kembali Mr Guess

sudah terlalu lama aku tidak menulis di blog ni...hampir separuh tahun ... selamat muncul kembali wahai Mr Guess ke Hati Kala Sepi... itulah penangan facebook terhadap hidupku.. setelah aku tahu bagaimana menggunakan fb maka diri mu wahai blogku aku tinggalkan...terasa rugi kerana byk benda yg berlaku dalam penggal kedua 2010 tidak aku simpan dalam memorimu....
Selamat tahun baru 2011... salam pembuka tahun baru... cepat betul masa berlalu...sepertimana tahun-tahun sebelum ni byk azam dan rancangan yg dirancang....tahun 2010 meninggalkan byk kenangan pahit, manis, masam, kelat..

Permulaan tahun baru aku untuk 2011 ni aku menerjah malam ke Bukit Bintang untuk melihat lautan manusia berkumpul dan meraikan malam tahun baru...
Aku betul2 tidak menyangka secara tiba2 aku bersiap, menaiki lrt dan terus ke sana... memang sah lautan manusia dengan masing2 menyembur buih2 ke arah insan lain... begitulah rakyat Malaysia kala menyambut tahun baru mahupun krismas di bukit bintang..
suatu masa dulu aku pernah merasai betapa gembirenya bersama teman2 menyembur antara satu sama lain sambil ketawa di malam krismas n tahun baru.. kini mungkin atas faktor kerja dan usia aku rasa cukup sekadar aku pergi dan melihat suasana tersebut seorang diri..memerhatikan gelagat manusia perbagai ragam..
1/1/2011 juga merupakan hari lahir abgku yang kedua... setiap tahun aku akan sms.. tapi tahun ini aku telah menitipkan ucapan untuknya menerusi facebook...Selamat Hari Lahir BNgah...

No comments:

Post a Comment